18 May 2016

CARA ORANG BERJAYA CAKAP KPD DIRI SENDIRI

CARA ORANG BERJAYA CAKAP KPD DIRI SENDIRI
Jangan jadi org gagal yg menghina diri sendiri
=====================================

Saya kenal seorang jutawan yg ada perniagaan di dalam dan luar Malaysia. Kalau dia bercakap tentang sesuatu, beliau pasti guna perkataan Amazing, Fantastic, Awesome, Wonderful, etc.

Dan kalau dia bercakap tentang dirinya, beliau akan menggunakan perkataan yg sama tapi merujuk dirinya: I am fantastic, I am awesome, I am amazing, I am wonderful, etc.

CAKAP HEBAT TENTANG DIRI SENDIRI BUKAN BONGKAK

Saya dapati, bukan sahaja orang2 yang kaya dan berjaya menggunakan semua perkataan yg positif, mereka juga akan sentiasa guna perkataan yg ohsem itu utk dirinya.

Bukanlah bermaksud bercakap bongkak dan bangga diri: Saya hebat, orang lain tidak. Tetapi percakapan yang memberi semangat kepada diri sendiri.

BERCAKAP HEBAT: DIRI JADI HEBAT!

Percaya atau tidak, kalau kita cakap yang hebat, kita akan bertindak hebat! Cakap tu kan satu doa! Kalau kita sedang takut, kita boleh cakap: SAYA BERANI dan ulang 100 kali! Kalau kita sedang rasa lemah dan lemak, kita boleh vakap: SAYA KUAT x 100 kali. Kalau kita tak berapa faham satu perkara, kita boleh cakap: SAYA PANDAI x 100 kali.

Lakukannya 100 kali setiap pagi lepas bangun tidur dan 100 kali sebelum tidur. Terbaek kalau lakukannya sambil lihat diri dalam cermin. Jerit sekuat2nya dan dgn wajah yg ceria dan senyuman! InsyaAllah, lama kelamaan kita akan jadi apa yang kita cakap!

KALAU TAK PERCAYA, CUBA INI:

Tapi ramai yg kata kepada saya, "Takkan dengan cakap je boleh jadi apa yg kita cakap?" Takkan drpd bercakap je boleh jadi berani, boleh jadi kuat, boleh jadi pandai?

Kalau anda tak percaya, saya nak anda cuba cakap ayat ini 100 kali bila bangun dan 100 kali sebelum tidur, dan jerit sekuat2 hati sambil pandang diri dalam cermin: SAYA BODOH X 100!

Hahahaha! Semua orang tak nak buat pulak! Kalau cakap SAYA BODOH X 100 kali betul2 boleh jadi bodoh? Jadi percayalah, apa yg kita cakap itu sebagai doa kepada diri sendiri, doa kepada anak2 dan doa kepada orang lain.

Pilihlah bercakap yg hebat2 sahaja kepada diri sendiri. Dengan izin Allah yg maha berkuasa lagi maha mendengar, kata2 kita itu bagaikan doa yg sering diulang. Semoga kita menjadi insan2 yg lebih hebat dan berjaya dunia dan akhirat!

Kalau anda orang hebat, sila jerit: SAYA HEBAT!

SELAMAT MENCUBA!
SELAMAT BERJUANG!

#sayahebat #sayaohsem
#cakapohsemjadiohsem

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment