02 May 2025

Kaya saiful nang

 NAK KAYA TAK? Kau nak tahu apa rasa jadi orang kaya? Sini aku ceritakan. Sebagai orang kaya, aku memang tidak sempoyongan dengan kekayaan materi


Kekayaan jika diukur pada digit dalam akaun, mungkin saudagar yang miliki banyak kapal lebih miskin pada julat berbanding nelayan yang tiada hutang

Jika kaya diukur pada populariti, pasti ramai seniman kaca tv dan pempengaruh sohor lebih kaya dari hartawan yang senyap

Pada aku, indeks kekayaan aku ialah kebahagiaan dan kebebasan untuk aku hidup pada mana-mana kasut yang aku pakai

Hari ni aku pakai kasut penternak lembu. Ratusan lembu di ladang kami sendiri (nak korban sila DM terus). Aku tak kisah orang nak cakap apa dan aku tak malu tunjuk gambar pada darjat bergelumang tinja ruminan

Ada masa aku terbang dalam kelas perniagaan tajaan pemilik pesawat aku juga kongsi walaupun ada yang cakap “Alaa poyo”

Ada ketika aku tampil atas pentas keraian alumni ulung yang aku salah seorangnya bersama presiden universiti, namun tampilan aku berjaket gedoboh (sebab tempah masa aku gemuk dulu) dan berseluar dengri. Aku juga tak malu tampil dalam perwatakan serabai tak berfesyen di atas pentas yang penuh lampu sorot

Ada masa aku berkebun bermandi peluh dan bermain tinja haiwan untuk dikompos, aku juga tidak malu kongsikannya sekalipun mantan kekasih mungkin fikir “nasib tak kahwin dengan kau, kalau tidak hidupku melarat juga di kebunan”.

(Aku : Tangan di bahu, mata ke atas)

Dah tahu sekarang apa itu kaya?

Bahagia memilih apa yang kita rasa sesuai tanpa hirau apa orang nak tanggap. Kerana aku hidup dalam kitab cerita aku dan bukan hidup pada kitab fantasi orang lain. Bukan kerana ada banyak harta dan digit melimpahan

Aku mula jadi kaya bila aku dapat hidup di luar radar impresi dan persepsi orang lain dengan mengambil polisi

“Gimam apa orang nak cakap”

Automatis,
Kau jadi kaya sekaya kaya manusia

SAIFUL NANG
CEO / Pengembara / Penternak / Abah / Cikgu / Penulis / Orang Kaya-kaya

*Ada yg nak sponsor suit aku bagi kacak bergaya macam @khairykj

No comments:

Post a Comment