20 April 2018

Tips mudah untuk menjemput KEBAHAGIAAN, KEJAYAAN & KEKAYAAN

Mohd Johar (MJ):

Tips mudah untuk menjemput KEBAHAGIAAN, KEJAYAAN & KEKAYAAN.

SAAT BANGUN TIDUR

1. Baca doa bangun tidur
2. Ucap syukur
- Bersyukurlah kerana masih bernafas, masih diberi kesihatan yang baik, masih cukup anggota tubuh badan, masih mempunyai keluarga dan sebagainya.
3. Ucap afirmasi - sekurang2nya :-
"Hari ini aku pasti lebih baik, lebih sihat, lebih bahagia, lebih berjaya dan lebih kaya dari semalam dan hari sebelumnya." (Ulang 7 kali @ lebih)
4. Duduk, tenung dan fokus (pusatkan seluruh fikiran dan emosi) pada VISIONBOARD / DREAMBOARD sekurang2nya 5 minit.

SAAT SOLAT SUBUH

1. Sesudah solat, sedekah Al-Fatihah untuk para Nabi, Sahabat Nabi, Ibubapa, Guru2 dan kaum muslimin dan muslimat.
2. Zikir / baca quran dan submit doa.

SAAT PERGI KERJA & SEPANJANG HARI

1. Bersedekah - sekurang2nya bagi haiwan peliharaan makan, siram pokok bunga, belanja member, share info bermanfaat dalam FB @ Whatsapp group dan sebagainya.
2. Berbuat kebaikkan dan membahagiakan keluarga dan orang lain.

SAAT MENJELANG WAKTU TIDUR

1. Bersyukurlah di atas segala nikmat yang Allah kurniakan sepanjang hari.
2. Ucap afirmasi - sekurang2nya :-
"Esok aku pasti lebih baik, lebih sihat, lebih bahagia, lebih berjaya dan lebih kaya pada hari ini."
3. Lihat VISIONBOARD / DREAMBOARD sehingga tertidur.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal

*Feel free to share, agar ramai orang dapat manfaat dan menjadi asbab kita semua mendapat kebaikkan dan pahala yang berterusan 😊

#AGcTeam
#HypnoMotivation
#AGcSuperMotivator
#SenyumRileksPasrah
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment