Saya share tulisan saya di FB personal. Buat kawan2 bukan Dalam list friend.
Kata guru, jadikan trading saham sebagai kerjaya yang proffesional dan seriuslah dalam kerjaya ini. Jangan anggap ia sebagai hobi semata-mata.. Trade like a pro katanya.
Saya melalui beberapa fasa sebelum menginjak tahun yang ke-6 dalam dunia trading Bursa Malaysia.
Fasa Pertama - Keterujaan dengan ilmu baru.
Iya sangat teruja kerana waktu mula-mula dulu tak ramai dalam kelas kami belajar perkara baru, melihat angka-angka yang berkelip-kelip di monitor laptop. Bila ditekan, kena gayanya kaut untung ribu riban. Teruja!!
Waktu itu, dalam kepala nak kumpul modal dan trade supaya boleh berhenti kerja. Aduh mentaliti waktu itu hanya mahu bebas masa.
Asyik teruja dengan keuntungan sendiri dan rakan-rakan lain sampai lupa yang saham ni juga boleh buat rugi kalau tak berhati-hati.
Keterujaan, menunjuk-nunjuk profit yang diperolehi. Ada yang terinspirasi ada yang sentap. Tapi yang penting niat untuk memberi inspirasi bukan depresi.
Fasa Kedua - Keuntungan VS Kerugian
Pasaran saham ada naik dan turunnya. Kata guru pelaburan saham adalah perniagaan. Hanya nampak yang indah-indah ,sehingga lupa bagaimana rupanya sisi gelap pelaburan saham.
Emosi tidak dikawal dengan bagus, makin banyak kawan-kawan yang buat rugi dan rugi termasuk diri sendiri. Sampai satu ketika pernah hampir putus asa. Modal makin menyusut. Kembali pada guru. Minta nasihat apa yang patut.
Ini fasa yang paling kritikal. Kalau tidak rasional, boleh tutup buku terus tentang saham. Boleh putus cinta. Silap-silap siapa cakap pasal saham kena pancung😆
Jumpa orang-orang lama yang sudah lama makan garam. Barulah tahu sisi gelap pelaburan saham yang sangat menyeramkan.
Mula mencari diri. Mula mencari mana silapnya. Mula mencari bagaimana silap tadi boleh diperbetulkan.
Fasa Ketiga : Betulkan Emosi dan cara Fikir.
Cari guru semula, mantapkan lagi ilmu. Baik dari segi ilmu saham, mahupun ilmu pembangunan diri.
Beli buku-buku tulisan orang-orang yang berjaya dalam dunia pelaburan. Beribu habis untuk buku. Baca perlahan-lahan dan hadam satu persatu.
Betulkan cara fikir. Dunia trading bukan hobi saja-saja. Dunia trading ialah kerjaya proffesional yang perlu dilakukan bersungguh-sungguh. Buat kajian teliti, selongkar fundamental dan teknikal. Guna cara yang paling simple.
Fasa Keempat - Ilmu + Skill + Pengalaman
Ini fasa paling seronok.
Selain memantapkan diri dengan dunia pelaburan, berkongsi pula melayan karenah-karenah 'adik-beradik' baru dalam saham .
Melihat mereka umpama melihat diri sendiri. Ada yang terkontang-kanting, berhari-hari belajar tak faham-faham.
Ada yang bersungguh-sungguh tambah ilmu. Dimana guru disitu dia.
Ada yang main biola masih belum jumpa rentak.
Saya senyum sebab itu dulu saya😊
Fasa Kelima - Konsisten
Konsisten disemua perkara.
Konsisten untuk terus memberi.
Berkongsi pengalaman yang sedikit.
Konsisten untuk menjana profit. Baik portfolio pelaburan jangka panjang, jangka pendek mahupun luar jangka.
Konsisten mengurus emosi.
Rugi sikit-sikit itu biasa. Risiko yang boleh diuruskan. Masih terus belajar dan belajar.
Masih terus menerus support guru.
Masih terus menerus membantu alumni.
Kata sahabat baik saya Yusnizam Yusoff once start never stop.
Apa pun, teruskan berusaha. Bukan mahu jadi pakar, cukuplah sekadar boleh menguruskan dana sendiri.
Selamat berhujung minggu.
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile
No comments:
Post a Comment