04 July 2016

Dato Dr Nazri Khan DDNK

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG SEMUA.

KEPADA GENG DONALD TRUMP, JANGAN KATA ISLAM AGAMA ORANG MISKIN, BODOH DAN TAKDAK KEPALA HOTAK.


Saya marah dan hiba baru terbaca berita ada segelintir puak liberal Amerika yang melabel Islam agama orang miskin dan bodoh. Ini berlaku ditengah-tengah kempen pilihanraya Presiden Donald Trump dan Hillary Clinton yang semakin panas di ambang hari raya.

Saya tidak terkejut, kerana dari awal pilihanraya Amerika Syarikat telah memilih Islam sebagai ancaman terbesar ekonomi mereka. Walaupun statistik terbaru menunjukkan tujuh dari sepuluh negara termiskin dunia adalah negara Islam, negara Islam hari ini telah menguasai 70 peratus telaga minyak dunia.

Sebagai seorang penganalisis ekonomi yang kerdil, saya ingin kongsikan beberapa data tentang realiti dunia ekonomi Islam.

Jumlah keseluruhan umat Islam seluruh dunia adalah 1.8 billion mewakili 25% daripada penduduk dunia, menjadikan penduduk Islam memiliki kuasa belian yang tertinggi dunia.

Islam membentuk majoriti penduduk di 49 buah negara di seluruh dunia.

Indonesia dan India sahaja mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia kira-kira 250 juta dan 210 juta masing-masing.

Negara Islam menguasai 70 peratus daripada pengeluaran minyak mentah dan gas dunia mengikut statistik tahun 2015.

Pun demikian yang paling sedih, mengikut World Bank tujuh dari sepuluh negara termiskin dunia adalah negara Islam iaitu Bangladesh, Afghanistan, Somalia, Eritrea, Nigeria, Sierra Leone dan Malawi yang mana pendapatan purata harian setiap penduduk hanyalah USD1 setiap hari.

Manakala mengikut Ernst & Young, kuasa ekonomi penduduk Islam hanya 10 peratus daripada ekonomi dunia. Daripada dua puluh negara terkaya di dunia 2015, hanya Kuwait dan Qatar menduduki senarai.

Pada masa yang sama jumlah pemilikan saham Wall Street, oleh orang Islam tidak sampai 5 peratus.

Ini semua berlaku walaupun penduduk Islam adalah satu perempat dunia dan kita menguasai 70 peratus minyak mentah di dunia.

Saya ingin membuat rujukan statistik yang sama kepada bangsa Yahudi.

Umat Yahudi seluruh dunia berjumlah hanya 40 juta, mewakili 0.5 peratus penduduk dunia namun mereka menguasai 30 peratus ekonomi dan politik dunia.

Namun, umat Yahudi mampu menguasai lebih 30 peratus ekonomi dunia termasuk pasaran saham, pasaran kereta, kapal selam, kapal terbang dan pesawat ruang angkasa dunia yang boleh melewati planet bumi.

Malah mengikut Forbes, 100 orang dari 500 orang terkaya Amerika Syarikat adalah orang Yahudi.

Ratusan syarikat terkaya di dunia termasuk Google, Starbucks, Dell, Oracle, Polo, Baskin Robbins, Dunkin' Donuts, DKNY, Quantum Fund dan Leviss Jeans semua dimiliki orang Yahudi.

Pemilik perniagaan hebat ini adalah Sergey Brin, Howard Schultz, Michael Dell, Larry Ellison, Ralph Lauren, Irv Robbin, Donna Karan, William Rosenberg, George Soros dan Straus Levi adalah antara billionnaire terkaya di dunia dan kesemua mereka beragama Yahudi.

Media berpengaruh dunia hampir kesemuanya dimiliki Yahudi. Ini termasuk CNN – Wolf Blitzer, ABC News – Barbara Walters, The Washington Post – Eugene Meyer, Time Magazine – Henry Grunwald dan New York Times – Joseph Elevid.

Malah orang berkuasa di dunia juga kebanyakannya adalah dari agama Yahudi. Ini termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Pengerusi Bank Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Perdana Menteri Rusia, Presiden Portugal dan Menteri Kewangan United Kingdom.

Dan yang paling menyedihkan umat Yahudi mampu menguasai masjidil Aqsha tanpa halangan dan rintangan walaupun ummat Islam dunia adalah 40 kali ganda lebih banyak dari penduduk Yahudi dunia.

Saya berharap pilihanraya panas Amerika Syarikat dan statistik diatas memberi keinsafan kepada kita untuk segera bangkit dalam ekonomi.

Jadikanlah ekonomi berteras syariah sebagai kilang membuat pahala dan pelaburan patuh syariah untuk ibadah dan mujahadah.

Selamat pulang ke kampung semua. Kirim salam Donald Trump.

p/s : Tawaran PERCUMA masih dibuka dan akan ditutup pada bila-bila masa. Selepas itu, jangan telefon dan merayu mintak PERCUMA lagi.

Bagi FREE orang mengata, kena byr orang hina & kutuk. Nak FREE lagi lagi ke tak ni ?

#NazriKhan
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment