16 October 2018

Request darah

Sebuah renungan..

Dekat hospital bila orang kemalangan atau nak buat pembedahan, pernah kau dengar orang mintak:

"Aku tak nak guna darah orang Cina sebab diorang makan babi."
"Wa tanak dalah olang Melayu, nanti wa jadi Melayu maa."

"Ana minta doktor guna darah orang Islam sahaja ya. Syukran ya akhi."

"I request to use Christian blood only for my operation."

"Jangan masukkan darah orang negeri lain kecuali darah bangsa Johor je".

"Buleh ko kawe nok mintok guno darah hok ore Kelate jah?"

"Untuk pembedahan saya ni saya minta jangan guna darah orang miskin, pastikan awak guna darah dari golongan bangsawan sahaja."

Takde kan?
Sebab apa?

Sebab tak kira kau bangsa apa, agama apa, negeri mana, darjat dan pangkat apa, darah kita tetap sama merah.

Dan kita akan sedar semua sifat rasis dan nilai perbezaan kita akan hilang di saat kita memerlukan antara satu sama lain

* Mesej ini bukan untuk Melayu sahaja tapi juga Cina dan semua sekali rakyat Malaysia

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment