10 March 2016

D.U.I.T

Assalamualaikum kawan2, seperti yg dijanjikan

Sambungan Sharing Rahsia Do'a Dapat Duit

Antara yg telah kita share sebelum ini adalah untuk mendapatkaan apa yg kita mahu kita hendaklah berdo'a dan meminta kepada Allah swt apa shj dengan JELAS, tidak sebut secara umum dan tidak juga secara berkiasan agar tiada perasaan segan dan malu antara kita dengan Allah swt, itulah yg disukai Allah swt.

Selanjutnya apa yg ingin dikongsikan dalam Do'a Minta Duit ada pada ejaan DUIT itu sendiri.
D - Do'a
U - Usaha
I - Ilmu
T - Tawakkal

Seperti yg dinyatakan untuk mendapatkan duit kita perlu bermula dengan Do'a, meminta apa yg kita mahukan iaitu duit dengan Jelas dan juga ULANG2.

Ini satu lagi rahsia berdoa minta duit, kita mesti berdo'a berulang2 setiap masa dan setiap hari. Jangan berhenti berdoa dan meminta hingga kita dapatkan apa yg kita minta (Istiqamah - Consistence & Persistence).

Masa yg paling baik adalah semasa sujud, selesai solat, setelah kita berdoa dengan doa2 minta kebaikkan akhirat maka kita doa minta Allah berikan kita duit dan juga pada waktu malam sebelum tidur, setelah bacaan Al Quran, zikir2 dan zikir tidur.
Sebaiknya ditulis apa yg kita mahukan dan dibaca setiap malam hingga terpahat di minda kita. Menurut kajian sains, apa yg terpahat di minda (Affirmation) akan menjadi realiti, menurut Islam pula, apa yg terpahat di minda menjadi doa, sehingga walaupun diri kita sedang tidur tetapi minda kita terus menerus berdoa.

Masih ingat lagi kan "Apa yg kita fikir adalah doa"?
Begitu juga kita ulangi doa kita yg sama (Affirmation) sebaik shj bangun tidur, kerana katanya semasa kita bangun pagi minda kita masih kosong murni. Oleh itu apa yg kita sebutkan akan terpahat di minda kita dan menjadi doa.

Kesimpulannya, nak minta duit doanya mesti
(1) JELAS, sebaiknya sebutkan jumlah yg kita mahu tanpa merasa segan dan malu terhadap Allah swt dan
(2) ULANG ULANGI doa kita, sebaiknya gunakan lafaz2 yg sama, jangan tukar2, itu petanda kita tiada pendirian atau kita tidak tahu apa sebenarnya yg kita mahu justru itu boleh menyebabkan doa kita tidak atau lambat terkabul.

3) MATLAMAT, kenapa atau utk apa kita mahukan duit tersebut?sebutkan utk apa kita mahukan duit tersebut. Lagi kuat alasan atau tujuan kita memerlukan duit tersebut lagi cepat Allah akan berikan pada kita.

Misalnya, kita mahukan duit utk menyara keluarga, atau nak sekolahkan anak, atau mahu menyara ibu ayah atau membiaya mrk buat haji, mahu bersedekah hari2, mahu bayar hutang dan sebagainya.

Selain itu D juga bererti Dhuha. Sebaiknya lakukan solat sunnat Dhuha dan jangan ditinggalkan. Orang yg nak duit sangat2 digalakkan tidak meninggalkan solat sunnat dhuha setiap hari.

Pada Hadis qudsi, Allah berfirman maksudnya:
Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu.
(Riwayat Abu Daud)

"Cukupkan" juga boleh membawa erti memberi menurut apa yg kita minta, exactly!

Rujuk kembali surah Dhuha kita juga akan dapati janji2 Allah swt yg Dia akan memberikan kekayaan kepada hambaNya.

Tak percaya?
Allah swt hanya akan berikan kepada hamba2Nya yg yakin kepadaNya shj.

Bersambung......
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment