13 April 2016

Perakaunan

10 sebab mengapa rekod dah sistem perakaunan sangat penting di dalam bisnes kita?

1. Tiada sebab lain yang lebih utama selain daripada untuk Pemilik mengetahui pencapaian bisnes kita dengan melihat nombor-nombor di dalam rekod.

2. Laporan kewangan boleh mengukur pencapaian sebenar syarikat. Erti kata lain, daripada nombor-nombor tersebut, we could focus what should we do more and what to do less. Fokus kepada yang mendatangkan hasil iaitu duit dan berhenti buat benda yang buang masa, keringat dan duit.

3. Laporan kewangan mengukur pencapaian terkini syarikat berbanding masa lalu (this year's number against last year's number?), aktiviti bulan ini berbanding dengan bulan yang sama tahun lepas. Analisis ini penting untuk mengwujudkan pattern bisnes kita.

4. Memudahkan tugas mengurus duit masuk dan keluar syarikat secara lebih sistematik dan pengawalan aliran tunai. Kemudian bina simpanan! Cash is King.

5. Memudahkan Pemilik membuat perancangan masa hadapan. Invest, expansion or diversification.

6. Membantu Pemilik membuat keputusan yang penting dengan lebih mudah, cepat dan tepat. Numbers don't lie. Deliberations from numbers.

7. Laporan Kewangan akan menunjukkan samada strategi yang digunapakai sekarang berkesan ataupun tidak. Kenalpasti yang mana berkesan. Kempen, strategi pemasaran dan model bisnes yang sesuai.

8. Memudahkan Pemilik membuat penambahbaikan serta trial & adjust supaya mencapai objektif.

9. Laporan kewangan juga adalah dokumen penting yang diperlukan oleh pihak luar seperti bank, pembekal, pelabur untuk menilai keupayaan syarikat. Semua pertimbangan berdasarkan nombor-nombor yang sedia ada dalam rekod akaun anda.

10. Laporan kewangan adalah wajib untuk tujuan penaksiran cukai, membuat pinjaman, membayar zakat dan sebagainya. Tidak perlu risau tak cukup wang bila perlu membayar untuk tujuan ini kerana simpanan dah ada.

Boleh ada rekod akaun yang betul lepas nie tak sayang?

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

No comments:

Post a Comment