"Apa pasal muka monyok je?"
"Bisnes. Order tak masuk-masuk pun. Huh..."
"Minta dengan Allah tak?"
"Tiap hari, aku doa nak jadi jutawan. Cenggini je pun..."
"Kena betulkan alignment tu!"
"Haaaaa?"
Alignment dah lari, macamana Allah nak bagi yang bermutu dan tinggi kualiti kannn. Macam kereta la juga. Kena masuk bengkel jawabnya.
Ini petua berniaga dengan gembira dan jayanya :
1. Niat berniaga nak ikut sunnah Nabi s.a.w. dah bagus. Cuma, tegaskan niat itu, 'Aku berniaga kerana Allah Taala. Aku nak Allah jatuh sayang dengan aku atas apa yang aku usahakan.'
2. Niatkan untuk makhluk, 'Aku nak bagi sebanyak-banyak manfaat pada orang ramai dengan produk/servis yang aku buat ni. Buat mereka gembira. Supaya saham pahalanya mengalir terus hingga akhirat.'
3. Doa sungguh-sungguh, minta dengan Allah supaya Allah bagi kita kaya hati dan kaya jiwa melalui bisnes yang kita buat. Bukan setakat minta jadi jutawan harta dan wang ringgit. Biar kaya hati tu yang datang dulu. Lambat laun, Allah tunaikan hajat kita. Isi dunia dan langit pun Dia boleh bagi tau!
4. Dahulukan rasa syukur. Buat promosi, terima tempahan, syukur. Terima bayaran, syukur. Buat pengeposan, syukur. Syukur tak henti-henti.
5. Nikmati prosesnya. Berjaya atau gagal. Jatuh atau bangun. Just do and adjust. Macamana? Kena minta dengan Allah caranya, jalannya, solusinya dan hasilnya. Bukan pandai-pandai sendiri.
"Ya Allah ya Nur ya Hadi, sungguh aku sangat faqir ya Allah. Tunjukkan aku cara/jalan selesai/hasil yang bagaimana untuk aku kembangkan bisnes aku ni. Supaya ramai orang di luar sana dapat kebaikannya. Supaya Engkau redha ke atas aku dunia dan akhirat." Amin.
Selamat maju jaya teman-teman.
Masih bertatih gak nak berniaga.
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile
No comments:
Post a Comment