25 September 2016

Kisah Temuduga


Alkisah temuduga pembantu pejabat

Kisah ini mengambil masa anda lebih atau kurang 1 minit.

Alkisahnya : 

Sukri sedang menggangur dan pergi ke kota mencari pekerjaan. Setibanya di kota, Sukri membeli sebuah akhbar dan mula mencari kerja. Terdapat satu syarikat besar berdekatan dengan rumah sewa kawannya ingin mencari pembantu syarikat.

Ketika ditemuduga, majikan menyuruh Sukri melap tingkap dan menghantar surat ke satu tempat berdekatan sebagai ujian.

Selesai dua tugas itu dengan cemerlang, majikan terus memberitahu Sukri bahawa beliau telah digaji.
"Ada emel tak?" tanya majikan itu.

"Maaf. Saya tidak pernah miliki komputer. Oleh itu saya tiada emel," jawab Sukri.

"Maafkan kami. Jika kamu tak ada emel bermaksud kamu tak layak. Dan disebabkan itu kamu tidak boleh menggaji kamu," kata majikan tersebut.

Sukri meninggalkan temuduga itu dengan perasaan penuh hampa. Di dalam poket Sukri hanya ada RM10.

Dalam perjalanan balik ke rumah sewa kawannya, Sukri telah pergi ke pasaraya dan menggunakan semua duitnya untuk membeli bawang yang dijual pada harga diskaun.

Guni bawang itu kemudian dibawa Sukri dan dijualnya pintu ke pintu. Sukri buat tanpa fikir kerana inilah jalan terakhirnya.

Tidak disangka setelah 3 jam berusaha, Sukri telah berjaya menjual semua bawang yang dibelinya dan mendapat hasil RM50.

"Aku boleh hidup macam ini… kalau aku rajin buat tiga empat kali setiap hari, aku boleh hidup," bisik Sukri di hatinya setelah melihat kejayaannya untuk untung RM40.
Bermula daripada hari itu, Sukri terus berusaha dan duit yang ada di tangannya telah berlipat ganda.

7 tahun kemudian, Sukri kini menjadi pembekal makanan terbesar di negerinya. Dengan duit yang ada, Sukri kini ingin melabur untuk kesejahteraan masa depan keluarganya.

"Abang ada emel?" tanya Norhayati seorang broker insuran dan hartanah.

"Tak ada," jawab Sukri dengan selamba.

"Abang tak ada emel, dan abang mampu membina bisnes sehebat ini. Bayangkan apa yang abang dapat capai sekiranya abang ada emel," kata Norhayati lagi.

Sukri memikirkan soalan Norhayati sejenak lalu bersenyum…

"Kalau saya ada emel, kini mungkin saya sekarang ini hanyalah seorang ofis boy," kata Sukri sambil ketawa yang tidak difahami Norhayati.

Wahai anakku,
Yakinlah bahawa Allah telah menetapkan rezekimu, dan asalkan kamu rajin dan berusaha, sesungguhnya tiada jalan buntu di dunia ini.

Senyum. :)

03 September 2016

7 keajaiban dunia

*_Renungan bersama..._*

Seorang guru memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk menuliskan 7 Keajaiban Dunia.

Tepat sebelum kelas bersurai itu, semua pelajar diminta untuk mengumpulkan tugasan mereka.

Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu…

Selepas itu, guru memeriksa semua tugasan itu.

Sebahagian besar pelajar menulis demikian...

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru terdiam...tugasan terakhir itu adalah milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya adalah :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.
Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa...

Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, yaitu:

'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'

Jom renungkan....

Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki...

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki...

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki...

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar...

Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.

Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan...

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki...

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki...

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki...

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki...

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki...

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara...

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur...

Syukur itu indah...

_*Sampaikan...*_

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile
Tips yang diberikan ustaz Yusuf Mansur ini insyallah boleh diikuti oleh sesiapa sahaja, hanya yang diperlukan adalah keyakinan untuk memulainya.

Inilah cara paling mudah untuk bayar hutang ala ustaz Yusuf Mansur tetapi
anda mesti YAKIN bahawa Allah Maha Membalas.

Bismillah.

Cara-caranya :

1) Carilah orang yang lebih susah dari kita dan bantu bayarkan hutang orang yang lebih susah dari kita itu.

2) Usahakan untuk BERSEDEKAH 10% dari hutang kita.
(Contoh : Hutang kita RM3000, sedekahkan sekurang2nya RM300)

3) Menjaga solat agar selalu tepat pada waktu dan ditambah ibadah sunnah seperti puasa, solat tahajud, solat dhuha dan sunnah-sunnah yang lain.

Ok. Logik untuk bersedekah 10% dari hutang?

Tentunya anda tahu dan paham dengan konsep Matematik Tuhan yang mengatakan bahwa 10-1=19 bukan ?
(ada dalam buku MMR m/s 112). Sebab, matematik ini berlandaskan pada KONSEP PEMBALASAN yang diberikan Tuhan dari sedekah adalah 10 kali ganda.

Anda tahu kan, Allah adalah satu-satunya di Semesta ini yang Maha Segala Maha, termasuk Maha Menepati Janji, maka anda tidak perlu ragu lagi atau mempersoalkan lagi konsep ini.

Tuhan berjanji untuk membalas sedekah kita sepuluh(10x) kali ganda.

Apapun itu, jika intinya adalah sedekah maka akan dibalas 10 kali ganda.

SEPULUH KALI GANDA.

*******************************************

Pada mulanya ustaz Yusuf Mansur mencari anak yatim untuk dibayarkan yuran sekolahnya.

Dan beliau tetap berusaha untuk bersedekah 10% dari hutang-hutangnya walaupun masa itu beliau tiada wang. Beliau berusaha dengan menulis buku, mengajar, menjual peti, sampai bisnes MLM pun di jalankannya.

Dan sedekah terdahsyatnya adalah dari penerbitan buku.

Sungguh Allah Maha Penolong, kini ustaz Yusuf Mansur dari banyak hutang menjadi banyak wang! Bisnesnya ada dimana-mana. Subhanallah!

Sepintas lalu tengok, nampaknya macam mudah kan.

Namun bagi orang-orang yang tidak yakin dengan ilmu sedekah, ini akan terasa AMAT berat. (Cuba bayangkan hutang RM30,000 nak kena sedekahkan RM3000 dengan situasi duit yang tidak ada).

Jika begini, ustaz YM selalunya menyarankan jual saja apa yang ada dahulu. Motor ke, peti ais ke, telefon ke,dan lain2 lagi untuk usahakan dapat 10% untuk bersedekah tu.

Ada juga yang rasa khuatir ;
'Betul ke ni? Jangan-jangan sedekah saya nanti Allah tak balas. Jangan-jangan sedekah saya tak 'berpengaruh' macam orang lain dengan hutang-hutang saya ni dan juga rasa khuatir lain lah dan bermacam-macam'

Aduhai, Allah itu kan Maha Membalas! Yakinlah.

Mungkin sedekah anda sedang di'tuai'Nya untuk diberi yang sangat banyak nanti.

Ada juga orang yang bersedekah di balas terus, ada yang dalam tiga hari terus dibalas Allah, tapi ada juga yang satu minggu, satu bulan, bahkan setahun tidak juga merasakan balasan dari sedekahnya.

Kata ustaz Yusuf Mansur, ya, balasan sedekah tidak selalu berbentuk wang.

Kerana sedekah bisa menyelamatkan kita dari bala bencana, memanjangkan umur dan menyembuhkan penyakit, dan seharusnya memang kita tidak usah khuatir akan janji-janji Allah.

Kerana Allah berfirman :
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir,pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui" (QS.al-Baqarah :261)

Tetapi jika berniat bersedekah untuk dilangsaikan hutang, semasa bersedekah itu berniatlah supaya Allah bantu untuk melangsaikan hutang yang ada itu dengan bersungguh2 tawakal.

LIKE dan SHARE. Semoga ia memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile