27 March 2016

Ciri-cori orang berjaya

Dalam Perkongsian yg lalu saya telah kongsikan utk berjaya dalam sesuatu peniagaan, Produk yg kita peniagaan mestilah diketahui dan dikenali ramai.

Lagi ramai yg tahu tentang produk kita lagi baik. Lagi ramai yg tahu lagi ramai yg akan membelinya.

Tiada guna anda mendakwa menjual produk yg terbaik tetapi tidak ramai yg tahu tentang produk yg anda jual.

Anda tidak akan jadi kaya kalau produk yg anda jual tak laku!

Produk anda tidak akan laku kalau tak ramai orang yg tahu tentangnya!

Memberi tahu lebih ramai orang tentang produk anda dinamakan sebagai Marketing atau Pemasaran.

Pemasaran adalah 70% daripada usaha peniagaan.

Sudahkah anda semua berusaha utk membuat orang tahu akan peniagaan dan produk2 yg anda peniagakan.

Kalau yg belum membuat usaha2 Pemasaran Produk, sila lakukan.

Yg tidak mahu berusaha utk memasarkan produk anda maka:

Anda Tidak Seharusnya Berada Dalam Group Ini!

Kerana group ini bukan group gossip dan sembang kosong semata tetapi group ini adalah group utk melahirkan para usahawan yg Kaya dan Berjaya.

Sekali lagi saya ulang, utk menjadi Kaya dan Berjaya anda wajib lariskan produk anda, utk lariskan produk anda mesti banyak buat usaha agar lebih ramai orang tahu tentang produk anda.

Siapa mahu saya kongsikan lagi cara2 utk Mamasarkan Produk kita yg saya pelajari dari mentor saya DAO?

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

24 March 2016

Amalan

Ustaz kata, kalau ada bilik kosong, seperti bilik anak kita yang tinggal di asrama, selalulah solat sunat di dalamnya dan baca surah Jin ayat 10, atau tampalkan di dinding bilik, itu perjanjian jin dengan Rasulullah.

Makhluk halus ini juga suka kepada emas, sebab itu jangan simpan emas kata ustaz, tetapi seeloknya dipakai. Emas sebenarnya menyokong tenaga terutama bagi wanita ketika uzur dan ia mampu merawat sistem badan.

Wuduk juga merawat sistem badan. Darah kita tidak sampai hujung anggota seperti jari, sebab itu kadang-kadang berasa kebas. Bila kita basuh tangan dengan menyelati celah-celah jari, darah dapat dialirkan hingga ke hujung jari tersebut.

Sebelum keluar rumah, ustaz bagi tips baca Basmallah 7 kali, al-Fatihah dan Ayat Kursi. Jika bacaan tersangkut-sangkut, jangan keluar rumah lagi. Bila balik, bagi salam dengan betul dan salin kesemua pakaian yang dipakai, jangan diulang pakai sebelum dibasuh. Ustaz juga kata, sebaiknya sediakan pakaian khas untuk solat.

Bila kita ada masalah, ustaz kata ambil Quran dan doa minta petunjuk dari Allah, lalu bukalah al-Quran. InsyaaAllah Dia akan tunjuk penyelesaian kepada masalah tersebut.

Ustaz ada sebut di awal rancangan tentang doa Rihul Ahmar sebagai pelindung dari pelbagai penyakit berat.

Kesimpulannya, ustaz kata baca surah al-Baqarah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Boleh diswastakan kepada pelajar-pelajar tahfiz tetapi sebaiknya dibaca sendiri, kalau tak reti, pi la belajaq, kata ustaz - https://goo.gl/o5W3u4
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

17 March 2016

Klinik Usahawan

Cetusan Dr.Azizan Osman


💉2 sebab kerja atau terus berniaga
1⃣survive
2⃣value

🔑jd kan berniaga utk memberi value kpd org lain..terutama org yg kita sayang

🔑apa2 pun dalam kehidupan kita perlukn duit! cuba set matlamat hidup, ada tak matlamat yg kita set tu tak perlu duit???

🔑tujuan nak duit
1⃣Tenang
2⃣kebebasan kewangan
3⃣ kebebasan masa

🔑Berniaga bukan utk duit semata2, bila ada duit kita mampu memilih..
cth: nak pg umrah, bila kita berkemampuan, nak bwk satu keluarga pun tak ada masalah..

🔑berniaga perlu ada:
➡mentor
➡ilmu
➡sistem
➡tindakan (berani, luar biasa dan konsisten)
➡intention (niat)
➡impian

🔑perkara yg perlu jaga utk berjaya:
👉syukur
👉sujud
👉selawat
👉sedekah
👉silaturahim

🔑bisnes wujud bila ada:
masalah
manusia (keinginan)

🔑belajar dr kesilapan dan ikut je acuan orang yg berjaya!jgn terus mencipta alasan..

🔑belajar lawan akal yg selalu nak kita hidup di zon selesa, takut utk mencuba sstu yg baru. kena selalu positif! lawan lawan dan lawan.

🔑orang islam perlu kaya, untuk memartabatkan ekonomi islam, boleh bayar zakat byk2..bantu golongan susah..

🌟🌟🌟🌟🌟Wowwww resepi kejayaan dr ceo anis choc moist (income 10.4juta bulan lepas)
✔bergantung pd Allah
✔ilmu
✔tindakan

TANYA DIRI ANDA ADA TAK CIRI2 DIATAS?
kalau ada,
Tunggu kejayaan akan datang nanti.

🚀🚀🚀Fast Action! Fast Result!...jangan tangguh lagi
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

12 March 2016

Makna bacaan solat

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairanlah kalau tak kusyuk dalam solat.
Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Semoga bermanafaat utk semua.termasuk DIRIKU😊

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

11 March 2016

Pesanan kepada usahawan

Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.

Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post 'rakan sejemaah', boleh baca point no 10 dan 11 di bawah.

Saya ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:

1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari redha Allah <- Pegangan.

2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada'.

3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.

4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.

5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam. Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).

6. Ketelusan wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.

7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah harus.

8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.

9. Untuk produk affiliate dan dropship, tidak boleh guna istilah 'produk saya' kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah 'produk kami' kerana kita dikira wakil kepada penjual.

10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.

11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu. Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.

12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.

13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.



Cukuplah dulu, kot. Boleh tanya soalan. Silakan share untuk kemaslahatan kawan-kawan kita yang berniaga dan baru ingin berniaga.

Ikut syariat, hasil berkat.

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

10 March 2016

D.U.I.T

Assalamualaikum kawan2, seperti yg dijanjikan

Sambungan Sharing Rahsia Do'a Dapat Duit

Antara yg telah kita share sebelum ini adalah untuk mendapatkaan apa yg kita mahu kita hendaklah berdo'a dan meminta kepada Allah swt apa shj dengan JELAS, tidak sebut secara umum dan tidak juga secara berkiasan agar tiada perasaan segan dan malu antara kita dengan Allah swt, itulah yg disukai Allah swt.

Selanjutnya apa yg ingin dikongsikan dalam Do'a Minta Duit ada pada ejaan DUIT itu sendiri.
D - Do'a
U - Usaha
I - Ilmu
T - Tawakkal

Seperti yg dinyatakan untuk mendapatkan duit kita perlu bermula dengan Do'a, meminta apa yg kita mahukan iaitu duit dengan Jelas dan juga ULANG2.

Ini satu lagi rahsia berdoa minta duit, kita mesti berdo'a berulang2 setiap masa dan setiap hari. Jangan berhenti berdoa dan meminta hingga kita dapatkan apa yg kita minta (Istiqamah - Consistence & Persistence).

Masa yg paling baik adalah semasa sujud, selesai solat, setelah kita berdoa dengan doa2 minta kebaikkan akhirat maka kita doa minta Allah berikan kita duit dan juga pada waktu malam sebelum tidur, setelah bacaan Al Quran, zikir2 dan zikir tidur.
Sebaiknya ditulis apa yg kita mahukan dan dibaca setiap malam hingga terpahat di minda kita. Menurut kajian sains, apa yg terpahat di minda (Affirmation) akan menjadi realiti, menurut Islam pula, apa yg terpahat di minda menjadi doa, sehingga walaupun diri kita sedang tidur tetapi minda kita terus menerus berdoa.

Masih ingat lagi kan "Apa yg kita fikir adalah doa"?
Begitu juga kita ulangi doa kita yg sama (Affirmation) sebaik shj bangun tidur, kerana katanya semasa kita bangun pagi minda kita masih kosong murni. Oleh itu apa yg kita sebutkan akan terpahat di minda kita dan menjadi doa.

Kesimpulannya, nak minta duit doanya mesti
(1) JELAS, sebaiknya sebutkan jumlah yg kita mahu tanpa merasa segan dan malu terhadap Allah swt dan
(2) ULANG ULANGI doa kita, sebaiknya gunakan lafaz2 yg sama, jangan tukar2, itu petanda kita tiada pendirian atau kita tidak tahu apa sebenarnya yg kita mahu justru itu boleh menyebabkan doa kita tidak atau lambat terkabul.

3) MATLAMAT, kenapa atau utk apa kita mahukan duit tersebut?sebutkan utk apa kita mahukan duit tersebut. Lagi kuat alasan atau tujuan kita memerlukan duit tersebut lagi cepat Allah akan berikan pada kita.

Misalnya, kita mahukan duit utk menyara keluarga, atau nak sekolahkan anak, atau mahu menyara ibu ayah atau membiaya mrk buat haji, mahu bersedekah hari2, mahu bayar hutang dan sebagainya.

Selain itu D juga bererti Dhuha. Sebaiknya lakukan solat sunnat Dhuha dan jangan ditinggalkan. Orang yg nak duit sangat2 digalakkan tidak meninggalkan solat sunnat dhuha setiap hari.

Pada Hadis qudsi, Allah berfirman maksudnya:
Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu.
(Riwayat Abu Daud)

"Cukupkan" juga boleh membawa erti memberi menurut apa yg kita minta, exactly!

Rujuk kembali surah Dhuha kita juga akan dapati janji2 Allah swt yg Dia akan memberikan kekayaan kepada hambaNya.

Tak percaya?
Allah swt hanya akan berikan kepada hamba2Nya yg yakin kepadaNya shj.

Bersambung......
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

Doa mesti JELAS

Cara2 Doa Minta Duit

Seperti yg telah dijelaskan bahawa Allah swt akan mengkabulkan apa yg kita minta dan Dia Maha Kaya dapat memberikan apa sahaja.

FirmanNya:
"Mintalah aku niscaya aku akan kabulkan permintaanmu"
Ghaafir 60

Jika yg kita mahukan adalah duit maka kita mesti minta kepada Allah dengan jelas yg kita mahukan duit.

Duit Adalah Rezeqi Tetapi Rezeqi Bukan Duit.

Jika awk tidak faham kata2 ini cuba fahamkan perumpamaan ini:

Kopi adalah Air tetapi Air bukan Kopi.

Cuba kita masuk ke kedai kopi dan kita minta "Air satu"!

Adakah kita akan mendapatkan Kopi?

Sudah tentu tidak!
Pelayan kedai pasti akan berikan kita Air kosong, betul tak?
Jika kita mahu kopi kita mesti minta dengan jelas yg kita mahu Kopi, bukan Air walaupun asalnya kopi adalah Air.

Nah begitu juga Duit, jika kita mahu duit kita mesti minta dengan jelas yg kita betul2 mahukan duit bukan rezeqi.

Ada banyak ayat2 Al Quran ygmana Allah jelaskan jika kita mahukan sesuatu kita mesti minta dengan JELAS, itu yg Allah sendiri ajarkan!

Sama ada kita tidak tahu atau tak ambil tahu inilah hakikat Berdo'a, kita mesti minta dengan jelas apa yg kita mahu.
Dahulu saya juga seperti anda, saya selama ini hanya minta rezeqi, dimurahkan rezeqi. Saya fikir selama ini itulah yg betul tetapi setelah saya difahamkan maka saya mula berdo'a dengan jelas yg saya mahukan duit.

Nak tahu? semenjak itu saya do'a mula2 minta 1,000, Allah bagi saya 1,000, sesudah itu saya cuba minta 2,000, Allah bagi saya 2,000, kemudian saya cuba minta 10,000, saya dapat 10,000, dengan berbekalkan keyakinan yg kuat saya cuba minta 100,000, Ya Allah saya dapat 100,000 ( satu jumlah yg saya belum pernah dapat dlm perniagaan), saya cuba lagi minta 200,000, Subhaanallah, saya diberikan 200,000 bahkan lebih sedikit, saya cuba lagi demi Allah! saya cuba minta 300,000, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, sales kami bulan lalu mencecah 300,000 lebih!

Nak tahu lagi rahsia do'a banyak duit?
(Hanya yg mahu shj yg akan dapat)

Cepat2 respon, Say I !

Insya Alla saya akan kongsikan kepada siapa yg mahu.

Siapa yg ego dan tdk mahu respon dengan sendirinya dia menunjukkan dia tidak mahu, maka saya yakin Allah tdk akan berikan kepada orang yg tidak mahu..
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

06 March 2016

MENGAPA KITA SERING MERASA "PENAT" DI DUNIA INI?

👉Beginilah dalam Al-Qur'an kitab yang berisi sebuah panduan yang berharga bagi setiap muslim, bahwa apa yang kita tuju menentukan cara kita untuk sampai kepadaNya......

1⃣. URUSAN Berdzikir (Sholat), perintahnya adalah "Berlarilah!"

"Wahai orang yang beriman, apabila kalian diseru untuk menunaikan sholat Jum'at, maka BERLARILAH kalian MENGINGAT Allah dan tinggalkanlah jual beli." (QS. Al-Jum'ah : 9)📖

2⃣. URUSAN Melakukan Kebaikan, perintahnya adalah "Berlumbalah!"

"Maka BERLUMBA-LUMBALAH dalam berbuat KEBAIKAN." (QS. Al-Baqarah : 148)📖

3⃣. URUSAN Meraih Ampunan, perintahnya adalah "Bersegeralah!"

"Dan BERSEGERALAH kamu menuju AMPUNAN dari Tuhanmu dan menuju SURGA…" (QS. Ali Imron : 133)📖

4⃣. URUSAN Menuju Allah, perintahnya adalah "Berlarilah!"

"Maka BERLARILAH kembali ta'at kepada ALLAH." (QS. Adz-Dzaariyat : 50)📖

5⃣. TAPI... URUSAN Menjemput Rezeki (Duniawi), perintahnya HANYALAH "Berjalanlah!"

"Dialah yang menjadikan bumi mudah bagimu, maka BERJALANLAH di segala penjurunya dan makanlah sebagian dari REZEKI-Nya." (QS. Al-Mulk : 15)📖
🔸Semestinya kita memahami, bila kita perlu BERLARI, atau menambah kecepatan lari kita, atau bahkan CUKUP BERJALAN saja.

Jangan-jangan, selama ini kita merasa lelah, karena MALAH berlari mengejar dunia yang seharusnya CUKUP DENGAN BERJALAN..

🔸Ya Allah selamatkanlah kami dari fitnah dunia yang begitu menggoda dan palingkanlah kami menuju negeri akhirat yang engkau berkahi
===============

Share daripada rakan FB iaitu Ust Aznil Zulkifli

Antara doa yang terkenal adalah : "Wahai Allah tunjukkanlah yang benar itu adalah benar untukku & berikanlah aku kekuatan untuk menurutinya, DAN tunjukkanlah yang salah itu adalah salah untukku, dan berilah aku kekuatan untuk menurutinya..."

Allahumma Ameen...
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

05 March 2016

Layak pinjam bank?

Sebab kenapa loan korang declined atau kene reject

1. Rekod CCRIS x cun
Ofcos, CCRIS korang kene cun melecun baru bank senang nak bagi approval.. Kalau CCRIS xcun, memang markah untuk declined tu memang banyak lah.. Paling banyak ialah loan kereta sebab korang tak tahu bila due date.. Haru jugak.. So make sure korang jada ccris korang ni maxam korang jaga diri sendiri..

2. DSR exceeds
Bila kelayakan komitmen korang dah terlalu tinggi, maka bank dah tak mampu nak bagi pinjaman lagi.. Takut2 kalau korang tak mampi nak bayar..
Maka nya, kene tahu limit kelayakan komitmen korang..

3. Takde saving
Bila banker tanya ada tak saving di mana2 akaun bank, korang terpinga2 nak bagitahu sebab takde saving.. Takkan korang nak cakap korang simpan bawah bantal pulak.. Ataupun dalam tabung ayam? Bank tak terima semua tu.. Kena ada proof di mata bank..

4. Baki akaun gaji
Bila korang bagi statement bank korang, banker pun dah separuh hati nak proceed, sudahlah saving pun takde.. Akaun gaji pulak nyawa2/ikan je.. Mana tak nya, lagi 15 hari lagi nak tunggu gaji, baki akaun hanya tinggal RM21.48
Ini haru..

5. Property area atau jenis property
Bab yang ni, kalau korang nk beli rumah sekali pun, jangan lah main aci beli jer.. Sebab mungkin korang terbeli di kawasan yang bank dah senaraihitamkan dan takkan bagi finance.. Kalau kes macam ni, kalau korang hantar, banker tu boleh terus reject upfront.. So memg takde peluang lah..
Makanya, sebelum beli rumah, tanya dulu pada pihak bank samada boleh bagi finance atau tidak.. Title pun memainkan peranan juga.. So kene tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh..

6. Jenis hutang
Ini lagi satu, jenis2 hutang yang ada dalam cctis record pun memainkan peranan penting.. Bank nak tengok korang ni jenis suka hutang yang mendatangkan income, atau hutang yang hanya mendatangkan kegembiraan seketika..
Contoh nya, gaji korang RM8k, tapi korang ada 5 personal loan dari 5 bank yang berbeza.. Lepas tu credit card pulak pakai dah 90%.. Aduhh.. Peluang nak lulus tu terus jatuh ke 15%..

7. Baki selepas tolak komitmen..
Ni maksud nya portion untuk kos sara hidup.. Lepas korang dah bayar loan korang, mesti korang nak kene hidup lagi kan? Beli pampers anak, susu anak, make up bini, makan2 dan banyak lagi.. Untuk portion yang ini korang kene ada baki yang cukup seperti yang bank tetapkan.. So, korang kene ingat, kalau korang guna max portion DSR korang, pastikan baki nya cukup untuk "standard cost of living" yang bank tetapkan..
Untuk standard cost of living bergantung korang tinggal kat kawasan urban atau sub urban atau rural area, bergantung pada marital status jugak.. Kebiasaannya standard bank akan ambil RM1500.. Ada juga bank yang ambil RM1300.. Kene shopping around..

8. Incomplete/limited documentation
Korang nak apply loan, tapi korang takut nak disclosed income korang kat bank.. Macam mana banker nak buat recommendation? Dah lah dokumen pun kedekut nak bagi, lepas tu tak lengkap pulak.. Jangan risau, banker tu bukan nak ngorat korang pun.. Adehhh.. Apa yang menbantu menaikkan income, korang bagi jer..

Ok.. Bella bagi 8 je dulu boleh??
Esok nanti kalau ada je lagi bella tambah ok.. Bella agak penat so kepala pun agak tepu.. Maafkan bella..

Selamat membaca.. Semoga sedikit sebanyak membantu korang..

Selamat berhujung minggu.. Selamat malam..

Love,
Bella Leana
Banker Pilihan Anda

Ps:/ Bella halal korang nak share seantero dunia.. Its FOC.. 😘😘😘

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

My Vellfire

Luxury | Exclusive | Quality

Toyota Vellfire 2.4 ZG 2012 Sunroof/ Moonroof

• Unregistered Model
• Sunroof/ Moonroof
• ZG Edition
• Electric seat with memory
• Exclusive Black Interior
• Pilot Seat
• Black -
• 2 Power door with remote
• 1 Power boot with remote
• Reverse camera
• Hdd Dvd Player original Japan
• Xenon HID Headlamp
• 6 Srs Airbags
• Auto Daylight
• Multifunction Steering
• 18" Original Toyota Rims
• Parktronic Parking sensor
• ECO Mode
• Nanoe
• Roof monitor

• Very Clean interior
• Warranty Provided (T&C)
• Test drive available
• Bank interest like new cars 2.75%
• Panel Bank with Maybank,BSN,PublicBank,Hong Leong Bank and Others
• High Trade in accepted
• Broker are very welcome
• High Loan can arrangeable
• LOCAL AP / KL AP
• Maximum Loan up to 9 years

PRICE : RM217,000.00 (FREE GST) NEGO UNTIL LET GO!!
ASHRAF • 012-4335925
WhatsApp/SMS/Call for more details.

02 March 2016

2 sayap bisnes

Assamualaikum kawan2 Jutawan Kaya dan Berjaya.

Untuk berjaya dalam setiap bidang termasuk peniagaan kita memerlukan DUA sayap utk terbang mencapai kejayaan.

Satu Sayap Iman dan Amal
Satu Sayap Ilmu Peniagaan

Kebanyakkan orang tidak berjaya kerana mereka hanya ada Satu sayap sahaja.

Bayangkan seekor unggas atau seranggan yg hanya ada Satu sayap, adakah ia boleh berjaya terbang utk mencapai matlamat hidupnya?

Dahulu saya tidak sedar hakikat ini, saya Sangka dengan adanya Iman dan Amal seperti kepercayaan kuat terhadap Allah dan Maha Pemberi RezeqiNya, solat wajib dan sunnat, menjaga halal haram, jujur dan sebagainya maka sudah tentu dan pasti Allah akan berikan kejayaan dalam peniagaan saya.

Tetapi setelah 10 tahun berlalu peniagaan saya begitu juga, tiada perubahan, Kais Pagi Makan Pagi, berapa dapat berapa habis.

Rupa2nya sangkaan saya selama ini tidak betul, SAYA HANYA ADA SATU SAYAP SAHAJA!

Hanya setelah saya menyertai kursus dan seminar peniagaan particularly seminar Dr Azizan Osman, di situ saya muka sedar bahawa saya hanya ada Satu Sayap Sahaja!

Benarlah dikatakan, hanya orang yg berilmu dalam bidangnya akan memberi kita ilmu ikut kepakaran dan pengalaman yg hanya ada padanya.

Selama ini saya hanya belajar dan menceduk pengalaman bersama tokoh2 Iman dan Amal.

Maka dalam bab Iman dan Amal Alhamdulillah saya berjaya tetapi......

Bukan dalam bidang peniagaan.

Hingga saya berjumpa dengan Mentor dan Guru yg benar2 bukan shj Mahir dalam ilmu peniagaan bahkan ada pengalaman2 kejayaan dalam peniagaan barulah dunia peniagaan saya mula berubah.

Kini Alhamdulillah saya SUDAH ADA DUA SAYAP. Syukur dan terima kasih Ya Allah.

Hasil peniagaan kami utk bulan February mencecah lebih Rm300,000.

- Abdul Rahman

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

01 March 2016

NOKIA

Nokia CEO ended his speech saying this "we didn't do anything wrong, but somehow, we lost".

By: Ziyad Jawabra



During the press conference to announce NOKIA being acquired by Microsoft, Nokia CEO ended his speech saying this "we didn't do anything wrong, but somehow, we lost". Upon saying that, all his management team, himself included, teared sadly.

Nokia has been a respectable company. They didn't do anything wrong in their business, however, the world changed too fast. Their opponents were too powerful.

They missed out on learning, they missed out on changing, and thus they lost the opportunity at hand to make it big. Not only did they miss the opportunity to earn big money, they lost their chance of survival.

The message of this story is, if you don't change, you shall be removed from the competition.

It's not wrong if you don't want to learn new things. However, if your thoughts and mindset cannot catch up with time, you will be eliminated.

Conclusion:
1. The advantage you have yesterday, will be replaced by the trends of tomorrow. You don't have to do anything wrong, as long as your competitors catch the wave and do it RIGHT, you can lose out and fail.

To change and improve yourself is giving yourself a second chance. To be forced by others to change, is like being discarded.

Those who refuse to learn & improve, will definitely one day become redundant & not relevant to the industry. They will learn the lesson in a hard & expensive way.

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile