01 January 2017

JIMAT

Clever Men 2017
*******************

Kaum lelaki kan ketua keluarga. Sebagai ketua mesti bijak memimpin ahli-ahlinya. Ibarat seperti nakhoda yang mengemudi sebuah bahtera.

Jadi, kau kena la belajar jadi jejaka yang pintar. Dah tahun 2017 kan. Jom semak apa ciri-ciri Clever Men:

1. Buat simpanan untuk kahwin. Bukan minta makwe / tunang kau buat pembiayaan peribadi.

2. Tak perlu modified kereta sangat lah kalau setiap bulan gaji kau tinggal RM200 je untuk hidup. Jurutera automatif tahu la kerja dia. Ini ubah kedudukan tayar bagi cacat terkeluar pehal.

3. Tak menggelupur nak beli kereta import mewah, pakai iPhone, travel luar negara pasal nak ikut trend terkini.

4. Tambahkan ilmu pengurusan kewangan. Kalau kau boros, hancur terus kewangan keluarga kau nanti. Belajar bagaimana nak uruskan kewangan dengan baik.

5. Tambahkan kemahiran asas. Jangan semua benda nak upah orang, semua benda nak beli. Do It Yourself (DIY) lebih menjimatkan.

6. Jangan hina kawan-kawan kau yang belajar setakat SPM je. Mungkin pendapatan dia lima angka sebulan. Kau setakat kerja gomen N19 je. Myvi pun zero-downpayment.

7. Berhenti beli majalah sukan, bola sepak, hak ehwal kereta, akhbar. Baca je online. Melabur dalam ilmu punya lah berkira. Tetapi majalah sukan kemain kemas tersusun.

8. Kalau tak mampu menyimpan tiap bulan, potong bajet mana tak perlu. Keahlian gym, golf, spa misalnya. Kau pergi je lah bersenam dekat taman rekreasi. Ramai awek der.

9. Tak perlu nak rewards yourself sangat lah. Dapat gaji rewards yourself sampai habis RM500-RM600. Bila masanya nak menyimpan? Suruh masuk RM 5 dalam tabung masjid pun terketar-ketar tangan.

10. Tiap hari lepak mamak. Kau kasi mamak kaya, kau sendiri terkapai-kapai dalam kewangan. Belajar memasak. Lagi jimat.

11. Ada iPhone setakat nak main Candy Crush, main WhatsApp, main Facebook je tak guna. Download aplikasi untuk tracking kewangan kau. Barulah kau tahu ke mana wang kau menghilang.

12. Pakai sampai habis, guna sampai rosak. Tak perlu beli stok banyak-banyak. Kasut sampai 20 pasang. Kau ni lipan ke orang?

13. Masa bujang, beli je barang terpakai, bundle pun ada yang baru juga. Tak payah nak pakai yang berjenama je. Tak perlu up to date sangat. Pakaian nak yang dekat butik saja. Nak jadi macam Wak Doyok bagai. Nanti Wak Doyok makin ramai susah la. Tukar pada jenama lebih murah, jenama baju dekat Mydin berkualiti.

14. Bawa bawa makwe kau makan cendol rojak tepi jalan. Kalau dia jenis tak boleh makan tempat takde kelas, baik kau fikir dua kali nak masuk meminang dia.

15. Jangan beli kereta jika masih bujang. Beli je motor dulu. Beli je motor Honda EX5. Boleh jimat minyak. Sebulan dalam RM20 je. Kalau makwe tanya kau pergi kerja naik apa, dengan bangganya kau boleh jawab "pakai Honda je."

16. Buat takaful jangan serupa macam melabur. Semak balik. Karang duk bayar bulanan. Bila masuk hospital kena bayar lagi deposit. Apa gunanya takaful.

17. Jangan malu bawa bekal ke pejabat. Kau bijak dan berjimat-cermat. Kau tahu kau bukan orang berada.

18. Jangan malu pakai motosikal tapi dah ada rumah sendiri. Dah jadi tuan rumah. Duduk rumah percuma je. Tak macam kawan sejawat kau, pakai Honda Civic 2016 tapi masih menyewa.

19. Perangai lepak kedai hipster sambil up gambar ni kau kasi peluang ke kaum makwe dah la. Kau lepak kedai biasa-biasa dah la. Air pun murah.

20. Berhenti merokok dan isap vape. Nak kaya ke tak? Orang kaya tak bakar duit. Dorang melabur duit.

21. Jangan tunggu gaji tinggi baru nak melabur. Melaburlah ikut kemampuan dalam instrumen pelaburan yang diyakini. Jauhi Skim Cepat Kaya.

22. Kad kredit tak perlu sampai 3-4 keping. Nanti kau terbeban nak bayar balik. Pegawai AKPK pun kirim salam.

23. Jika rasa duit gaji tak cukup, hidup di bawah kemampuan. Rendahkan taraf hidup kau. Bukan rendahkan maruah ye. Ada kereta import mewah tukar kepada kereta tempatan saja. Ansuran bulanan murah.

Jangan asyik nak tukar kereta baru je. Kereta lama selagi boleh guna, guna lah. Setiap 5 tahun tukar kereta tetapi masih menyewa tak guna jugak.

24. Lupakan travel ke luar negara jika ada hutang keliling pinggang. Tak payah nak luaskan pemandangan sangatlah. Kau berhutang yang tak perlu tu pun dah menunjukkan kau dah tak bijak dah.

25. Beli sesuatu untuk kita guna, bukan untuk kelihatan bergaya. Gegadis tak suka lelaki bergaya tetapi sebenarnya papa kedana.

26. Bijak merancang kewangan. Membeli kena ada bajet. Buat senarai barang yang hendak dibeli. Ada makwe promosi Vitagen beli lah satu. Apa salahnya. Untuk kesihatan jugak.

27. Tak payah nak berlumba-lumba dengan kawan kau tu. Dia tukar iPhone kau pun nak tukar iPhone. Dia tukar kereta baru kau pun tukar kereta baru. Pesen tak nak mengalah.

***

Jadi, apa tunggu lagi? Kalau kau mempunyai salah satu ciri-ciri di atas, bawa-bawa la berubah ye. Belum terlambat.

Sekadar berpesan-pesan. Kah!

[ASY]

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment