17 April 2018

Derma yang Tertukar

Seorang wanita bertanya pada penjual telur yg sudah tua, "Berapa harga telur?"
Penjual telur menjawab, "Sebiji harganya 20sen, Puan."
Wanita itu berkata, "Saya mau mengambil 6 biji tapi dengan harga satu ringgit, kalau tidak, tak jadi beli."
Penjual telur menjawab, "Baiklah, mungkin ini permulaan yg baik kerana dari tadi tak ada satupun telur yg berhasil saya jual."

Wanita itu mengambil telur2 tersebut dan berjalan dengan perasaan senang bahawa dia sudah menang. Kemudian dia masuk ke dalam kereta mewahnya dan pergi ke restoran bersama kawan-kawannya. Di sana, dia bersama kawan-kawannya memesan pelbagai makanan yg mereka suka. Mereka makan sedikit dan meninggalkan banyak dari apa yg sudah mereka pesan. Kemudian wanita tersebut membayar bilnya. Bilnya sebanyak rm140. Dia memberikan uang rm150 dan menyuruh restoran simpan saja bakinya.

Kejadian seperti ini mungkin selalu berlaku kepada pemilik restoran, tapi sangat menyakitkan bagi penjual telur yg sudah tua.

Moralnya adalah: "Mengapa kita selalu menunjukkan bahawa kita punya kuasa ketika kita membeli dari orang2 yg memerlukan? Dan kenapa juga kita jadi dermawan kepada orang2 yg bahkan tidak memerlukan derma dari kita?"

Suatu ketika saya pernah membaca:
"Ayahku biasa membeli barang2 kecil dari orang miskin dengan harga tinggi, walaupun dia tidak memerlukan barang2 tersebut. Kadang2 dia bahkan membayar lebih untuk itu. Aku tertarik pada hal ini dan lantas bertanya mengapa dia melakukannya? Kemudian ayahku menjawab, 'Anakku, ini adalah sedekah yg terbungkus dengan harga diri.'"

Saya tahu anda tak akan membagikan tulisan ini, tapi jika anda merasa bahawa orang2 perlu mengetahuinya, maka sebarkanlah kisah ini...

Silakan Share

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment