Sebelum
ni kita dah belajar yang semua benda adalah Energy, semua benda ada getaran
yang tersendiri, dan kita menarik perkara-perkara yang sama getaran dengan
kita.
Jika kita
pada High Vibrations, maka kita menarik dalam hidup kita, banyak
perkara-perkara yang best-best. Jika kita pada low Vibrations, maka kita sedang
menarik dalam hidup kita banyak perkara malang, sedih, buruk dan sebagainya.
Antara
teknik untuk tingkatkan kita punya Vibrations bagi sentiasa pada getaran tinggi
ialah dengan tenang kan minda kita. Salah satu cara nya ialah menggunakan
bunyi. Ini ialah:
10 BUNYI
YANG BOLEH TINGKATKAN VIBRATIONS ANDA:
1. BUNYI
BURUNG:
- Bunyi
kicauan burung sangat menenangkan minda dan buat otak kita rasa terbang seperti
burung. Damai, lapang dan indah.
2. BUNYI
AIR MENGALIR:
- Bunyi
air mengalir sangat melunakkan hati, melapangkan dada dan mententeramkan minda.
Antara nya ialah bunyi Ombak menghempas pantai, bunyi air terjun, bunyi air
sungai yang mengalir, dan bunyi air hujan.
Sebab tu
kalau hotel mewah, rumah orang kaya atau pejabat mewah, mesti ada Air Terjun.
Sebab dia mengubah suasana dan meningkatkan Vibrations.
3. BUNYI
ALAT MUSIC:
- Bukan
semua music meningkatkan Vibrations. Pilih music yang tenang seperti Piano,
Biola, seruling. Ini alat music yang menenangkan. Bergantung pada music yang di
mainkan juga. Biasanya Kebanyakkan music yang di mainkan oleh 3 alat ini
meningkatkan Vibrations.
4. BUNYI
TILAWAH Al-Quran:
- Al
Quran ni mukjizat, dia sangat Ajaib. Susunan huruf, makhraj huruf dan bunyi
huruf itu sendiri sangat ajaib dan memberi Vibrations yang sangat tinggi pada
pendengar nya.
Macam
saya cakap dulu, Setiap ayat Quran ni, tersimpan ratusan malah ribuan
mathematical calculations yang otak perlu buat untuk membaca nya. Vibrations
otak kita akan tinggi waktu baca Al Quran.
5. BUNYI
SUARA YANG TERSAYANG:
- Pernah
tak waktu kita bercinta dulu, rasa bahagia je sentiasa. Semua benda nampak
cantik. Langit nampak lebih biru, daun nampak lebih hijau, makanan terasa lebih
sedap saat kita bercinta. Rasa hidup penuh makna kan.
Kita kena
increase rasa love kita tu tinggi-tinggi, supaya bila dengar suara orang
tersayang, kita Vibrates at Love, Caring, Grateful, Bless, Joy and Bliss.
Biasanya,
orang-orang ini ialah, Mak, ayah, anak-anak, isteri/suami.
6. BUNYI
528hz:
- 528
hertz ni juga di kenali sebagai “LOVE Frequency”. Menurut Dr. Leonard Horowitz
528hz ialah pusat “musical mathematical matrix of creations”. Dahsyat 528hz ni.
Anda boleh google untuk lebih info.
7. BUNYI
432hz:
- Magic
number ini di kenali sebagai Natural Frequency of the universe. Ia dikatakan
mempunyai cosmic healing power dan mampu menarik crowd untuk datang pada kita.
Kerana gelombang nya synchronised dengan Frequency alam.
8. BUNYI
ANGIN:
- Nikmat
nya bunyi angin ni buat kita hilang semua masalah kita, seolah-olah semua beban
hidup di bawa terbang bersama angin yang bertiup.
Macam
saya sekarang berada di tepi pantai. Ya Allah nikmat angin bertiup ke muka itu
luarbiasa. Sangat luarbiasa.
9. BUNYI
DEGUP JANTUNG:
- Untuk
bunyi jantung ni ada dua cara. Pertama pejamkan mata, be aware of pernafasan
kita. Then mula listen closely to our heart beat. Beri seluruh perhatian pada
degup jantung kita. Masa tu akan rasa tenaaang sangat. Rasa syukur sangat.
Kedua
boleh pasang utube, bunyi degup jantung. Saya pernah tidur sambil dengar degup
jantung. Rasa macam duduk dalam rahim ibu.
10. BUNYI
ZIKIR:
- Bunyi
alunan zikir dia connects kita dengan Kuasa yang lebih besar. Allah. Jadi kita
rasa sangat tenang. Rasa syukur, rasa di cintai, rasa bless, di Rahmati.
Ini baru
satu cara untuk increase vibrations, iaitu Melalui Bunyi. Sudah banyak macamni
dah. Ada lagi 10 cara lain untuk increase vibrations yang InsyaAllah saya akan
kongsikan dalam Seminar #Metamorphosis chapter 1 : #REBORN .
Menarik
kan? Anda belajar sesuatu?
#Share
Moga Bermanfaat.
TUAN AFNAN ROSLI
No comments:
Post a Comment