PETUA MENGATASI MASALAH JARI JEMARI CEPAT LENGUH, BADAN TAK LARAT & SAKIT PINGGANG SELEPAS MENGURUT.
.
Sbnrnya ramai org tak tahu mengurut kena ada standard operation prosedur (SOP) . Kena ada sistem…jgn belasah jerr...meh sy share sikit
.
Ada 3 sub-prosedur asas mengurut iaitu:
1. Opening
2. Massaging
3. Closing
.
OPENING
Dlm prosedur opening, ada 2 perkara yg penting iaitu 'grounding' & bacaan Bismillah.
Sebelum kita mula menyentuh badan pelanggan, kena pastikan grounding dibuat terlebih dahulu. Ia bertujuan utk nyah segala energy negative yg kita tak pelukan.
Grounding bermaksud tapak kaki kita & org yg hendak diurut mesti menyentuh lantai. Posisi yg terbaik utk buat grounding adalah duduk atas kerusi seperti pengantin sedang bersanding. Masa buat grounding kita & pelanggan mesti berada dlm keadaan tenang & selesa. Tarik & hembus nafas beberapa kali.
Kemudian baca Bismillah, Al Fatihah, ayat kursi, selawat & doa. Perkara yg perlu kita doa adalah, minta Allah swt berikan kudrat, lindungi kita drpd sebarang unsur2 negatif, kesembuhan kpd pelanggan & rezeki supaya pelanggan dtg kembali.
.
MASSAGING
Bila dh selesai buat opening, kita nk mula mengurut…so nak start picit kat mana dulu?
Jika nak buat fullbody massage, mulakan dr kepala hingga ke kaki. Utk memudahkan proses mengurut, kita pecahkan tubuh kpd beberapa bahagian yg dikenali sbg 'body portion' iaitu kepala, badan, tangan, punggung, pehe, betis & kaki.
Bila dah buat pembahagian body portion… kita kenal pasti pula lokasi energy lines @ therapy lines yg ada dlm setiap body portion tu…Org2 tua dahulu ckp klau nk mujarab, mengurut kena tahu cari urat, jd kita pun terkebil-kebil..lah mencari kat mana uratnya..bukannya nampak ponn..so how? kita gunalah body meridian lines sebagai peta. Fokuskan urutan kita pd tempat yg ada laluan meridian line tersebut. Secara asasnya tubuh manusia ada 14 body meridian line. (sy tak nak cerita panjang pasal meridian lines ni..anda boleh google)...
Seterusnya pemilihan teknik urut...Ada 30 jenis teknik urut..kenapa sampai 30? Tubuh manusia kan pelbagai. Ada kecik, ada besar, ada lembut & ada keras. Jd kita tak guna kesemuanya...pilih ikut kesesuaian tubuh customer.
Dlm banyak-banyak 30 teknik ni, ia dipecahkan kpd 6 langkah asas yg dipanggil pattern/pola urut iaitu:
1) Menyapu minyak
2) Menekan & menggosok
3) Menggulung
4) Menguli
5) Mengetuk
6) Mencubit (menarik ke permukaan)
.
6 langkah ni kita boleh ulang-ulang pada setiap body portion & tumpukan urutan pada lokasi meridian line @ therapy line.
Mulakan urutan menggunakan tapak tangan, dikuti penumbuk, kemudian ibu jari. Penggunaan lengan, siku, hujung jari & buku jari pula bergantung kpd keadaan.
Dari aspek berapa kuat tekanan, kita boleh adjust guna kederat atau berat badan kita yg 'dipindahkan' kpd customer (teknik graviti). Gunakan tekanan rendah bila mengurut warga emas & org yg berpenyakit kronik spt strok, saraf, diabetes, dll.
.
CLOSING
Prosedur yg terakhir adalah closing. Memadai kita baca 3 Qul shj.
.
.
APAKAH FAKTOR MASALAH JARI JEMARI CEPAT LENGUH, BADAN TAK LARAT & SAKIT PINGGANG SELEPAS MENGURUT?
.
1) Tak ada prosedur mengurut. Banyak berhabis kederat mengurut pada tempat yg kurang penting & menggunakan teknik urut yg kurang sesuai dgn keadaan tubuh customer.
.
2) Tak tahu teknik bagaimana nak guna berat badan utk transfer tekanan kpd tubuh cumstomer (teknik graviti)..100% guna kederat tangan memanglah penat.
.
3) Penggunaan minyak urut yg tak sesuai. Minyak memainkan peranan penting utk melancarkan pergerakan teknik & menjimat tenaga kita. Cuba pakai mineral oil.
.
4) Postur badan tak balance masa mengurut boleh mengakibatkan sakit pinggang. Senang cerita masa mengurut mesti selesa & stabil. Sy selesa menggunakan katil semasa mengurut. Sy boleh pasang kekuda utk stabilkan tubuh & tegakkan pinggang.
.
5) Tak buat exercise warm up terutama tangan dgn menggunakan bola getah atau hand gripper.
.
6) Mengurut dlm keadaan perut kosong. Makanlah nasi 2-3 jam sebelum. Tp tak elok sekiranya lepas makan nasi terus mengurut kerana darah akn bertumpu pada organ percernaan sedangkan pada masa yg sama tubuh kita perlukan lebih darah utk otot2 pada tangan & bahagian badan yg lain yg terlibat dlm aktiviti mengurut.
.
7) Tak minum air secukupnya.
.
Cuba selesaikan 7 faktor di atas supaya jari jemari tak cepat lenguh, badan rasa masih bertenaga & pinggang tak sakit selepas mengurut.
.
Semoga bermanafaat.
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile
No comments:
Post a Comment