Peringatan diri sendiri dan kita semua.
Teringat di Kota Madinah.
Ada sekali tu saya pergi kedai kurma. Tiba2 abg indonesia kedai kurma beri nasihat/targhib pada saya.
"Dunia kita kumpul untuk di tinggalkan tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk di datangi kerana kita akan pulang ke sana.
Bila kita kumpul dunia banyak2, hati akan jadi berat nak tinggalkan dunia sebab cinta dunia dah kuat, bila nampak apa y ang kita dah kumpul. Tu yang takut nak mati.
Tapi bila menambah bekal akhirat banyak2, tak sabar nak balik akhirat sebab harta dah hantar banyak kat sana. Tu yg mati tersenyum gembira.
Macam kami ni kerja di Saudi tapi wang di hantar ke Indonesia. Rasa tak sabar nak pulang ke Indo kerana wang telah di hantar di sana dan telah di bina rumah di sana.
Begitulah Akhirat, kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana. Mahligai pun telah tersedia. Rasa tak sabar nak balik Akhirat."
Nasihat ni dari abg Indonesia kerja kedai kurma. Kerana kuat sangat fikir Dunia, maka Allah hantar org kedai kurma sekolahkan sikit, bagi ingat sikit.
Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal. Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal.
.
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile
No comments:
Post a Comment