03 September 2010

Let the blog begin...


Sementara menanti waktu sahur, saya mencuba membina blog baru, si isteri dan si anak sedang nyenyak tidur. Sahabat-sahabat yang lain telah lama berblog, berbicara tentang blog masing-masing dan meluahkan perasaan terpendam di blog. 


Bagi saya, cubaan membina blog ini sekadar mengetahui bagaimana ia berfungsi, apa gadget yang ditawarkan, bagaimana individu yang tiada asas membina laman web boleh membina blog, bagaimana berlakunya jualbeli di blog,  dan pelbagai lagi. semuanya akan diterokai setiap hari, seiring dengan tajuk blog ini, 1hari 1ilmu.

Hasrat memiliki blog sendiri sudah lama, namun kekangan tugas dan kekangan kewangan untuk memiliki broadband sendiri menjadi penghalang. prestasi penulisan juga kian lama kian pudar, tidak digilap tidak diasah. inilah lapangan yang tersedia sebagai medan mengasah kembali kegemilangan dalam penulisan, melalui teknologi yang telah lama, tapi baru dicuba.

InsyaAllah, semoga semangat berblog, semangat mempelajari sesuatu yang baru ini berterusan, dan blog 1HARI 1ILMU ini dimanfaatkan bersama.

No comments:

Post a Comment