11 September 2019

Ujian Allah

Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah, Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian

Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian

Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian

Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian

Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.

Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Alhamdulillah.
Kita semua di UJI Allah.
#MajlisIlmu

09 September 2019

Catatan ceramah


Nabi naik ke setiap langit
Langit 1 - Adam
Langit 2 - Yahya isa
Langit 3 - Yusuf
Langit 4 - Idris
Langit 5 - Harun
Langit 6 - Musa
Langit 7 - Ibrahim- bersandar di baitul makmur
Setiap hari 70k beribadat tawaf sekali shj
Siratul muntahar bertemu allah
Jgn sembang panjang
Nabi x mampak tuhan
Terima arahan solat 50 waktudi langit tertinggi
Nabi mus a suruh minta kurang
Sampai 5
Trun esoknya, malaikat terus ajar solat subuh
Ikut aku betul2 malaikat kata
Hadis 1 - takbir Angkat ibu jari kena cuping telinga
Hadis 2 - takbir bersentetangan dengan telinga
Hadis 3 - takbir bersentetangan ngan bahu
Semua hadis dr bukhari muslim
Jalan solat aulawiyat (keutamaan)
Hukum hakam taklif apa?
Yg penting buat baik. Takkk
Yang baik, yg fardhu dulu!
Solat nak elok, apa nak buat? Nak bagi berkesan. Jangan qodoan, tunaian
Anak skor spm semua A tak guna. Solat tak jaga. Tiang agama runtuh
Al ankabut ayat 29
Baca apa yg dlm kitab tegakkan solat
Solat yg boleh mencegah kebenaran
Surah al mukminun ayat 1
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman”
New zealand cool. Jgn emotional. Dakwah berjalan. Quran dibaca di parlimen.
Non muslim masuk masjid dok belakang kaji quran
Bukan nak kutuk non muslim. Kita nak dakwah mereka. Berdalil. Evidence. Hujah mantap. Supaya
Ayat 2
Mereka itu ialah mereka yang bersolat dgn khusyuk
Paling kurang, minda hati hadir dalam solat. Tak pikir benda lain. Takbir sampai salam.
Khusyuk boleh ubah kompas hidup kita. Jaminan illahi.
Ayat 9
Khosiun + yuhaafizun
Jaga sunat, jaga bacaan, jaga rukun
Nabi lepas dapat arahan solat, dapat melihat syurga. Syurga telah wujud.
Kita semua akan pi. Pasti.
Pi mana? Tak pasti.
Impian kita syurga.
Jangan sekadar minta syurga. Minta syurga firdaus. Syurga firdaus paling tengah, paling atas. Darinya mengalir sungai ke syurga lain.
Org yg masuk syurga, majoritinya pasai apa? Taqwallah wa khusnul khuluk. Kena research.
Kita tau kita tak tahu tu bagus. Kita akan cari.
Ciri 1 - Taqwa macam mana?
Hidup dgn taat kpd Allah. Agama kata apa yg kita nak buat.... dia ambil kisah.
Nak buat pakai baju, patuh syariat atau tak?
Nak makan Halal ke tak?
Rekreasi? Laki pompuan mcm mana?
Walimatulurus ikut syariat mcm mana?
Takda taqwa mcm mana?
Yang tak kisah. Masuk neraka pun tak kisah
Ciri 2 - Khusnul khuluk
Akhlak yg bagus
Isu politik bahaya. Berbeza pendapat xpa, tapi sekali dgn makian. Tgk fb sahaja dah cukup.
Satu kisah zaman nabi....
Rajin semayang malam, puasa siang. Wataf-an. Suka buat kebajikan & bersedekah. Kita kata apa? Baik sgt dah tu. Calon syurga
Tapi...
Dia menyakiti jiran dgn lidah.
Nabi kata “la khaira la fiiha”
Tiada kebaikan bagi dia. Ngata orang tu menghapuskan semua pahala dia. Ahli neraka nabi kata.
Lagi sorang pompuan
Semayang fardhu shj. Sunat x buat.
Sedekah ngan keju sedekah pun ciput shj.
Tapi
Tak sakiti sesiapa. Alai solatuwasalam.
Dia ahli syurga nabi kata.
Jangan cerca, jgn tular, itu jln ke syurga.
Kita dekat ngan kiamat. Tak dekat sangat
Boleh rilek la?
Yg lebih dekat adalah maut. Tak rilek jugak la.
Kenapa belum dekat kiamat kenapa?
Belum ada tanda besar
1.      Dajjal belum dtg. Dajai dah ada. Sorang manusia yg pimpin secara brutal. Bukan raksasa mata satu. 1 mata blur, 1 mata ada tutupan kulit. Antara 2 mata ada tulis kaf fa ra.
2.      Nabi isa turun bunuh dajjal
3.      Nabi isa masih ada muncul yaajud wa makjud. Manusia. Ramai. X boleh dibunuh. Allah hantar ulat gigit dia
4.      Dukhan. Asap serang dunia. Bukan jerebu indon.
5.      Binatang buas berkata2.
6.      Bumi tenggelam 3 tempat.
7.      Matahari terbit di barat
8.      Sangkakala ditiup
9.      Api kejar manusia dari bumi yaman.
Tanda kecil banyak
Gembala kambing bina bangunan
No 8 tertinggi di dunia - sebelah kaabah
No 2 - burj khalifa 829meter dubai
No 1 - the kingdom tower 1km jeddah
Kiamat takkan berlaku sehingga tiada orang sebut nama allah. Yg tinggal fasik dan kafir


MenTHOR!!


MenTHOR!!
Tahniah bosskuuu!!!
So proud of you..
Dia pernah cakap kat saya..
“Nani, me also have 24 hours, same like you..
I baca banyak buku untuk study I, you tau macam mana i run itu ini.. tapi i ada jadual..and I know what I want at the end of the day..”
Dia boleh je duduk diam2 kat rumah.. buat benda yang dia suka- gentel family dia.. anak2 yang comel2 and hensem2 tu.. but he choosed to do things differently.. he choosed untuk labur duit untuk belajar dan bawa balik ilmu, untuk share dengan anak bangsa dia..
You all pun tengok komitmen dia atas stage kan..
If let say saya bukan team RichWorks pun, saya akan nampak dan ‘RASA’ effort dan kesungguhan dia..
Each of us kat RichWorks.. datang dari pelbagai background , susah, sedih, stress, nakal, jahat... tapi di sini kita dibentuk dan dilift up.. menjadi insan lebih baik...dibentuk dengan kasih sayang dan nilai-nilai terbaik. Memang bukan ambik masa sehari.. tapi pelan2 kita dapat tengok hasilnya..
Tak leh tulis banyak2... air mata dah bergenang2 ni..🥺🥺🥺
Tahniah Doc...
Semoga Allah rahmati doc dengan beribu ramatNya..
Proud to be RichWorkians and to know you..
Korang yang baca ni.. jangan give up dengan apa je cabaran. Doc pun manusia biasa bukan turun dari langit.. tapi dia boleh achieve banyak perkara, kenapa tak kita?
Founder Rgoc AO
#TeamRichWorks
#CikKakContent
#ILoveRichWorks

SUPER 10X STUDENTS



(UPSR/PT3/SPM)
Masalah UTAMA pelajar sekarang..
- Tiada hala tuju,sebab apa mereka perlu belajar..
- Berfikiran negatif,terutama pelajar
kelas belakang..
- Tiada daya tumpuan belajar, di dalam kelas,mahupun di rumah..
- Tidak tahu strategi yang betul untuk belajar..
- Tidak tahu mengurus masa dengan betul..
----------------------------------------------------------
Apakah kelebihan yang para pelajar akan dapat dari "Program Super 10X Students" berbanding program-program motivasi yang lain ??:
----------------------------------------------------------
Para pelajar akan MENGUASAI(insyaallah) :
Kaedah macam mana nak menggunakan KEHEBATAN kuasa minda.
Cara untuk mengenalpasti Matlamat/Halatuju dalam kehidupan
Teknik membuang pemikiran negatif kepada pemikiran positif.
Teknik Laser Fokus.
Kaedah mengurus masa secara efektif.
#########################
PERHATIAN!
Jemputan ceramah hanya di SELANGOR dan KUALA LUMPUR sahaja
#########################
Jika pihak SEKOLAH berminat untuk mengadakan "Program Super 10X Students" di tempat tuan/puan,boleh hubungi :
Coach Adi
https://www.wasap.my/60199595920

VIBRATION - TUAN AFNAN ROSLI


Sebelum ni kita dah belajar yang semua benda adalah Energy, semua benda ada getaran yang tersendiri, dan kita menarik perkara-perkara yang sama getaran dengan kita.

Jika kita pada High Vibrations, maka kita menarik dalam hidup kita, banyak perkara-perkara yang best-best. Jika kita pada low Vibrations, maka kita sedang menarik dalam hidup kita banyak perkara malang, sedih, buruk dan sebagainya.

Antara teknik untuk tingkatkan kita punya Vibrations bagi sentiasa pada getaran tinggi ialah dengan tenang kan minda kita. Salah satu cara nya ialah menggunakan bunyi. Ini ialah:

10 BUNYI YANG BOLEH TINGKATKAN VIBRATIONS ANDA:

1. BUNYI BURUNG:
- Bunyi kicauan burung sangat menenangkan minda dan buat otak kita rasa terbang seperti burung. Damai, lapang dan indah.

2. BUNYI AIR MENGALIR:
- Bunyi air mengalir sangat melunakkan hati, melapangkan dada dan mententeramkan minda. Antara nya ialah bunyi Ombak menghempas pantai, bunyi air terjun, bunyi air sungai yang mengalir, dan bunyi air hujan.
Sebab tu kalau hotel mewah, rumah orang kaya atau pejabat mewah, mesti ada Air Terjun. Sebab dia mengubah suasana dan meningkatkan Vibrations.

3. BUNYI ALAT MUSIC:
- Bukan semua music meningkatkan Vibrations. Pilih music yang tenang seperti Piano, Biola, seruling. Ini alat music yang menenangkan. Bergantung pada music yang di mainkan juga. Biasanya Kebanyakkan music yang di mainkan oleh 3 alat ini meningkatkan Vibrations.

4. BUNYI TILAWAH Al-Quran:
- Al Quran ni mukjizat, dia sangat Ajaib. Susunan huruf, makhraj huruf dan bunyi huruf itu sendiri sangat ajaib dan memberi Vibrations yang sangat tinggi pada pendengar nya.
Macam saya cakap dulu, Setiap ayat Quran ni, tersimpan ratusan malah ribuan mathematical calculations yang otak perlu buat untuk membaca nya. Vibrations otak kita akan tinggi waktu baca Al Quran.

5. BUNYI SUARA YANG TERSAYANG:
- Pernah tak waktu kita bercinta dulu, rasa bahagia je sentiasa. Semua benda nampak cantik. Langit nampak lebih biru, daun nampak lebih hijau, makanan terasa lebih sedap saat kita bercinta. Rasa hidup penuh makna kan.
Kita kena increase rasa love kita tu tinggi-tinggi, supaya bila dengar suara orang tersayang, kita Vibrates at Love, Caring, Grateful, Bless, Joy and Bliss.
Biasanya, orang-orang ini ialah, Mak, ayah, anak-anak, isteri/suami.

6. BUNYI 528hz:
- 528 hertz ni juga di kenali sebagai “LOVE Frequency”. Menurut Dr. Leonard Horowitz 528hz ialah pusat “musical mathematical matrix of creations”. Dahsyat 528hz ni. Anda boleh google untuk lebih info.

7. BUNYI 432hz:
- Magic number ini di kenali sebagai Natural Frequency of the universe. Ia dikatakan mempunyai cosmic healing power dan mampu menarik crowd untuk datang pada kita. Kerana gelombang nya synchronised dengan Frequency alam.

8. BUNYI ANGIN:
- Nikmat nya bunyi angin ni buat kita hilang semua masalah kita, seolah-olah semua beban hidup di bawa terbang bersama angin yang bertiup.
Macam saya sekarang berada di tepi pantai. Ya Allah nikmat angin bertiup ke muka itu luarbiasa. Sangat luarbiasa.

9. BUNYI DEGUP JANTUNG:
- Untuk bunyi jantung ni ada dua cara. Pertama pejamkan mata, be aware of pernafasan kita. Then mula listen closely to our heart beat. Beri seluruh perhatian pada degup jantung kita. Masa tu akan rasa tenaaang sangat. Rasa syukur sangat.
Kedua boleh pasang utube, bunyi degup jantung. Saya pernah tidur sambil dengar degup jantung. Rasa macam duduk dalam rahim ibu.

10. BUNYI ZIKIR:
- Bunyi alunan zikir dia connects kita dengan Kuasa yang lebih besar. Allah. Jadi kita rasa sangat tenang. Rasa syukur, rasa di cintai, rasa bless, di Rahmati.
Ini baru satu cara untuk increase vibrations, iaitu Melalui Bunyi. Sudah banyak macamni dah. Ada lagi 10 cara lain untuk increase vibrations yang InsyaAllah saya akan kongsikan dalam Seminar #Metamorphosis chapter 1 : #REBORN .
Menarik kan? Anda belajar sesuatu?
#Share Moga Bermanfaat.

TUAN AFNAN ROSLI