14 July 2016

10 MINDSET PENTING UNTUK MEREKA YANG MINAT BERNIAGA

[share]

💰 10 MINDSET PENTING UNTUK MEREKA YANG MINAT BERNIAGA 💹
.
☪ Berniaga Adalah Satu Ibadah & Amat Dituntut Dalam Islam, TAPI perlu diingat bahawa berniaga tu sebenarnya sangat susah dan sukar. Selain dari berdoa kepada Allah SWT, usaha & mindset adalah penting. Pastikan Anda Faham 10 MINDSET INI SEBELUM BERNIAGA:
.
👉 PASSION (Minat) – Bukan Lakukan Apa Yang Anda Minat TETAPI Minat Apa Yang Anda Lakukan
.
👉 HARDWORK (Kerja Keras) – Tiada Jalan Mudah Untuk Berjaya. Bekerja Keras & Sabar Itu Penting. Kita sering dibuaikan dengan impian "passive income" palsu. Impian ini bukan saja buat kita menjadi malas, malah sering buat kita tertipu.
.
👉 REMARKABLE (Sangat Hebat) - Produk Atau Service anda perlu jadi REMARKABLE atau Sangat hebat untuk bisnes anda berjaya. Tiada Pemasaran Boleh Menjayakan Produk Atau Perkhidmatan Yang teruk.
.
👉 KNOWLEDGE (Ilmu) – Jangan Berhenti Belajar. Ilmu Kewangan, Produk, Pemasaran Adalah Sangat Penting & Mudah Untuk Dipelajari. Buat kajian serta dapatkan fakta tepat, bukan informasi dari percakapan kosong atau dari sumber salah atau yang lebih bahaya adalah andaian.
.
👉 EMBRACE CHANGES & TECHNOLOGY (Terima Peubahan & Teknologi) – Dunia Makin Pantas Berubah. Apa Yang Berhasil Tahun Lepas, Mungkin Tak Boleh Diguna Pakai Lagi Tahun Ni. Review balik produk, pemasaran & strategi sentiasa. Gunakan teknologi sebaik mungkin.
.
👉 PLAN YOUR BUSINESS (Rancang Perniagaan Anda) - FAILING TO PLAN IS PLANNING TO FAIL. Anda Tiada Masa Untuk Membat Perancangan Perniagaan? Anda Rasa Anda Akan Ada Masa Menjalankan Perniagaan Sebenar?
.
👉 DON'T PROCRASTINATE (Jangan berlengah) – . Setiap Minit Yang Anda Bazirkan Adalah 60 Saat Yang Anda Tidak Akan Dapat Kembali. Jika Anda Boleh Berjaya Tahun Ini Kenapa Perlu Tunggu Tahun Depan?
.
👉 STOP BLAMING & EXCUSES (Berhenti Menyalahkan Faktor Lain & Beralasan) – Anda Adalah Kapten Perniagaan Anda. Berhenti Menyalahkan Kuasa Halus, Orang Lain, Ekonomi, Lokasi Dan Banyak Lagi Alasan. Take Actions! You Are The Commander.
.
👉 START SMALL BUT THINK BIG (Mula Secara Kecil & Fikir Secara Besar) – Selain Ilmu, anda memerlukan SKIL. Skil perlu diasah dengan pengalaman. Banyak perkara hanya work dalam teori sahaja. Lain bila anda sendiri melakukannya. Mulakan secara kecil-kecilan, jadi agent ke, dropship atau buka online shop anda sendiri. Kemudian kedai dan seterusnya bina empayar perniagaan anda pelbagai income stream. Fokus & Diversify. THINK BIG FROM THE START.
.
👉 DON'T QUIT & KEEP THE MOMENTUM GOING (Jangan Putus Asa & Pastikan Momentum Anda Berterusan) – Adalah Amat Mudah Untuk Rasa Nak Berputus Asa. Ini biasa kerana berniaga memang sangat sukar. Memerlukan mental & usaha yang dasyat! Jangan Berputus Asa. Belajar dari kesilapan & perbaiki diri setiap hari. Momentum adalah sangat penting dalam berniaga. Pastikan momentum anda dalam berniaga sentiasa meningkat.
.
Sekian & Goodluck. Anda Yang Menentukan Nasib Anda

-zawara academy-
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment