Iklan dah cun. PM, Whatsapp dah banyak TAPI…
masih ada lagi ALASAN dari prospek untuk nak dapatkan produk kita.
Saya share 5 masalah lazim dan bagaimana kita boleh selangkah lebih dekat untuk CLOSE SALE dengan bakal pelanggan.
Ini berdasarkan apa yang pernah belajar dan buat (bukan sekadar teori).
==========
1. Tunggu Gaji / Takde Bajet Lagi
==========
- Situasi Normal apabila closing di tengah bulan. Ada dua kaedah boleh digunakan;
a. Acah reserve
- Bagi tahu prospek yang kita boleh reserve satu untuk dia dulu. Minta nama & alamat dia. Kemudian tulis nama, alamat & nombor fon dia di borang Poslaju. Snap gambar dan send kepada prospek tunjuk kata kita dah simpan tepi order dia.
b. Minta Deposit
- Bagi tahu prospek yang dia boleh bagi deposit dulu minimum RM10 untuk layak dapat insentif/FREE Gift. Minta nama & alamat dia. Kemudian tulis nama, alamat & nombor fon dia di borang Poslaju. Snap gambar dan send kepada prospek tunjuk kata kita dah simpan tepi order dia.
==========
2. Tanya Suami
==========
Hahaha! Antara yang popular juga. Apa yang kita boleh buat ialah tanya dia agak agak suami nak tanya apa supaya dia boleh bantu dia ready dengan maklumat yang betul nak bagitahu suami.
Kemudian tanya dia, dia akan tanya suami harini atau besok supaya mudah kita set time kita untuk Follow Up semula.
Jarang berlaku kes nak Tanya Isteri tapi masih ada juga sebenarnya. Boleh guna kaedah sama.
Masukkan elemen EMOSI dan testimoni (jika ada) yang menunjukkan SUAMI semakin 'sayang' dengan ISTERI contohnya.
==========
3. Bagus Ke? / Berkesan Ke? / Was was
==========
Prospek dah berminat tapi masih 50-50 nak cuba atau tak. Apa yang kita boleh lakukan ialah tunjukkan testimoni yang spesifik atau paling hampir dengan masalah prospek. Contoh kalau jerawat belakang telinga, cuba dapatkan testimoni paling hampir supaya prospek rasa 'NAK CUBA'.
Kalau jenis pakaian, tunjukkan feedback dari pelanggan lain serta gambar jika ada. Selitkan juga gambar model kerana manusia biasanya 'bajet' kalau pakai pakaian tu akan nampak macam model tu.
Jika dibenarkan oleh HQ, offer money back guaranttee. Pengalaman saya, kurang 5% akan minta duit balik. Kalau ada pun, saya akan tambah RM10 hingga RM50 dari apa pelanggan dah bayar tanda minta maaf buang masa dia.
Nampak macam 'BUNUH DIRI' tapi it works!
==========
4. Mahal la!
==========
Manusia ni (terutama di negara Pasir Berdengung. Malaysia takde spesis ni) kalau boleh nak nego sampai RM1 atau kalau boleh free. Hahaha!
Tak la. Bila prospek sebut mahal, mereka 'mungkin' tak nampak VALUE dalam produk tu sampai harga cenggitu. Ulang balik keunikan produk kita + testimoni pelanggan yang tulis ala ala 'Harga ni tak patut murah macam ni. Kena lagi UP!' atau 'Berbaloi baloi beli Produk A. Masalah utama saya SELESAI!'
Berikan OFFER (contoh percuma video tutorial make up nak nampak macam Janna Nick ke, free eBook ke, free tupperware ke).
Biasa tak beli 2 unit ubat gigi semata mata nak dapat pinggan free?
Kenapa beli? VALUE!
Kenapa beli dengan kita? TRUSTED & LAYAN SELEPAS JUALAN.
Matlamat kita nak bantu SELESAIKAN masalah prospek dan pastikan prospek CAPAI MATLAMAT DIA (seperti nak KURUS).
==========
5. Cengkerik
==========
Ada beberapa jenis prospek yang macam ni.
1. Kaki Survey Harga
2. Pesaing
3. Lupa
4. Takut nak cakap takde duit
Jadi apa yang kita boleh lakukan?
Semasa follow up, jangan tanya 'Masih Berminat?' tapi mulakan dengan Assalamualaikum….atau tanya khabar atau share testimoni yang paling hampir dapat bantu selesaikan masalah prospek.
Ada juga yang TERlupa pasal yer la, Whatsapp berlambak lambak dalam phone dia. Penting kita tanya soalan dah bank in ke belum supaya mudah kita follow up dan beritahu stok di tangan semakin susut atau offer kita bakal tamat.
Jika prospek PM di FB, cer try View Profile dia. Pengalaman saya, ada 2 PESAING pernah kantoi dengan saya bila acah acah nak korek cara saya layan prospek dan tanya harga serta pakej.
Ada juga usahawan yang direct tanya 'Nak Survey Harga Ke?'. Jika YA, kita boleh terus tonjolkan Nilai Tambah + Offer kita.
Kalau dia KRIK KRIK KRIK juga, tak perlu stress, NEXTTT! Kenapa? Bila kita stress, kita akan jadi 'mati akal' nak layan prospek lain.
Oraits. Setakat tu jer sharing untuk harini (pagi tadi pun ada FB Live pasal Handle Rejection, ada benda BAIKKKK punyer sill dalam tu kalau korang TONTON)
Download eBook Percuma 7 Senjata Media Sosial di:
✓ http://bit.ly/lead7senjata
✓ http://bit.ly/lead7senjata
✓ http://bit.ly/lead7senjata
Semoga bermanfaat!
Uncle
#HarimauMenangis
Nota Pesaing
- Yang kantoi tu, saya akan bagi ayat pedas camni 'Buat apa Bro beli dengan saya? Better Bro beli dengan diri sendiri pasal Bro pun jual Produk X di FB Profile Bro'. Hahaha! :P
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile
No comments:
Post a Comment