03 September 2016

Tips yang diberikan ustaz Yusuf Mansur ini insyallah boleh diikuti oleh sesiapa sahaja, hanya yang diperlukan adalah keyakinan untuk memulainya.

Inilah cara paling mudah untuk bayar hutang ala ustaz Yusuf Mansur tetapi
anda mesti YAKIN bahawa Allah Maha Membalas.

Bismillah.

Cara-caranya :

1) Carilah orang yang lebih susah dari kita dan bantu bayarkan hutang orang yang lebih susah dari kita itu.

2) Usahakan untuk BERSEDEKAH 10% dari hutang kita.
(Contoh : Hutang kita RM3000, sedekahkan sekurang2nya RM300)

3) Menjaga solat agar selalu tepat pada waktu dan ditambah ibadah sunnah seperti puasa, solat tahajud, solat dhuha dan sunnah-sunnah yang lain.

Ok. Logik untuk bersedekah 10% dari hutang?

Tentunya anda tahu dan paham dengan konsep Matematik Tuhan yang mengatakan bahwa 10-1=19 bukan ?
(ada dalam buku MMR m/s 112). Sebab, matematik ini berlandaskan pada KONSEP PEMBALASAN yang diberikan Tuhan dari sedekah adalah 10 kali ganda.

Anda tahu kan, Allah adalah satu-satunya di Semesta ini yang Maha Segala Maha, termasuk Maha Menepati Janji, maka anda tidak perlu ragu lagi atau mempersoalkan lagi konsep ini.

Tuhan berjanji untuk membalas sedekah kita sepuluh(10x) kali ganda.

Apapun itu, jika intinya adalah sedekah maka akan dibalas 10 kali ganda.

SEPULUH KALI GANDA.

*******************************************

Pada mulanya ustaz Yusuf Mansur mencari anak yatim untuk dibayarkan yuran sekolahnya.

Dan beliau tetap berusaha untuk bersedekah 10% dari hutang-hutangnya walaupun masa itu beliau tiada wang. Beliau berusaha dengan menulis buku, mengajar, menjual peti, sampai bisnes MLM pun di jalankannya.

Dan sedekah terdahsyatnya adalah dari penerbitan buku.

Sungguh Allah Maha Penolong, kini ustaz Yusuf Mansur dari banyak hutang menjadi banyak wang! Bisnesnya ada dimana-mana. Subhanallah!

Sepintas lalu tengok, nampaknya macam mudah kan.

Namun bagi orang-orang yang tidak yakin dengan ilmu sedekah, ini akan terasa AMAT berat. (Cuba bayangkan hutang RM30,000 nak kena sedekahkan RM3000 dengan situasi duit yang tidak ada).

Jika begini, ustaz YM selalunya menyarankan jual saja apa yang ada dahulu. Motor ke, peti ais ke, telefon ke,dan lain2 lagi untuk usahakan dapat 10% untuk bersedekah tu.

Ada juga yang rasa khuatir ;
'Betul ke ni? Jangan-jangan sedekah saya nanti Allah tak balas. Jangan-jangan sedekah saya tak 'berpengaruh' macam orang lain dengan hutang-hutang saya ni dan juga rasa khuatir lain lah dan bermacam-macam'

Aduhai, Allah itu kan Maha Membalas! Yakinlah.

Mungkin sedekah anda sedang di'tuai'Nya untuk diberi yang sangat banyak nanti.

Ada juga orang yang bersedekah di balas terus, ada yang dalam tiga hari terus dibalas Allah, tapi ada juga yang satu minggu, satu bulan, bahkan setahun tidak juga merasakan balasan dari sedekahnya.

Kata ustaz Yusuf Mansur, ya, balasan sedekah tidak selalu berbentuk wang.

Kerana sedekah bisa menyelamatkan kita dari bala bencana, memanjangkan umur dan menyembuhkan penyakit, dan seharusnya memang kita tidak usah khuatir akan janji-janji Allah.

Kerana Allah berfirman :
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir,pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui" (QS.al-Baqarah :261)

Tetapi jika berniat bersedekah untuk dilangsaikan hutang, semasa bersedekah itu berniatlah supaya Allah bantu untuk melangsaikan hutang yang ada itu dengan bersungguh2 tawakal.

LIKE dan SHARE. Semoga ia memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment