TAKKAN KAU NAK DUDUK DIAM TUNGGU MATI?
.Dulu poknik ada dengar nasihat dari somebody poknik tak ingat...
.
nasihat dia kepada orang yang tengah stuck
kepada orang yang buat tak jadi jadi.
.
dia kata, kau kena buat je sesuatu
asalkan buat something walaupun tindakan tu tak berkait
sebab kau tak boleh duduk saja
hanya semata mata kerana kau tak tau nak buat apa dah nak setel problem tu.
.
contohnya kau takde duit dan kau banyak hutang
.
kau nak cari duit kau tak pandai
kau nak main fb kau tak pandai
kau buat tiktok kau tak pandai
.
kau nak masuk kelas kau takde duit
kau nak duduk belajar kat youtube kau takde masa sebab membanting tulang
.
so kau nak buat apa?
.
dia cakap, kau buat la apa apa pun
asalkan buat something
dah tak tau nak buat apa sangat nak setel masalah duit..
.
kau pergi jogging - dengan niat aku jogging ni sebab aku nak selesai masalah duit aku
ataupun kau pegi buat push up - dengan niat aku nak selesaikan masalah duit aku.
.
memang la benda tu tak berkait dengan jadikan duit
tapi kau sedang buat sesuatu untuk atasi masalah duit kau
dan kau bukannya duduk menung saja
.
dia bagi contoh lagi
katakan kau petani
dan tanaman kau habis rosak sebab takde air
.
kau nak buat apa sekarang?
.
dia cakap kau boleh pegi buat rain dance - sebab dia bukan islam
kita orang islam boleh buat solat istisqa.
.
adakah hari akan hujan?
dia cakap 99.9% tak akan hujan
dan konfem tak akan hujan kalau kau sekadar buat rain dance.
.
tapi kau kena buat jugak rain dance tu juga
sebab at least kau buat something utk selesaikan masalah kau.
.
ayat last ni power.
dia cakap...
.
TAKKAN KAU NAK DUDUK DIAM TUNGGU MATI?
⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫
assalamualaikum semua
pagi ni poknik nak ingatkan you sikit.
mungkin you distracted ke, terlupa ke... so poknik nak ingatkan you satu perkara yang sangat penting.
you sibuk macamana pun, you kena cari masa dalam jadual harian you untuk duduk buat KERJA MASA DEPAN. kalau setiap hari setiap minggu you tak ada bagi masa utk buat kerja masa depan... maka you TAK AKAN ADA MASA DEPAN.
simple je benda ni
you sibuk ke
you sakit ke
you depressed ke
you tarsakiti ke
you teraniaya ke
kalau you tak duduk buat kerja masa depan, YOU TAK ADA MASA DEPAN.
poknik harap you boleh terima teguran poknik. Poknik hanya nakkan you berjaya insyaallah
No comments:
Post a Comment