Assamualaikum kawan2 Jutawan Kaya dan Berjaya.
Untuk berjaya dalam setiap bidang termasuk peniagaan kita memerlukan DUA sayap utk terbang mencapai kejayaan.
Satu Sayap Iman dan Amal
Satu Sayap Ilmu Peniagaan
Kebanyakkan orang tidak berjaya kerana mereka hanya ada Satu sayap sahaja.
Bayangkan seekor unggas atau seranggan yg hanya ada Satu sayap, adakah ia boleh berjaya terbang utk mencapai matlamat hidupnya?
Dahulu saya tidak sedar hakikat ini, saya Sangka dengan adanya Iman dan Amal seperti kepercayaan kuat terhadap Allah dan Maha Pemberi RezeqiNya, solat wajib dan sunnat, menjaga halal haram, jujur dan sebagainya maka sudah tentu dan pasti Allah akan berikan kejayaan dalam peniagaan saya.
Tetapi setelah 10 tahun berlalu peniagaan saya begitu juga, tiada perubahan, Kais Pagi Makan Pagi, berapa dapat berapa habis.
Rupa2nya sangkaan saya selama ini tidak betul, SAYA HANYA ADA SATU SAYAP SAHAJA!
Hanya setelah saya menyertai kursus dan seminar peniagaan particularly seminar Dr Azizan Osman, di situ saya muka sedar bahawa saya hanya ada Satu Sayap Sahaja!
Benarlah dikatakan, hanya orang yg berilmu dalam bidangnya akan memberi kita ilmu ikut kepakaran dan pengalaman yg hanya ada padanya.
Selama ini saya hanya belajar dan menceduk pengalaman bersama tokoh2 Iman dan Amal.
Maka dalam bab Iman dan Amal Alhamdulillah saya berjaya tetapi......
Bukan dalam bidang peniagaan.
Hingga saya berjumpa dengan Mentor dan Guru yg benar2 bukan shj Mahir dalam ilmu peniagaan bahkan ada pengalaman2 kejayaan dalam peniagaan barulah dunia peniagaan saya mula berubah.
Kini Alhamdulillah saya SUDAH ADA DUA SAYAP. Syukur dan terima kasih Ya Allah.
Hasil peniagaan kami utk bulan February mencecah lebih Rm300,000.
- Abdul Rahman
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile
No comments:
Post a Comment