16 June 2016

A Winning Team

5 Cara bina pasukan bisnes yang 99% usahawan tak tahu.

… Dan juga jarang ambil peduli.

Membina pasukan bisnes atau team ini sangat penting.

Ia berada dalam kategori sangat penting apabila kita mempunyai satu visi bisnes yang besar.

Kita perlukan pekerja. Kita perlukan pasukan. Kita perlukan pertolongan.

Berikut adalah perkongsian daripada Robin Sharma.

-
Tip 1 - Menghargai setiap individu dalam organisasi.
-

Kajian yang dibuat oleh organisasi Gallup mendapati pekerja yang setia dan sanggup buat apa saja untuk mencapai matlamat syarikat, bukannya kerana duit atau sebarang pencapaian material.

Mereka kekal kerana mereka rasa dihargai.

Sebagai pemilik bisnes, bagaimana untuk kita mula membentuk budaya menghargai pekerja?

Antaranya adalah:

1) Gunakan perkataan, "Tolong" apabila mahu meminta sesuatu, tak kira sebarang pekerjaan pun.

2) Ucapkan "Terima kasih" kepada sesiapa saja yang membantu kita. Tak kira bantuan itu sekecil-kecil sediakan kopi, lap lantai dan sebagainya.

3) Sentiasa wujudkan budaya kompetitif yang sihat seperti Hero of The Month. Supaya pekerja berlumba-lumba untuk meraikan budaya yang sihat dan saling menghargai antara satu sama lain.

-
Tip 2 - Buatkan setiap orang rasa dirinya penting.
-

Menerapkan sense of belonging. Iaitu membuatkan staf atau pekerja rasa diri mereka penting dan istimewa, apabila berada dalam syarikat kita.

-
Tip 3 - Pimpin dan bawa staf ke peringkat yang lebih baik.
-

Tugas kita sebagai pemilik syarikat bukan mengambil kesempatan pada pekerja.

Tetapi tugas kita adalah membangunkan mereka.
Antara amalan yang boleh kita praktiskan:

1) Sentiasa bagi cabaran baru secara berperingkat.

2) Memberikan inspirasi supaya pekerja rasa pentingnya untuk sentiasa menambahbaik diri sendiri dan mengembangkan potensi diri yang sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

-
Tip 4 - Meraikan sekecil-kecil kejayaan.
-

Meraikan kejayaan. Walaupun sekecil-kecil kejayaan.

Bak kata Robin Sharma,

"Celebrate together, make us stick together even longer."

Beliau juga sarankan pemilik bisnes agar praktiskan nano-achievement dalam organisasi.

Nano-achievement adalah meraikan kejayaan dengan ganjaran yang kecil seperti belanja piza kerana staf berjaya bertanya pelanggan tentang masalah yang mereka hadapi ketika ini.

-
Tip 5 - Mempunyai mesej yang jelas dan bermakna bagi setiap pekerjaan.
-

Setiap daripada kita mahu rasa diri kita penting.

Bukan itu saja. Kita juga mahu rasa kerja yang kita buat ini penting, dan memberi kesan yang besar pada organisasi dan pelanggan.

Tugas pemilik syarikat adalah mewujudkan mesej-mesej yang jelas kepada setiap pekerja, supaya mereka percaya bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada perjuangan yang sangat penting.

-
Formula asas membina pasukan hebat dalam bisnes.
-

5 Cara yang Robin Sharma kongsikan ini sangat memberi inspirasi dan membantu kita mudah faham asas untuk membina pasukan hebat.

Atau biasa dipanggil, "A winning team."

Lagi besar matlamat bisnes yang kita mahu capai, maka lagi penting untuk kita mempunyai pasukan yang kuat, setia dan teruja untuk bersama turut serta dalam perjuangan.

-
Anda tengah cari panduan untuk kira gaji bekerja yang betul?
-

Supaya anda boleh kembangkan pasukan bisnes, dan kalau salah kira gaji, anda boleh dikenakan tindakan.

Kalau salah kira caruman KWSP dan PERKESO pun, anda boleh dikenakan tindakan.

DOWNLOAD PANDUAN DI SINI:

>> http://brc.onpay.my/order/form/kiragaji/wtw

NOTA: Silakan SHARE tip ini.

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment