Kenapa lepas saya tak pakai sabun jerawat, muka saya naik jerawat balik?
.
Kenapa lepas saya tak pakai coolhijab, rambut saya tak lembut dan kembali berbau?
.
Kenapa lepas saya tak pakai celebritylass, ketiak saya masih berbau bawang?
.
Kenapa lepas saya tak minum tongkat ali, angry bird saya biasa-biasa saja tak kembang kembang keras?
.
Kenapa lepas saya stop minum autawhite, kulit saya kembali gelap, suram dan malap?
.
Sebagai usahawan produk, persoalan macam ni selalu kita terima dari pelanggan.
Tiada benda ajaib dalam dunia ni. Produk kosmetik mahupun produk kesihatan ianya sama sahaja sebab dalam tubuh badan ada hormon.
Pening kepala, makan panadol rasa ok. 3 minggu pening kepala balik, makan panadol. Kenapa tidak komplen syarikat panadol?
Demam panas, pergi klinik ambil ubat. Hilang demam. 2 bulan demam balik. Kenapa tak maki doktor tu?
Pergi petronas isi minyak RM100 nak ke Perlis. Sampai Kedah kena isi lagi RM50. Kenapa tak komplen kat petronas?
Makan KFC, Nasi Ayam, Char kwetiau hari ni. Esok rasa lapar balik. Kenapa tak komplen kat tokey kedai?
Pelanggan kalau boleh, sekali makan kenyang seumur hidup. sekali guna terus hilang masalah. Solat pun perlu buat setiap hari. Ingat sekali solat seumur hidup terus masuk syurga?
Silakan share jika anda pun rasa begitu 😂😂😂
TAG : HafHafiz Mansor
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile
No comments:
Post a Comment