Ada sebuah enjin kapal besar rosak.
Pemilik kapal tersebut menerbangkan dan membawa beberapa orang yang kononnya pakar bersama alatan-alatan canggih untuk membaiki enjin kapal tersebut namun masih gagal dihidupkan. Kian hari kapal tersebut rosak, pemilik kapal itu harus menanggung kerugian beratus ribu ringgit.
Kemudian datang seorang mekanik dari sebuah workshop kecil yang terletak di suatu pekan yang terpencil hanya membawa bag alatan yang usang dan lusuh.
Apabila dia sampai ke bahagian enjin, dia terus mula bekerja dan memeriksa setiap sudut enjin kapal tersebut. Pemilik kapal itu hanya memerhati dari jauh dengan penuh harapan.
Setelah selesai pemeriksaan, mekanik tersebut mengeluarkan sebuah tukul dari beg usang beliau dan mengetuk dengan perlahan pada satu sudut enjin kapal itu dan dengan serta merta enjin kapal tersebut terus hidup dengan gagah! Alangkah gembiranya pemilik kapal itu.
Seminggu selepas itu, pemilik kapal besar itu mendapat bil dari mekanik tersebut sebanyak RM20,000.
"Apa?? Cekik darah punya mekanik yahudi!! Dia cuma pegang tukul dan ketuk saja!!" teriak pemilik kapal besar tersebut dan lantas meminta mekanik tersebut supaya memberikan bil yang lebih terperinci untuk dimuatnaik ke Facebook untuk mengecam.
Lantas mekanik tersebut memberikan bil terperinci kepada pemilik kapal itu ;
(1) Upah ketuk dengan tukul - RM5.00
(2) Tahu dimana nak ketuk - RM19995.00
itu jer....
SO...
moral of the story
Jangan kita memandang rendah pada seseorang yg kita belum kenal dan belum tahu akan kebolehannya...
Tak semuanya kita dapat belajar dari teori.....
pengalaman itu juga sama pentingnya.
Ilmu dari pengalaman itu tidak ternilai harganya.
p/s : orang2 tua dulu2 ada pesan
kalau kita bodoh, kita masih boleh berusaha utk belajar...
*Tapiiii* kalau kita *Malas* hmmm satu sen tak guna🤭🤭
*[ingatkan untuk diri sendiri]*
*walaupun mengikut kajian tarikh lahir kamu menunjukkan kamu memiliki KOD JUTAWAN* dan berpotensi utk menjadi kaya,
tetapi jika kamu malas, iyanya tidak akan menjadikan kamu apa2 dan siapa2.....
*Sesungguhnya* *nasib kamu tidak akan berubah kearah yang lebih baik ...*
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile
No comments:
Post a Comment