02 May 2025

Huru hara hari raya

 Serious, raya tahun 2022 antara yang paling best. Nikmat dari Allah yang dah lama kita tak rasa.


Bila raya diisytiharkan, pakat terkejut semua. Satu Malaya huru hara.

Banyak sungguh elemen surprise. Bermula dari malam pengumuman raya.

Orang kata raya awai tak kalut, tapi kali ni semua pakat kalut.

Ada yang terlajak terawih 6 rakaat.

Ada yang kait daun pisang tengah malam buta.

Ada yang malam tu juga mesin rumput depan laman.

Ada yang pagi raya jamah mee segera.

Kami pula, duk pakat habiskan stok mercun😂 (Maaf ya jiran tetangga)

Plan nak bakar lemang pagi Isnin, tapi lepas pengumuman terus hidup api, cari buluh, cari santan.

Duit kat ATM licin.

Kesesakan lalu lintas dari raya pertama sampai raya kelima.

Stesen minyak di kawasan-kawasan pantai timur kehabisan minyak hingga banyak kereta tersadai.

Betul-betul meriah, betul-betul rasa macam raya😁

Kali ni jangan harap nak ikut kalendar 100%. Kena juga berkumpul tunggu pengumuman depan TV.

Raya tahun 2022 memang patut dibukukan. Memang betul-betul meninggalkan kesan.

Satu hari nanti, kita boleh cerita kat anak cucu, bagaimana satu Malaya huru-hara di malam raya😂

Apapun, antara sedar atau tidak, Allah himpunkan kita dengan nikmat dalam rahmat dan kasih sayangNya setelah dua tahun tidak dapat beraya.

Dalam suasana kelam kabut begini, Allah satukan kita semua.

Memori indah tercipta tanpa diduga.

Terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan.

Al-Fatihah pada yang telah pergi dahulu,

Yuhanis Azam
8.5.2022
Raya Tahun 2022

Gambar : Gambar anak bulan yang buat kita semua huru-hara (sumber : Utusan Malaysia) 😁

Pak Mat pemandu teksi!!!

 ~ Cerita Stress ~ pudin


Pak Mat pemandu teksi!!!
---------------------------------------

Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.

Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!!!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA??
Sambungan PAK MAT STRESS..

Pak Mat balik rumah. Dengan muka stress dan kelat, dia menuduh isteri nya curang. Isterinya ajak Pak Mat jumpa doktor pakar.

Doktor mengesahkan Pak Mat mengalami masalah ingatan sejak menjadi pemandu teksi dan dia terlupa bahawa dia menikahi janda anak 3 sebelum menjadi pemandu teksi..

SEKARANG. ISTERI PAK MAT MENJADI STRESS BILA TENGOK PAK MAT STRESS.

Nota Kaki: ANDA STRESS???...🤣🤣🤣

Kaya saiful nang

 NAK KAYA TAK? Kau nak tahu apa rasa jadi orang kaya? Sini aku ceritakan. Sebagai orang kaya, aku memang tidak sempoyongan dengan kekayaan materi


Kekayaan jika diukur pada digit dalam akaun, mungkin saudagar yang miliki banyak kapal lebih miskin pada julat berbanding nelayan yang tiada hutang

Jika kaya diukur pada populariti, pasti ramai seniman kaca tv dan pempengaruh sohor lebih kaya dari hartawan yang senyap

Pada aku, indeks kekayaan aku ialah kebahagiaan dan kebebasan untuk aku hidup pada mana-mana kasut yang aku pakai

Hari ni aku pakai kasut penternak lembu. Ratusan lembu di ladang kami sendiri (nak korban sila DM terus). Aku tak kisah orang nak cakap apa dan aku tak malu tunjuk gambar pada darjat bergelumang tinja ruminan

Ada masa aku terbang dalam kelas perniagaan tajaan pemilik pesawat aku juga kongsi walaupun ada yang cakap “Alaa poyo”

Ada ketika aku tampil atas pentas keraian alumni ulung yang aku salah seorangnya bersama presiden universiti, namun tampilan aku berjaket gedoboh (sebab tempah masa aku gemuk dulu) dan berseluar dengri. Aku juga tak malu tampil dalam perwatakan serabai tak berfesyen di atas pentas yang penuh lampu sorot

Ada masa aku berkebun bermandi peluh dan bermain tinja haiwan untuk dikompos, aku juga tidak malu kongsikannya sekalipun mantan kekasih mungkin fikir “nasib tak kahwin dengan kau, kalau tidak hidupku melarat juga di kebunan”.

(Aku : Tangan di bahu, mata ke atas)

Dah tahu sekarang apa itu kaya?

Bahagia memilih apa yang kita rasa sesuai tanpa hirau apa orang nak tanggap. Kerana aku hidup dalam kitab cerita aku dan bukan hidup pada kitab fantasi orang lain. Bukan kerana ada banyak harta dan digit melimpahan

Aku mula jadi kaya bila aku dapat hidup di luar radar impresi dan persepsi orang lain dengan mengambil polisi

“Gimam apa orang nak cakap”

Automatis,
Kau jadi kaya sekaya kaya manusia

SAIFUL NANG
CEO / Pengembara / Penternak / Abah / Cikgu / Penulis / Orang Kaya-kaya

*Ada yg nak sponsor suit aku bagi kacak bergaya macam @khairykj

PICKUP LINE RAYA

 Apa beza awak dengan aiskrim

Aiskrim sejukkan tekak, awak sejukkan hati saya

Brownies ini manis, tapi lagi manis senyuman awak

Kita tak boleh eja kuih tanpa U dan I

Saya suka makan mee, Tapi lebih suka me-mee-likimu

Makan nasi impit, tapi jangan himpit hati saya

Kacang lupakan kulit, tapi awak jangan lupakan saya

Are you some kind of rendang
because you buat hati i bergendang-gendang

Apa beza awak dengan lemang,
Lemang saya cari time raya, awak saya cari hari-hari

Laksa johor dari johor
Awak asal dari tulang rusuk saya

Hidup Ini Keras

 Hidup Ini Keras


1. Beberapa hari lalu saya menaiki Grab Car untuk pulang. Pemandunya wanita Cina muda. Dari belakang saya lihat kesulitan dan kesukaran beliau memandu dalam kesesakan yang ada. Jelas beliau menggigil. Saya tawarkan bantuan agar biar sahaja saya yang memandu. Beliau menolak. Dari katanya, beliau baru mendapat pekerjaan sebagai pemandu Grab. Beliau berkelulusan Ijazah dalam perakaunan. Tidak mendapat kerja selepas bergraduat. Akhirnya memilih jadi pemandu Grab. Serius saya lihat gigilnya bertambah bila dihimpit kenderaan lain. Saya mohon turun lebih awal dari tempat sepatutnya. Saya bagi alasan mahu berjalan sahaja ke rumah dengan harapan sedikit berpeluh.

2. Saya menggunakan perkhidmatan grab food menempah makanan dan minuman. Bila tiba masanya, loceng rumah berbunyi. Saya buka. Di depan saya seorang lelaki basah kuyup membawa tempahan. "Maaf bang, saya terjatuh tadi. Air tumpah". Baru saya perasan di lantai, air minuman menitis-nitis keluar. Lantai basah bersama air hujan. "Maaf bang." Suaranya terketar. Tak pasti terketar kerana kesejukan hujan atau takut. Benar, hampir semua air telah tumpah. Mungkin sekitar 1/3 air sahaja yang tinggal di setiap cawan. Beberapa kali beliau memohon maaf. Saya tahu permohonannya dari hati yang dalam. Saya kata tak usah bimbang. Tidak ada masalah pada saya. Saya salam beliau lama. Beliau berlalu sambil memandang saya berkali-kali dengan wajah yang berkata - maaf.

3. Sehari dua lalu, lewat malam. Ketika saya mahu menaiki lift, ada seorang perempuan penghantar makanan sama menunggu. Mungkin berumur 40an. Di dalam lift saya bertanya basa basi - kenapa masih menghantar makanan lewat malam. Entah bagaimana beliau mengalir air mata sambil menyatakan beliau hanya akan balik jika cukup target harian. Jika tak cukup, sukar untuk dia memberi makanan dan duit belanja anak-anaknya esok. Untuk hari ini, beliau masih memerlukan beberapa ringgit lagi. Saya segera menghulur duit bagi melengkapkan target hariannya. Saya minta usai menghantar makanan tersebut, beliau harus segera pulang. Beliau menyambut duit tersebut dengan air mata yang kian laju. Beliau keluar dahulu. Sebelum pintu lift tertutup, sambil mengesat air mata, dia tunduk memberi hormat. Lift tertutup dan saya pula menyambung tangisan.

Serius beb. Hidup ini keras!

8 Mindset BossMun

 1. Mula je walau tak tahu apa2. perjalanan 1000 batu bermula dengan 1 langkah

2. Sentiasa explore benda baru sebelum orang lain buat. Orang luar biasa sentiasa berada 10 langkah ke depan berbanding orang lain

3. Jangan peduli apa orang kata kat kau. You always be criticized by someone doing less.

4. Bertahan. Along the way kau nak buat sesuatu, akan ada pelbagai cabaran kena hadap. Minda akan suruh berhenti dan buat enda lain. Kuncinya bertahan dn teruskan pejuangan.

5. Politik ada dimana-man. Dunia macam catur. Learn to win the game. Kau kena tahu dengan siapa kau berhadapan. Guna kelebihan kau atasi kelemahan dia

6. Improve appearence. People treat based on your look. Itulah yg akan bina konfiden diri kau

7. Sentiasa memberi. thats how the world work. Once bagi nilai pada orang, kau akan jadi insan yang jauh lebih bernilai. Dunia akan kejar kau.

8. Berhenti bagi alasan. Sentiasa cari jalan untuk capai sesuatu. Winner dont make excuses when the othe side plays the game.

Ramadan

 Jika Ramadan tahun ini kita rasa berat

Takut kita dengan Allah semakin jauh,
bukan makin dekat

Jika tahun ini Ramadan kita tak peduli
Takut² iman di dada menghampiri mati

Jika tahun ini Ramadan tidak ke masjid
Takut² hati kita berpenyakit

Jika tahun ini Ramadan kita tidak berubah
Takut² hati ini susah nak terima hidayah

Jika tahun ini Ramadan kita tak solat
Takut² hati ini dah hitam dan berkarat

Jika Ramadan tahun ini kita tidak puasa
Takut² iman di dada sudah tidak bernyawa

Jika Ramadan kita biarkan berlalu
Takut² syurga nanti susah nak jumpa pintu

Jangan remehkan orang yang nak berubah
Sebab kita pun belum tentu istiqomah

Kita nak berubah jangan tunggu masa sesuai
Percayalah masa itu takkan sampai

Untuk menjadi baik
bukan secara kebetulan
Tetapi kena ada perubahan

Fakta

 Three stories to boot:

1. Nokia refused Android
2. yahoo rejected google
3. Kodak refused digital cameras
Lessons:
1. Take chances
2. Embrace the Change
3. If you refuse to change with time, you'll become outdated

Two more stories:
1. Facebook takes over whatsapp and instagram
2. Grab takes over Uber in Southeast Asia
Lessons:
1. Become so powerful that your competitors become your allies
2. Reach the top and eliminate the competition.
3. Keep on innovating

Two more stories:
1. Colonel Sanders founded KFC at 65
2. Jack Ma, who couldn't get a job at KFC, founded Alibaba and retired at the age of 55.
Lessons:
1. Age is merely a number
2. Only those who keep trying will succeed

Last but not least:
Lamborghini was founded as a result of revenge from a tractor manufacturer who was insulted by Ferrari founder Enzo Ferrari.
Lessons:
Never underestimate anyone, Ever!
✔️ Just keep working hard
✔️ Invest your time wisely
✔️ Don't be afraid to fail

Nasihat PokNik

 TAKKAN KAU NAK DUDUK DIAM TUNGGU MATI?

.
Dulu poknik ada dengar nasihat dari somebody poknik tak ingat...
.
nasihat dia kepada orang yang tengah stuck
kepada orang yang buat tak jadi jadi.
.
dia kata, kau kena buat je sesuatu
asalkan buat something walaupun tindakan tu tak berkait
sebab kau tak boleh duduk saja
hanya semata mata kerana kau tak tau nak buat apa dah nak setel problem tu.
.
contohnya kau takde duit dan kau banyak hutang
.
kau nak cari duit kau tak pandai
kau nak main fb kau tak pandai
kau buat tiktok kau tak pandai
.
kau nak masuk kelas kau takde duit
kau nak duduk belajar kat youtube kau takde masa sebab membanting tulang
.
so kau nak buat apa?
.
dia cakap, kau buat la apa apa pun
asalkan buat something
dah tak tau nak buat apa sangat nak setel masalah duit..
.
kau pergi jogging - dengan niat aku jogging ni sebab aku nak selesai masalah duit aku
ataupun kau pegi buat push up - dengan niat aku nak selesaikan masalah duit aku.
.
memang la benda tu tak berkait dengan jadikan duit
tapi kau sedang buat sesuatu untuk atasi masalah duit kau
dan kau bukannya duduk menung saja
.
dia bagi contoh lagi
katakan kau petani
dan tanaman kau habis rosak sebab takde air
.
kau nak buat apa sekarang?
.
dia cakap kau boleh pegi buat rain dance - sebab dia bukan islam
kita orang islam boleh buat solat istisqa.
.
adakah hari akan hujan?
dia cakap 99.9% tak akan hujan
dan konfem tak akan hujan kalau kau sekadar buat rain dance.
.
tapi kau kena buat jugak rain dance tu juga
sebab at least kau buat something utk selesaikan masalah kau.
.
ayat last ni power.
dia cakap...
.
TAKKAN KAU NAK DUDUK DIAM TUNGGU MATI?

⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫

assalamualaikum semua

pagi ni poknik nak ingatkan you sikit.
mungkin you distracted ke, terlupa ke... so poknik nak ingatkan you satu perkara yang sangat penting.

you sibuk macamana pun, you kena cari masa dalam jadual harian you untuk duduk buat KERJA MASA DEPAN. kalau setiap hari setiap minggu you tak ada bagi masa utk buat kerja masa depan... maka you TAK AKAN ADA MASA DEPAN.

simple je benda ni
you sibuk ke
you sakit ke
you depressed ke
you tarsakiti ke
you teraniaya ke

kalau you tak duduk buat kerja masa depan, YOU TAK ADA MASA DEPAN.

poknik harap you boleh terima teguran poknik. Poknik hanya nakkan you berjaya insyaallah