1. Pakai kemas. Orang yang berpakaian kemas berasa lebih yakin dengan diri sendiri berbanding orang berpakaian selekeh.
2. Tiba awal di lokasi. Kalau lambat, kita mudah gelabah.
3. Duduk bertentangan orang itu bagi mempamerkan kuasa yang sama. Elakkan duduk di tepi (seperti bertemu doktor).
4. Pandang mata dia apabila bercakap. Elakkan pandang kasut dan malu-malu macam pengantin.
5. Senyum walaupun perut berserabut. Usah tunjuk gelabah.
6. Sebutkan nama orang itu untuk tunjukkan kita kuasai suasana.
7. Gunakan ayat-ayat yang menunjukkan keyakinan. Kurangkan ayat yang ada tanda soalan (?). Ayat yang boleh digunakan ialah "saya yakin," "saya percaya pencapaian syarikat saya akan ..." Cakap dengan suara yang tegas, bukan macam itik angsa baru bangun tidur.
8. Bercakap dengan perkataan spesifik. Contoh: Bulan lepas saya jual 6,325 botol minuman. Kalau berikan statistik, sebutkan perpuluhan (.) Contoh: 73.2%. Orang nampak kita yakin jika bercakap dengan angka spesifik.
9. Elakkan perkataan tak yakin seperti "saya rasa," "kalau tak salah saya," atau "saya tak berapa ingat tapi ..."
10. Usah "jual" nama orang politik. Perbuatan begitu merendahkan nilai sosial anda, sekaligus memberikan gambaran anda tak yakin dengan diri sendiri.
#bisnes #usahawan
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile
No comments:
Post a Comment