31 May 2016

Syair



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

           SeOrang yang BIJAK 
                   Ibarat AIR 
           Yang Selalu Tenang 
           Dan meNenangkan, 
          Suci Dan meNyucikan, 
        Sejuk Dan meNyejukkan,  
        Segar Dan meNyegarkan, 
                 Serta Lembut 
             Dan meLembutkan. 

           Jadilah Seperti Air 
         Yang Selalu menCari 
      Tempat Yg Lebih Rendah. 
        BerMakna Bahwa Kita 
        Harus Selalu Tawadhu', 
                Rendah Hati, 
                Tidak Pernah   
         meNyombongkan Diri 
            Dan Tidak Pernah     
               meRendahkan 
                       Atau 
        mengHina Orang Lain.

           Jadilah Seperti Air 
                Yang Selalu 
         memBeri keHidupan 
               Bagi Apapun 
              dan Siapapun 
          Tanpa meMandang 
             Tempat, Bentuk 
                 Dan Warna
  
               Sahabat-sahabatku:            
                   
       "Saat Kau terLelap Tidur, 
       Boleh jadi Pintu Langit 
                   diKetuk 
           Oleh Puluhan Doa 
          Yang meMohonkan 
          keBaikan Untuk Mu.
            (Doa Itu Datang) 
                      Dari 
       Orang Faqir Yg Pernah 
                Kau Tolong,   
            Dari Orang Lapar 
        Yang Kau Beri Makan, 
           Dari Orang Sedih 
        Yang Kau Bahagiakan, 
           Dari Orang Yang 
      berPapasan DenganMu 
              Yang Kau Beri 
                 Senyuman, 
             Atau Dari Orang 
        Yg diHimpit keSulitan 
               Yang pernah 
          Engkau Lapangkan
Atau dari teman dan SaHabatmu
yang IkhlaS menDo'akanmu
         Maka jangan Pernah 
      meRemehkan keBajikan 
     (Walau Itu terLihat Kecil) 
          Untuk seLamanya."

    (Ibnu al-Qayyimal-Jauziah)

بارك الله فيكم على كل حال، إن سألله

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

Pelikkan ?

*FENOMENA SAAT INI YG PERLU DIRENUNGKAN*

》Banyak rumah semakin besar,
Tapi Keluarganya semakin kecil.

》Pangkat semakin tinggi,
Akal sihat semakin rendah

》Pengubatan semakin canggih,
Kesihatan semakin buruk.

》Travelling keliling dunia,
Tapi tidak kenal dengan jiran sendiri.

》Pendapatan semakin meningkat,
Ketenteraman jiwa semakin berkurang.

》Kualiti Ilmu semakin tinggi,
Kualiti emosi semakin rendah.

》Jumlah Manusia semakin ramai,
Rasa Kemanusiaan semakin menipis.

》Pengetahuan semakin bagus,
Kearifan semakin berkurang.

》Kecurangan semakin marak,
Kesetiaan semakin punah.

》Semakin banyak teman di dunia Maya,
Tapi tidak punya Sahabat yang sejati.

》Minuman semakin banyak jenisnya,
Air bersih semakin berkurang jumlahnya.

》Pakai jam tangan mahal,
Tapi tak pernah tepat waktu.

》Ilmu semakin tersebar,
Sikap beradab semakin lenyap

》Belajar semakin mudah,
Guru semakin tidak dihargai.

》Teknologi Informasi semakin canggih
Fitnah & Aib semakin tersebar.

Semoga bermanfaat.

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

30 May 2016

TUKAR JAWAPAN

**1.* *~Asal:~* *Aku takde duit nak berniaga.*

*Ubah:* *Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.*

*2.* *~Asal:~* *Aku mana ada bakat berniaga.*

*Ubah:* *Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.*

*3.* *~Asal:~* *Keluarga aku mana ada berniaga.*

*Ubah:* *Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.*

*4.* *~Asal:~* *Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.*

*Ubah:* *Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.*

*5.* *~Asal:~* *Aku takut gagal, tak laku dan malu.*

*Ubah:* *Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.*

*6.* *~Asal:~* *Aku takut sombong bila kaya.*

*Ubah:* *Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.*

*7.* *~Asal:~* *Aku banyak hutang.*

*Ubah:* *Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.*

*8.* *~Asal:~* *Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.*

*Ubah:* *Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.*

*9.* *~Asal:~* *Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua, tiga atau empat.*

*Ubah:* *Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes.*

*10.* *~Asal:~* *Bila masa sesuai untuk berniaga?*

*Ubah:* *Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Syaa ALLAH. Aamiin.*
*_muhasabah dan berubah_*
# *nyatakan impian realisasikan harapan* #
*dnh2u.com*

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

29 May 2016

Doa (Mak Nurul)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami sebagai benteng urusan kami; perbaikilah bagi kami dunia kami yang menjadi tempat kehidupan kami; perbaikilah bagi kami akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Jadikanlah Ya Allah kehidupan ini penambah kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian kami sebagai kebebasan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah, kami sedar bahawa sesuatu yang berlaku diatas muka bumi ini adalah diatas ketentuan Mu dan kehendak Mu, maka jadikanlah kami Ya Allah hamba yang redha dengan segala ketentuan Mu.

Ya Allah; berilah kami rahmat Mu Ya Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah dan hindarlah kami dari azab api neraka.

Ya Allah, kami bersyukur Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah. Ya Allah kami berdoa moga kehidupan kami hari ini adalah lebih baik dari semalam dan sentiasa mendapat redha Mu Ya Allah.

Ya Allah, Engkau muliakan kami dan ampunlah segala salah dan silap kami. Jika Engkau tidak memberikan petunjuk kepada kami nescaya kami akan meraba-raba dan terjerumus ke lembah kejahilan dan kederhakaan.

Ya Allah, redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insane yang kami sayangi.

Ya Allah, perkukuhkanlah iman kami, tali persaudaraan kami dan terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Menyaksikan bahawa kami menerima apa yg telah disampaikan oleh rasulMu Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.

Ya Allah, tentukanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat. Ya Allah,

Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadrat-Mu, berilah kami kekuatan , taufik dan hidayah supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya Allah, haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab.
َ
َ Ya الله, kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله, Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

27 May 2016

Jemput rezeki


Just nak shared ilmu drp salah sorg anak didik DAO.

Ini cerita betul , bkn mitos . Cerita dongeng ke apa . Sy suami isteri kawin muda lps belajar . Lepas kawin 'kosong ' , duit zero . Kawan2 lain keje , kami taknak keje . Nk niaga . Kami naik smpai sekarang dgn berpaksi kn hidup nk berubah demi Allah . Dr zero sekarang bole tolong mak ayah , rumah selesa , ade kete selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata byk jugak . Kiranya kekdang tak tahu camna bole sng mcm sekarang . Kita kekdg lupa Allah ada . Byk cara sbnrnya die bole tlog kita kalau kita mintak kt dia . Kalau mintak kt manusia sapa nk layan.

Dulu tak solat, smpai lupa dh ayat2 semua , kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat , tak bole tgl , kena sungguh2 taubat 

Suami hari2 solat dhuha ,yg mana sy xmmpu yg tu . Tiap pagi dia akn solat dhuha , tak bole tgl kata die solat dhuha tu wajib . Sbb kita tk da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah. 

Dulu org gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nk berniaga jugak .

Dlu sy igt hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tp sbnrnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dr dlu sy seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up mlm , kena usaha . Solat tk payah . Apa ade dgn solat dpt gk A . - ayat seorang jahil . Astagfirullah

Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini. 

✅ Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1⃣ Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2⃣ Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3⃣ Tahajjud 
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4⃣ Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN 
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
2. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5⃣ Baca Al-Quran 
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan! 
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6⃣ Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7⃣ Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA! 

 TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas

Jemput rezeki

Just nak shared ilmu drp salah sorg anak didik DAO.

Ini cerita betul , bkn mitos . Cerita dongeng ke apa . Sy suami isteri kawin muda lps belajar . Lepas kawin 'kosong ' , duit zero . Kawan2 lain keje , kami taknak keje . Nk niaga . Kami naik smpai sekarang dgn berpaksi kn hidup nk berubah demi Allah . Dr zero sekarang bole tolong mak ayah , rumah selesa , ade kete selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata byk jugak . Kiranya kekdang tak tahu camna bole sng mcm sekarang . Kita kekdg lupa Allah ada . Byk cara sbnrnya die bole tlog kita kalau kita mintak kt dia . Kalau mintak kt manusia sapa nk layan.

Dulu tak solat, smpai lupa dh ayat2 semua , kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat , tak bole tgl , kena sungguh2 taubat

Suami hari2 solat dhuha ,yg mana sy xmmpu yg tu . Tiap pagi dia akn solat dhuha , tak bole tgl kata die solat dhuha tu wajib . Sbb kita tk da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah.

Dulu org gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nk berniaga jugak .

Dlu sy igt hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tp sbnrnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dr dlu sy seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up mlm , kena usaha . Solat tk payah . Apa ade dgn solat dpt gk A . - ayat seorang jahil . Astagfirullah

Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini.

✅ Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1⃣ Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2⃣ Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3⃣ Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4⃣ Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
1

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

26 May 2016

"TRADE WHAT YOU SEE ON THE CHART"

..not what you read from the news,
..not what you hear from the rumours,
..not what you watch from the television,
..not what you feel from your heart,
..not what you think from your head.

"CHART NEVER LIES"

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

Ulangkaji Bab Puasa

Niat Puasa -

"Sahaja aku berpuasa,
pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
pada tahun ini
kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu


# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
Insyallah..
😀😀😀

* bukak posa dgn buah kurma + minum ayaq suam.

** JANGAN minum minuman bergas + ais

*** Ambil peluang utk Kurangkn / berhenti merokok.

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

24 May 2016

Berfikir Gaya Nabi

Saya berkesempatan ke kelas Pn Ainon Mohd. mendalami ilmu cara berfikir secara Design by Thinking. 4 jam bersama Pn Ainon menyebabkan saya tak boleh tidur malam memikirkan ilmu yang saya baru dapat beberapa hari lepas.
.

Penulisan ini adalah bagi kita sama-sama refleks diri kita, supaya kita dapat memperbaiki dan mencontohi kaedah berfikir cara Rasulullah saw.
.

Kita adalah pemikir Analytical dan Critical. Malah, di Universiti dulu pun saya memang ambil subjek Critical Thinking dalam semester 2.
.

Dunia persekolahan dan Universiti kita hari ini mengajar kita berfikir secara analytical dan critical thinking.
.

Apa itu analytical thinking?

.

Secara mudahnya adalah cara berfikir melalui analisa perkara yang sudah pun berlaku.

.

Apa pula critical thinking?
.

Secara mudahnya adalah, 'i am right, and you are wrong'.

.

Sekolah antara tempat yang mengasah otak kita berfikir gaya analytical dan critical. Sekolah mengajarkan kita hanya ada satu sahaja jawapan yang betul dan kita diberi pengiktirafan yang baik pada jawapan yang betul itu.

.

Sebab itu, bila kita besar, kita menjadi golongan pemikir yang sangat rigid kepada sesuatu perkara. Apa yang kita buat semua betul, apa yang orang buat kita nampak semua salah. Kita jadi sukar menerima segala idea baru dan jawapan orang lain yang mungkin betul.

.

Kita lebih suka mengkritis, berdebat dan berusaha menegakkan pendirian bagi jawapan yang kita rasa kita betul hingga menyalahkan orang lain. Kita merendah-rendahkan jawapan orang lain, kita memperkecil usahanya dengan idea yang diberikan. Kita memburukkan orang lain, membuka aib dirinya dengan menyatakan kitalah yang betul.

.

Kita menjadi golongan pemikir yang sangat judgemental dan cepat menghukum atas sesuatu perkara.

.

Sebab itu, segala keburukan lebih mudah ter-viral dan lahir ramai para juri dan hakim yang mengukum dan mengadili bagi setiap perkara yang berlaku.
.

"You cannot dig a hole in a different place by digging the same hole deeper" - Edward De Bono.

.

Tak mungkin kita jumpa satu lubang baru dengan menggali lubang yang sedia ada dengan lebih dalam. Kita mula mengorek segala history lama, kononnya mencari root cause dan mahu menyelesaikan segala perkara itu.

.

Kesan berfikir gaya ini adalah :
.

1. Kita akan banyak mengungkit perkara yang telah terjadi.

2. Kita mula mengaitkan nama orang lain.

3. Kita mudah menyalahkan dan menuduh. judge people.

4. Kita menjadi sangat defensif.

5. Kita sebenarnya mengusutkan lagi masalah tu.

6. Timbul pula masalah baru.

7. Rosakkan hubungan yang harmoni.

.

Critical Thinking ini tradisi critical thinking datang dari Socrates, plato, aristotles. mereka mencipta seni berdebat. kita berbangga pula menayangkan kehebatan siapa lebih jauh lebih hebat berdebat? Hujah siapa paling hebat? Allah..

.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

"Aku menjamin sebuah rumah di Syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bercanda. Dan aku menjamin sebuah rumah di bahagian teratas Syurga bagi orang yang memperelokkan akhlaknya."

(HR. Abu Dawud dalam Kitab al-Adab, hadits no 4167. Dihasankan oleh al-Albani dalam as-Shahihah [273] as-Syamilah)
.

Jadi, adakah kita sebenarnya pemikir generasi Aristotle? Kita bermegah dengan kehebatan siapa hujahnya paling hebat? Sedangkan Rasulullah saw semasa hayatnya tak pernah berdebat. Allah… hinanya kita ini.
.

Ideologi pemikir Critical Thinking dari Aristotle ini diterima baik dalam kehidupan kita masa kini. Betul? Antara salah satu yang boleh kita lihat adalah secara mudah adalah Politik.

.

Mari kita susuri sejarah Nabi Muhammad saw. Hebatnya Rasulullah saw. Baginda tak pernah menyalahkan orang lain, tak pernah menuduh dan menghukum pendosa dan pesalah. Baginda tak pernah berdebat melawan hujah-hujah orang yang melemparkan segala bentuk kritikan buruk dan caci maki. Allah..

.

Jadi, bagaimana cara Rasulullah saw berfikir dalam menyelesaikan masalah?
.

Rasulullah saw tak buat post mortem selepas perang Uhud. Baginda tak mencari salah punca kekalahan dalam perang Uhud. Baginda tak menyalahkan sesiapa.

.

Rasulullah saw tak beri komen dan kritikan pada idea yang ditolak. Baginda tak cakap pun idea tu salah. Atas dasar inilah semua golongan bebas memberi idea dan seronok kerana Rasulullah saw meraikan segala bentuk pendapat dan idea dari semua golongan.

.

Kalau kita pula, orang baru bagi idea, terus hukum dan hina pula ideanya secara umum. Kita bukan sahaja membuka aibnya, malah kita membunuh psikologi dalamannya kerana menyekat dirinya memberikan buah fikiran bersama.
.

Baginda tak memilih pun hanya bertanya pendapat pada sahabatnya semata-mata. Baginda mengumpulkan semua jenis golongan meskipun golongan bawahan.
.

Kita pula kalau meeting, asyik dengan orang yang sama ja. Pilih bulu. Kalau orang tu baru masuk kerja, ditentangnya idea baru malah tak beri peluang mengemukakan idea pula. Orang yang lama pula diagung-agungkan ideanya.

.

Apabila ada dua orang bergaduh dan mereka datang mengadu, sebut jasa mereka pada pihak berlawanan dan jangan menyakiti antara satu sama lain. Rasulullah saw tidak menyakiti dan menghukum pesalah.

.

Contoh kita ni, kalau ada konflik adik beradik, mak biasanya akan cakap "Along, kau dah besar, mengalahlah.." Ini adalah contoh ibu yang berfikir secara critical.
.

Rasulullah handle emosi dengan memuji dan memberikan khabar gembira meskipun siapa pun orang yang memberi masalah tu. Hebatnya Rasulullah saw dalam menyelesaikan masalah dan konflik.

.

Kita pula mengagung-agungkan cara fikir barat dan bangga pula dengan menjadi pemikir seperti ini. Allah..
.

Terima kasih Puan Ainon Mohd kerana mengajarkan kami ilmu yang sangat luar biasa. Sepanjang kelas hati bagai dihiris-hiris. Tak cukup dengan itu, memang tak boleh tidur malam memikirkan kata-kata Puan Guru.

.

#ByondSuccess
#PnAinonMohd
#AinonBusinessSchool
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

Umur kita

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Allah.

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

Shams Ghau Ghau

SINAR HARIAN

SUNGAI BULOH - "Saya khatam al-Quran masa umur 12 tahun tapi tak mampu nak bacanya depan Kaabah ketika menunaikan umrah pertama pada 2001," kata selebriti yang pernah popular suatu ketika dulu iaitu Shamsul Azahar Aliddin, 48, atau lebih dikenali dengan panggilan Shamsul Ghau-Ghau.

Shamsul berkata, ketika itu dia sebak dan sedih hingga tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir.

"Saya fikirkan apa akan terjadi sekiranya saya mati nanti atau sekiranya ibu saya sakit, mampukah saya membacakan al-Quran buatnya?

"ALLAH SWT mudahkan rezeki saya, bermula gaji RM300 sebulan semasa kerja sebagai polis sehingga pernah mendapat RM100,000 sebulan sebagai artis walaupun hanya ada SPM, tapi hati saya jauh dari-Nya," kongsinya di hadapan kira-kira 300 penonton terdiri kakitangan hospital sewaktu program Quran Hour yang diadakan di Hospital Sungai Buloh, Khamis lalu.

Menurutnya, beliau tidak menganggap kesilapan lalu adalah detik hitam, sebaliknya ia adalah pembuka jalan baginya untuk memperbaiki dirinya sekarang.

Enggan menoleh ke belakang, beliau kini giat berdakwah berkongsi pengalaman hidupnya bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat.

"Saya berpeluang menunaikan umrah pertama pada 2001 bersama rakan-rakan dan berdoa empat benda yang tak mungkin saya lupakan.

"Doa pertama saya nak kahwin, kemudian ada anak, ketiganya mahu ada rumah depan masjid dan keempat dibuka hati untuk mengaji serta mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.

"Alhamdulillah, pada 2003 saya berkahwin dan dikurniakan anak setahun kemudiannya. Pada 2006 semasa beli rumah ditakdirkan lokasinya betul-betul depan masjid," katanya.

Beliau berkata, walaupun diberikan jalan, namun disebabkan kesibukan kerja dan jadual harian masanya untuk ke masjid terbatas.

"Setiap hari saya dengar rakaman surah Ar-Rahman yang dipasang di masjid sebelum masuknya waktu Maghrib sampai sudah menghafalnya serba sedikit tapi tak tahu maksudnya.

"Ditakdirkan pada satu hari saya pergi ke kedai buku dan semasa membelek buku tafsir al-Quran, bukaan saya betul-betul pada surah Ar-Rahman yang salah satu maksudnya berbunyi, 'nikmat mana satu yang engkau dustakan'," katanya.

Menurutnya, ketika itu hatinya sebak dan teringat akan janji yang tidak dipenuhinya untuk mengaji semula serta mendalami agama.

"Sekarang saya berguru dengan tiga ustaz yang mengajar tajwid, taranum dan tafsir. Kita hidup sudah berpuluh tahun tapi kita tak tahu maksud bacaan dalam solat kita.

"Saya berharap perubahan ini dapat melapangkan kubur mak ayah saya yang sudah tiada. Saya tak menolak perubahan saya hari ini adalah hasil doa arwah mak saya yang tak jemu memberi nasihat semasa hayatnya," katanya.

Beliau berharap, usahanya ke depan berkongsi pengalaman hidup atas tiket artis dapat menarik lebih ramai orang untuk berubah menjadi lebih baik.

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

22 May 2016

Petua Murah Rezeki

✅1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
✅2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
✅3.Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
✅4. Letakkanlah d bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅5. Jika kamu hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................
✅6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................
✅9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
....................................
✅11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah @ al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
....................................
✅12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga kamu pun akan diberi pahala kerananya. ..
Selamat bersedekah..Semoga kita dilimpahkan rezeki...Aamiin..

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

19 May 2016

DIALEK GPS

BAYANGKAN KALAU GPS IKUT DIALEK! haru jadinyeee...

Waze

Sabah:-
Pigi dapan siiikit... Lepas 200m pigi siring sblah kanan aa...nah kann telimpas sudahh!...

Sarawak:-
Kitak maju jak kat dapan yaa... Gik 200m ke kanan... Nang paloi na! Aku limpas jak simpang ya tek!...

Johor:-
Ko tegak je lagi doh... Dalam 200m masok kanan ekk... Siot ahh ape seyh dah terlpeas bodoh sial kau!...

N9:-
Ekau torus jo... Lagi 200m ekau masok kanan... Kot bangang bonar! Talopeh simpang!...

Melaka:-
Ok hawau gi depan je... Lagi 200m kau belok kanan... Amende kau gi kiri lak lahabau!...

Tganu:-
Mung gi depang sket... 200m pahni mung kona kkanang... Ohhh bodoh nnatang ni tlajok!...

Kedah:-
Teruih lagi bak ang... Dalam 200m hangpa masok kanan... B**o pak ang la kan dah telepaih..!

Peghok:-
Kome teghoih ke dpn, dlm due ghatuih miter kome kona kanan, iss ate ngape kome telajak pulok.. aje ngan ye kome ni pon...

Kelantan:-
Demo gi ddepey lagi... Daley 200m demo masok kkaney... Alhamdulillah... Mujo ado pamoga!...

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

18 May 2016

CARA ORANG BERJAYA CAKAP KPD DIRI SENDIRI

CARA ORANG BERJAYA CAKAP KPD DIRI SENDIRI
Jangan jadi org gagal yg menghina diri sendiri
=====================================

Saya kenal seorang jutawan yg ada perniagaan di dalam dan luar Malaysia. Kalau dia bercakap tentang sesuatu, beliau pasti guna perkataan Amazing, Fantastic, Awesome, Wonderful, etc.

Dan kalau dia bercakap tentang dirinya, beliau akan menggunakan perkataan yg sama tapi merujuk dirinya: I am fantastic, I am awesome, I am amazing, I am wonderful, etc.

CAKAP HEBAT TENTANG DIRI SENDIRI BUKAN BONGKAK

Saya dapati, bukan sahaja orang2 yang kaya dan berjaya menggunakan semua perkataan yg positif, mereka juga akan sentiasa guna perkataan yg ohsem itu utk dirinya.

Bukanlah bermaksud bercakap bongkak dan bangga diri: Saya hebat, orang lain tidak. Tetapi percakapan yang memberi semangat kepada diri sendiri.

BERCAKAP HEBAT: DIRI JADI HEBAT!

Percaya atau tidak, kalau kita cakap yang hebat, kita akan bertindak hebat! Cakap tu kan satu doa! Kalau kita sedang takut, kita boleh cakap: SAYA BERANI dan ulang 100 kali! Kalau kita sedang rasa lemah dan lemak, kita boleh vakap: SAYA KUAT x 100 kali. Kalau kita tak berapa faham satu perkara, kita boleh cakap: SAYA PANDAI x 100 kali.

Lakukannya 100 kali setiap pagi lepas bangun tidur dan 100 kali sebelum tidur. Terbaek kalau lakukannya sambil lihat diri dalam cermin. Jerit sekuat2nya dan dgn wajah yg ceria dan senyuman! InsyaAllah, lama kelamaan kita akan jadi apa yang kita cakap!

KALAU TAK PERCAYA, CUBA INI:

Tapi ramai yg kata kepada saya, "Takkan dengan cakap je boleh jadi apa yg kita cakap?" Takkan drpd bercakap je boleh jadi berani, boleh jadi kuat, boleh jadi pandai?

Kalau anda tak percaya, saya nak anda cuba cakap ayat ini 100 kali bila bangun dan 100 kali sebelum tidur, dan jerit sekuat2 hati sambil pandang diri dalam cermin: SAYA BODOH X 100!

Hahahaha! Semua orang tak nak buat pulak! Kalau cakap SAYA BODOH X 100 kali betul2 boleh jadi bodoh? Jadi percayalah, apa yg kita cakap itu sebagai doa kepada diri sendiri, doa kepada anak2 dan doa kepada orang lain.

Pilihlah bercakap yg hebat2 sahaja kepada diri sendiri. Dengan izin Allah yg maha berkuasa lagi maha mendengar, kata2 kita itu bagaikan doa yg sering diulang. Semoga kita menjadi insan2 yg lebih hebat dan berjaya dunia dan akhirat!

Kalau anda orang hebat, sila jerit: SAYA HEBAT!

SELAMAT MENCUBA!
SELAMAT BERJUANG!

#sayahebat #sayaohsem
#cakapohsemjadiohsem

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

TERTIPU WAKTU...

Waktu Berlalu... Pantas Berlalu.
Sedar Tak Sedar Tetap Laju...
Begitu Halus Menipu...

Tadi Pagi Belum Sempat Zikir Pagi, Sedar2 Sudah Jam 9.00 Pagi.

Belum Sempat Sedekah Pagi, Matahari Sudah Meninggi.

Rencananya Jam 9.30 Mahu Solat Dhuha, Tiba2 Azan Zohor Sudah Terdengar.

Teringin Setiap Pagi Menghabiskan Baca 1 Juz Al Qur'an. Tapi "Teringinnya Itu" Sudah Setahun Yang Lalu Dan Kebiasaan Itu Belum Terlaksana.

Sebenarnya Ada Komitmen Pada Diri Sendiri, Tidaklah Berlalu Malam Kecuali Dengan Tahajud Dan Witir, Sekalipun Hanya 3 Rakaat Singkat Saja. Malah 1 Rakaat Pun Tak Bisa! Dan Komitmen Itu Belum Dilaksanakan Sejak 2 Tahun Lepas. Tanpa Hukuman Diri Atas Pengkhianatan Komitmen Dan Tanpa Perasaan Bersalah Sehingga Belum Merasa Taubat.

Dulu Juga Pernah Terpikir Punya Anak Angkat Atau Yang Di Sponsor , Entah Yatim Entah Anak Miskin, Yang Di Lawati Setiap Bulan.
Kerana Kesibukan Lupa MerealisasikanNya, Dan Itu Sudah Berlangsung Sekitar 3 Tahun Yang Lalu...

Sedar Ke Sedar!!!!
Akan Terus Beginikah Nasib "HIDUP" Kita Menghabis-Habiskan Umur ?! Berhura-Hura Dengan Usia ?!
Tiba2 Masuklah Usia Di Angka 30 Sebentar Kemudian 40 Tahun... Dan Kini Lebih Dari 50 tahun...

Tak Lama Terasa Kemudian Orang Memanggil Kita Dengan Sebutan "Pakcik... Tok... Uncle... Makcik... Aunty... Nenek"

SEDARLAH DIRI
Pertanda Kita Sudah TUA.
Uban Yang Mulai Menghias Kepala, Kerepot Yang Menghias Kulit, Tenaga Yang Tidak Seberapa.

Menunggu Ajal Menjemput Tiba...Sejenak Mengintip Catatan Amal Yang Kita Ingat Pernah Perbuat Apa...?

Astaghfirullah..
Tak Seberapa, Sedekah Dan Wakaf Juga Sekadarnya, Malah Banyakan Harta Yang Kita Makan, Buat Tanah, Rumah, Usaha Dan Katanya Untuk Invest Dan Peninggalan Anak Cucu Yang Belum Tentu Mereka Suka.

Jika Demikian...Duhai Hati
Apakah Ruh Tidak Akan Menjerit Saat Harus Berpisah Dari Tubuh..?! Allahuakbar.

Tambahkan Usiaku Ya Allah !. Aku Perlu Waktu Untuk Beramal Dan Berbekal ...

Belum Cukupkah Main2Mu Selama 50 Tahun Atau 60 Tahun ?

Perlu Berapa Tahun Lagi Untuk Mengulang Pagi, Petang, Hari, Minggu, Bulan Dan Tahun Yang Sama ! Tanpa Pernah Merasa Kehilangan Untuk Menghasilkan Pahala Di Setiap Detiknya. Tidak Akan Pernah Cukup 1000 Tahun Bagi Yang Terlena...
Cukup-Cukuplah Kita Terlena... Ayuh Perbanyakkanlah Istighfar Mohon Petunjuk Sebenarnya Mudah Mudahan Kita Tergolong Dalam Golongan Yang Beruntung.
InsyaAllah
Astaghfirullahal 'adzim...1000X.

Lafazh Paling Utamanya Adalah Yang Dikenal Dengan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar), Yaitu Mengucapkan:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ أَعُوْذُُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ"

Ya Allâh! Engkaulah Rabbku, Tiada Tuhan (Yang Berhak Disembah) Selain-Mu, Engkaulah Yang Menciptakanku, Dan Aku Adalah Hamba-MU, Aku Berada Diatas Ikatan Dan Janji-MU Selama Aku Mampu, Aku Berlindung Kepada-MU Dari Kejahatan Yang Aku Buat, Aku Mengakui Kepada-MU Atas Nikmat-MU Kepadaku, Dan Aku Juga Mengakui Kepada-Mu Dosa-Dosaku; Maka Ampunilah Aku Karena Sesungguhnya Tidak Ada Yang Dapat Mengampuni Dosa-Dosa Selain Engkau.

Wallahuaklam.

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

14 May 2016

SUCI DLM DEBU - IKLIM

Engkau bagai air yang jernih
🔹Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)

Di dalam bekas yang berdebu
🔹Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.

Zahirnya kotoran itu terlihat
🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

kesucian terlindung jua
🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.

Cinta bukan hanya di mata
🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

Cinta hadir di dalam jiwa
🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

Biarlah salah di mata mereka
🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

Biar perbezaan terlihat, antara kita
🔹Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

Kuharap engkau kan terima
🔹Bermunajat agar di terima Ilahi

Walau di pandang hina
🔹Sebagai hamba yang hina

Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
🔹Di alam akhirat

Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

Debu jadi permata, hina jadi mulia
🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

Bukan khayalan, yang aku berikan
🔹Kitab Al Quran

Tapi keyakinan yang nyata
🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 25 tahun baru terurai isinya..
Bismillahirrahmannirahim...

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

Kuasa bayangan

Pertama, Saya Perbetulkan NIAT DAN Saya Ingin Membantu Org Lain Kedua Saya Gabungkan Ilmu Cikgu Roy

Saya Namakan Teknik "Superman"

1) Solat
- Jaga 5 Waktu
- Solat Awal Waktu
- Jaga Solat Sunat

2) Syukur
- Setiap Hari Bersyukur Dgn Pancaindera
- Syukur Masih Bernafas
- Syukur Dlm Pelbagai Aspek Spt Keluarga, Rumah, Anak2, Dll

3) Jaga Zakat Dan Sedekah
- Setiap Hari Sedekah
- Zakat Perniagaan Sebulan Sekali 2.5% Daripada Untong Bisnes

4) Silaturahim
- Jaga Hubungan Ngn Mak Ayah
- Jaga Ngn Org Sekeliling
- Sentiasa Maafkan Org

5) Senyum
- Maniskan Muka Dgn Senyum
- Dpt Menarik Rezeki
Ketiga, Teknik Pernafasan

Tarik Nafas
Tahan
Lepaskan

Duduk Dlm Keadaan Tenang, Seoloknya Lepas Solat

Keempat, Bila Dh Tenang

Kita Bt "Kuasa Bayangan"

"Ketika Ini Ada Bayangkan Anda Mempunyai Dropship Yg Ramai Seluruh Malaysia"

Rasakan KESERONOKAN Membantu Org Ramai Jana Income

Saya Apply Teknik

✅ JAGA NIAT
✅ SUPERMAN
✅ TEKNIK PERNAFASAN+KUASA BAYANGAN

3) Apa Yg Kita Buat

-Apa Yg Kita Bt Nak Dptkan Sesuaitu Akan Menentukan Apa Yg Kita Nk Kn Tercapai Or X
- Klo Kita Nk 30 Stokis, Kita Akan Bt Sesuatu Utk Dapatkan.
- ex, Boleh Recrut Guna Fb Ads, Fb Group, Instagram

4) Apa Yg Kita Cakap
-Lisan Kita Mesti Selalu Mengiyakan Apa Yg KITa Nak
- Walaupun Perkara Tersebut Mustahil Dan X Pernah KITa Dpt Sblom Ni Tpi Lisan Kita Ckp, Saya Mampu Lakukan
- Selalu Cakap Perkara Positif

1) Apa Yg Kita Fikir
2) Apa Yg Kita Rasa
3) Apa Yg Kita Buat
4) Apa Yg Kita Cakap

👆👆

Keempat Perkara Ni Mesti Selari

Buat Serentak Setiap Hari

Anda Akan Nampak Perubahan Ketara Kurang Seminggu Jika akan KONSISTEN melakukan ilmu ni

Ilmu Ini Sngt Bernilai Utk Bantu Insan2 Yg Kita SYg!

Semoga Kita Dpt Amalkan Ilmu Ni Dengan Sepenuh JIWA kita. Amin

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

11 May 2016

Reprograming Diri

Nie Part Paling Best Di IMKK.
Banjirr Habis IDCC Dengan Air Mata Keinsafan😭

Sila Ikut Step2 Di Bawah Dengan Gembira.

1.Duduk macam pengantin
Kaki jangan silang

2.Tangan kanan atas peha kanan
Tangan kiri atas peha kiri

3.Tutup mata !!!

4.Tarik nafas
Tahan nafas
Lepaskan perlahan lahan
Ulang 3kali

5. Masih Tutup mata dan bayangkan Diri kita masa umur 7 tahun

Kita berbaju sekolah
Kita berlari
Kita bermain
Kita tolong mak kita
Kita tolong abah kita
Kita cium mak kita
Kita cium abah kita
Kita nampak semua memori kita masa budak dulu
Masa kita kecik kecik dulu

Kita nampak dengan jelas diri kita masa budak dalam bayangan kita

Kita nampak diri kita masa budak
Kita nampak diri kita masa budak
Kita nampak diri kita masa budak

6. Sebut nama kita
sambil tutup mata
Bercakap dengan budak yg dalam bayangan kita tu

"Wahai (nama kita)
Aku rindu kau
Aku rindu kau
Aku rindu kau
Kau xde dosa
Kau bersih
Kau suci
Kau baik
Kau ahli syurga
Kau ahli syurga
Kau ahli syurga
Maafkan aku
Aku kini telah banyak dosa
Aku rindu sangat pada kau
Maafkanlah aku"

7.Buka mata
Tadah tangan
Mohon ampun pada Allah
Mohon petunjukNYA
Mohon pimpinanNYA

8. RESTU MAK AYAH!
Bayangkan Mereka DiHadapan Kita.

Lagi Bagus Betul2 Depan Mak Ayah.Cakap Terus. Cium Terus.

CIUM MAK KITA
CIUM AYAH KITA

MOHON AMPUN PADA MEREKA
MOHON MEREKA DOAKAN KITA

CAKAP PADA MAK AYAH KITA
"KITA SAYANG MEREKA SAMPAI SYURGA"

Memberi baik dari menerima😊

P/s jgn lupa Solat Sunat Taubat sblum tido blum tentu kita jumpa hari esk😭😭😭😭

#Sharing Dari Sahabat IMKK
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

07 May 2016

Iman sang semut

🐜🐜🐜Iman sang semut...Di zaman Nabi Allah Sulaiman a.s ada satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman a.s ternampak seekor semut melata di atas batu. Lantas Nabi Allah Sulaiman a.s merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan Allah! Aku percaya rezeki di tangan Allah! Aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman a.s pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas. Dia mengangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian Nabi sulaiman mengambil sebiji gandum, dibubuh dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi sulaiman tinggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman lihat gandum yang sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut. Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu hanya makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong! Aku tidak berbohong! Kalau aku ada di atas batu, aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam. Oleh itu, kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak menggali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih mengadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?"

Jawab Imam Suffian: "Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA. ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA. ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN. HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Begitulah kisah iman semut dan iman seorang manusia yang saya ingin kongsikan kepada sahabat/adik beradiksemua . Semoga akal yang waras dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah yang sangat bermakna ini. Renung-renungkan...Wallahua'lam.🐜🐜🐜
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

03 May 2016

Bahlul

" BAHLUL "

"Bahlul" adalah kata yang biasa kita gunakan untuk mensifati orang yang bodoh, tapi dari mana asal kata itu.....?

Dikisahkan, sesungguhnya BAHLUL seorang yang dikenal sebagai orang gila di zaman Raja Harun Al-Rasyid (Dinasti Abbasiyah).

Pada suatu hari Harun Al-Rasyid lewat di pekuburan, dilihatnya Bahlul sedang duduk disana.

Berkata Harun Al-Rasyid kepadanya :

"Wahai Bahlul, bilakah kamu akan berakal.. ?",

Mendengar itu Bahlul beranjak dari tempatnya dan naik keatas pohon, lalu dia memanggil Harun Al-Rasyid dengan sekuat suaranya dari atas pohon,

" Wahai Harun yang gila, bilakah engkau akan sedar....? ",

Maka Harun Al-Rasyid menghampiri pohon dengan menunggangi kudanya dan berkata : "Siapa yang gila, aku atau engkau yg selalu duduk dikuburan....?".

Bahlul berkata :

"Aku berakal dan engkau yang gila",

Harun : "Bagaimana itu bisa...?",

Bahlul : "Karena aku tau bahwa istanamu akan hancur dan kuburan ini akan tetap ada, maka aku memakmurkan kubur sebelum istana, dan engkau memakmurkan istanamu dan menghancurkan kuburmu, sampai- sampai engkau takut untuk dipindahkan dari istanamu ke kuburanmu, padahal engkau tahu bahwa kamu pasti masuk dalam kubur, maka katakan wahai Harun siapa yang gila di antara kita...?".

Bergetarlah hati Harun, lalu menangis dengan tangisan yang sampai membasahi jenggotnya, lalu Harun berkata : "Demi ALLAH engkau yang benar, Tambahkan nasehatmu untukku wahai Bahlul".

Bahlul : "Cukup bagimu Al-Qur'an maka jadikanlah pedoman".

Harun : "Apa engkau memiliki permintaan wahai Bahlul....? Aku akan penuhi".

Bahlul : "Iya aku punya 3 permintaan, jika engkau penuhi aku akan berterima kasih padamu".

Harun : "mintalah..."

Bahlul : 1. "Tambahkan umurku".

Harun : "Aku tak mampu",

Bahlul: 2. "Jaga aku dari Malaikat maut".

Harun : "Aku tak mampu",

Bahlul: 3. "Masukkan aku kedalam surga dan jauhkan aku dari api Neraka".

Harun : "Aku tak mampu".

Bahlul : "Ketahuilah bahwa engkau dimiliki (seorang hamba) dan bukan pemilik (Tuhan), maka aku tidak perlu padamu".

*Kisah ini dikutip dari kitab yang berjudul عقلاء ﺍﻟﻤﺠﺎﻧﻴﻦ "Orang-orang Gila Yang Berakal"

Tetapi kita menggunakan perkataan BAHLUL untuk mengatakan seseorang itu bodoh sedangkan ia adalah merupakan nama Ulama yang hebat.

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

MP3 Qur'an

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah berikut kami kirimkan Voice Direct MP3 Qur'an Per Juz... dari Syeikh Mishary Rasyid al-Afasy.
Silahkan di download dan di dengarkan .

Juz 1 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw4
Juz 2 ⇨ http://bit.ly/1RqIGMm
Juz 3 ⇨ http://bit.ly/1J0Ctol
Juz 4 ⇨ http://bit.ly/1J0Cton
Juz 5 ⇨ http://bit.ly/1RqIIE5
Juz 6 ⇨ http://bit.ly/1RqIGvZ
Juz 7 ⇨ http://bit.ly/1RqIGvY
Juz 8 ⇨ http://bit.ly/1RqIInF
Juz 9 ⇨ http://bit.ly/1J0CuIZ
Juz 10 ⇨ http://bit.ly/1J0Ct85
Juz 11 ⇨ http://bit.ly/1J0CuJ1
Juz 12 ⇨ http://bit.ly/1RqIIDZ
Juz 13 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw1
Juz 14 ⇨ http://bit.ly/1RqIInB
Juz 15 ⇨ http://bit.ly/1J0Ctor
Juz 16 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw7
Juz 17 ⇨ http://bit.ly/1RqIInz
Juz 18 ⇨ http://bit.ly/1J0CuIW
Juz 19 ⇨ http://bit.ly/1J0Ct86
Juz 20 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw6
Juz 21 ⇨ http://bit.ly/1RqIIE0
Juz 22 ⇨ http://bit.ly/1RqIInD
Juz 23 ⇨ http://bit.ly/1RqIInJ
Juz 24 ⇨ http://bit.ly/1RqIIE3
Juz 25 ⇨ http://bit.ly/1J0Ctop
Juz 26 ⇨ http://bit.ly/1J0CuIV
Juz 27 ⇨ http://bit.ly/1RqIGMo
Juz 28 ⇨ http://bit.ly/1J0CuJ0
Juz 29 ⇨ http://bit.ly/1RqIGMp
Juz 30 ⇨ http://bit.ly/1RqIInH

Semoga bermanfaat utk kita semua dalam memuroja'ah ayat-ayat suci al-Quran .

▶ Down load
📟 Dengarkan
📩 Share kpd yang lainya
🌈 Raih pahala berlimpah ..Insya Allah .

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile