11 April 2021

Gaji cikgu, Gaji bisnes

Saya terbaca tentang ni tadi, saya memang tak setuju kalau ada usahawan yang cuba rekrut dengan cara membandingkan kerjaya dan gaji seseorang.

Kalau iya pun kemaruk nak rekrut orang join team korang, tapi janganlah buat dengan membanding-bandingkan satu sama lain.

Dia sebenarnya macam ni, dalam hidup ini kita semua bebas untuk pilih kerjaya yang kita suka. Kalau kau suka cari duit banyak, belum tentu orang lain suka.

Ada orang dia lebih rela ada kerjaya yang buatkan dia hepi daripada ada duit banyak tapi hidup sengsara.

Contohnya para guru di Malaysia. Ya memang betul gaji mereka nak dibandingkan dengan orang buat bisnes memang lah tak sama. Tapi jangan lupa jasa dan pengorbanan mereka mendidik kita dan generasi kita dengan sepenuh hati. Mereka ada sumbangan mereka.

Sekarang ni ramai je guru yang buat kerja tambahan dengan cara buat kelas tusyen. Itupun saya jumpa ramai guru yang sebenarnya buat kelas tusyen tu bukan sebab duit, mereka buat sebab nak bantu para pelajar dan mereka memang suka mengajar.

Ya kawan, meh abang ajar sedikit cara yang betul. Dia konsepnya sama sahaja dalam dunia perniagaan pun. Kalau kau nak jual produk kau, kau fokus cerita tentang kelebihan produk kau tanpa memburukkan jenama lain. Simpel.

Sama juga dalam kes ni, kalau kau nak ajak orang berniaga ke join bisnes kau, kau fokus cerita value nya sahaja. Tak perlu kau buat perbandingan pendapatan macam ni. 

Bila kau buat macam ni, kau akan menimbulkan kemarahan kepada satu pihak lagi. Elok kau nak ajak orang, akhirnya kau yang kena tibai.

Satu lagi abang nak ajar, dalam hidup ni bila kita buat sesuatu dalam desperate mode. Inilah jadinya. Desperate ni akan menolak banyak benda. Sebab tu kena kawal emosi betul betul. Nak berniaga ada seninya, nak ajak orang berniaga pun ada seninya. Nak menjual pun ada seninya.

Hidup ini simpel je. Kau buat je apa yang kau suka, tapi tak perlu paksa orang lain buat apa yang kau suka.

Choose a job that you love.
Do things that makes you happy.

#AzriWalter