07 February 2018

Budak lepas graduate, kerja saja lah

Budak muda lepas graduate, kalau first job, kalian ditawarkan gaji dalam 1200 - 1500.
Ambik jelah, belajar dari mereka saya kenal ni.

1. Budak ni, Master graduate.
Minta kerja payah nak dapat.
Satu hari dia pi nterview nak jadi Pelatih Pengurusan.
Dia ingatkan kerja jadi pengurus kat pejabat..
Rupa rupanya pelatih pengurus di restoran makanan segera.

Dia dapat.
Gaji dalam 1500, dia accept je.
Nak jadi pengurus restoran bukan senang, dia kena buat kerja kerja staff dulu, mob lantai, bersihkan ayam yang dipotong, dan sebagaianya.

Budak muda fresh nak kena handle karenah manusia, lagi susah dari jaga machine or komputer.
Lebih 20 orang staff dia handle, yang lagi jauh berumur darinya.

Dapat pengalaman 3-4 tahun, dia resigned.
Kerana dah pon berjaya diterima dengan kerjaya yang betul betul dia minat.

Katanya, Alhamdulilah, sekejap je dia dinaikkan menjadi pengurus di syarikat antarabangsa beliau bekerja sekarang.

Tugas more on handling pasukan dari pelbagai bangsa dan agama.

Ceritanya lagi, sebenarnya dia berterimakasih kat fast food tu.
Fast food tu, bukan setakat bagi dia income, tapi bagi real kes study tentang "Leadership".

2. Budak ni pulak, graduate bidang Accounting.
Sama macam kat atas tu, payah nak minta kerja.

Satu hari tempat dia praktikal dulu, iaitu Firma Audit panggil dia bekerja.
Gaji dalam 1200, tapi kerja banyak ssmpai malam.
Dia terimalah dengan hati terbuka.

Lepas 3- 4 tahun, boss dia cadangkan dia ambik professional paper.
Chartered Accounting.

Sekarang dah pon berjaya mendapat title yang diidamkannya.
Yang ni pulak dia dapat ilmu tentang "Desire".

3. Yang ni pula, graduate dalam bidang kejuruteraan kimia.
Lepas graduate, interview macam macam.
Malangnya, dia hanya berjaya dapat post Supervisor di Pasaraya.
Dia ambil je.

Masa kerja kat pasaraya ni, gaji 2k, tapi macam buruh asing katanya.
Waktu kerja lebih 8 jam sehari, kerja ikut shift payah nak dapat off hari sabtu ahad..

Tapi sekarang, dia dah berjaya.
Bukan berjaya dalam bidang Kimia, Degree dia tu.
Tapi dia dah menjadi seorang businessman.
Masa kat pasaraya dulu, dia kenal erti "Hardwork".

4. Yang ni pulak, graduate bidang IT.
Job pertama, dia kerja company kecik, nyawa nyawa ikan..
Tapi terlibat dengan animasi.
Gaji dalam 1k, tapi dia punya kerja, macam dia punya.
Teruk teramat, katanya. Tidur sampai diopis.

Satu hari, company tu berjaya dapat project besar.
Yang kartun kartun animasi tu..
Company tu bukan saja bagi dia gaji lebih, tapi siap ditawarkan jadi shareholders..

Sebab dia orang penting.
Kat situ dia diresap dengan ilmu tentang "Commitment "

5, Yang ni special sikit.
Baru je saya jumpa last week.
Dia belajar sampai Ke Egypt, buat course Medic.
Balik sini, sementara tunggu posting dia kerja jual kredit card.
Nak cari duit pocket katanya..

Tapi, beliau jatuh cinta jatuh dengan bidang sales.
Dengan masa flexible dan income unlimited.
Dia masih kerja lagi kat hospital, sementara habis bonding.
Tapi sales dia masih buat walopon bukan credit card, as a part time.
Katanya, nak jadikan full time satu hari nanti.

Inilah dikatakan "Multi Skill"

Be positive, Allah hantar rezeki kat kita maybe bukan secara direct,
Tapi melalui transit, nak tengok kita ni redha, atau menunggu je hujan emas jatuh dari langit.

Kalau rasa cerita ini memberi motivasi kepada adik adik, anak anak, anak saudara, rakan rakan kalian, sila Share.
Shaari Anuar II

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment