14 December 2020

BELAJAR TEKAN BREK



Hidup ini umpama bawak kereta di highway. Kita boleh pilih nak bawak berapa laju dan nak duduk lorong mana.

Masa muda kita teruja sangat. Bawak kereta baru. Duduk lorong paling kanan. Tekan semahunya. Tak boleh orang potong. Kalau ada kereta depan, kita bagi lampu tinggi. Kita nak rempuh saja. Kalau orang potong kita kejar rapat. Tapi apa kita dapat? Sampai plaza tol, semua orang kena berhenti bayar. Sampai destinasi masing masing akan keluar exit. Kereta bila bawa laju,brek dan tayar cepat haus. Enjin cepat rosak. Silap silap kena saman atau kemalangan.

Bila dah berusia, kita kena belajar slow and steady. Bawa ikut hadlaju. Kalau ada nak potong, kita bagi jalan. Hati kita rileks.tak sakit. Kena belajar tekan brek. Yang penting kita sampai destinasi. Tak kena speedtrap. Enjin lebih smooth. Ini kejuruteraan bendalir. Tenang.

Tuan Guru Ustaz Awang Lanai bicara dia lemah lembut. Masa kecil aku sering dengar kuliah dia depan rumah. Bicaranya lunak. Baca kitab kuning versi orang lama. Antara yang aku paling ingat apa yang dia kata. Kalau orang tengah marah, kita jangan tinggi suara. Takkan selesai. Kalau orang marah, kita guna tone paling rendah. Nescaya dia mati kutu. Mibta maaf walau tak salah. Kemarahan dia akan reda. Kena belajar tekan brek.

Kita kalau orang marah, kita pun nak marah jugak. Maka akan jadi bertengkar. Tekak sakit sebab masing masing nak tunjuk suara paling kuat. Last sekali jadi bergaduh. Sakit boleh malu pun dapat.

Resam hidup ni kita boleh menang dengan pelbagai cara. Tapi adakala orang menang tapi jiwa dia kosong. Ada orang kalah tapi dia puas. Ada hamba Allah yang bersungguh sungguh masa muda. Tapi 20 tahun tak pernah dapat anugerah cemerlang. Dia terlalu berharap sampai kecewa. Tapi kalau Allah tak bagi, buatlah macam mana pun. Akhirnya tahun ke 20 dia dapat juga walaupun tak cemerlang mana. Bayangkan 20 tahun hidup dia penuh perasan kecewa,tak puas hati,geram dan marah. Kalau kita tak berharap, hidup kita tenang saja. Kalau dapat... rezeki. Prestasi kita tetap baik. Kita tak burn out. Happy sahaja. Kerana kita pegang pada tanggungjawab. Bukan pujian orang.

Ramai yang pilih hidup dalam dunia yang penuh keserabutan. Tengok post orang pun rasa ngilu. Mula nak balas. Rileklah. Buat apa nak serabut ni. Tarik nafas. Biar hati tenang. Jiwa bila asyik marah marah, darah mula naik. Kepala sakit. Last kita yang kena darah tinggi.

Hidup ni kena belajar tekan brek. Lihat dunia dengan senyuman. Hati kita tenang. Rasa lapang. Kalau kita emo..habis seluruh kehidupan kita,keluarga kita, kawan kawan akan terkesan juga.Puncanya kita.

Tenang tenang gais. Cuma satu nak pesan. 

Elakkan gam. Jauhi ketum.

#cz
#penglipurlara

Cikgu Zahran FB

03 June 2020

Derma 2 Ringgit

*KISAH BENAR BERLAKU DI AMERIKA*

Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berharga 150,000 dolar.

Orang ramai mula memberi respons dengan membuat panggilan dan menderma, dan di antara mereka adalah seorang Arab bernama (Muhammad). Dia mengumumkan sumbangannya sebanyak 2 US dolar.

Penyiar bertanya kepadanya, mengapa 2 US dolar..? 
Dia menjawab,  "Ini adalah separuh dari simpanan yang saya ada, kerana saya masih lagi menganggur.."

"Saya melakukan apa yang dituntut oleh agama saya, memberi sedikit lebih baik daripada langsung tidak memberi. Saya yakin dengan bersedekah dapat memadam kemurkaan ALLAH Tuhan yang saya sembah.."

Selepas Muhammad habiskan panggilan, berlaku 1 kejutan, pemanggil selepasnya ingin memberi sumbangan sebanyak 8 ribu US dolar. Pesan pemanggil tersebut kepada pengacara,  saya sumbangkan  4 ribu untuk pesakit dan 4 ribu untuk penderma 2 US dolar yang bernama Muhammad.

Kemudian pemanggil seterusnya menderma 10,000 US dolar. Katanya 5 ribu untuk pesakit dan 5 ribu untuk seorang pemuda yang menderma 2 US dolar.

Seterusnya, setiap orang yang menghubungi talian akan menyumbang  kepada pesakit dan kepada pederma 2 US dolar. 

Pada akhir siaran, jumlah derma untuk pesakit telah mencukupi dan sejumlah besar wang berjaya dikumpulkan untuk pemuda yang bernama Muhammad itu.

Dalam episod seterusnya, pengacara tersebut   menjemput penderma 2 US dolar untuk menjadi tetamu dan untuk memberinya wang.

Muhammad sangat  bersyukur dan terharu dengan Rezeki ALLAH yang dikurniakan kepadanya hanya asbab dermanya 2 US dolar..!

Beliau berkata: "Walaupun saya mempunyai kelayakan pendidikan yang bagus, saya masih tidak dapat pekerjaan, saya tidak sangka ujian yang saya terima selama ini, hikmahnya ialah ALLAH ingin kurniakan sesuatu yang hebat pada saya.."

Dalam episod yang sama, puluhan panggilan dari syarikat² besar  menawarkannya untuk bekerja dan dia memilih  pekerjaan yang terbaik untuk dirinya.

*BERUNTUNGLAH ORANG YANG SELALU BERSEDEKAH*
Yang Baik Jadi Ikutan
 Kebergantungan Sesama Manusia*

Syurga *lelaki* pada  perempuan iaitu ibu. 
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *isteri* kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.*                                                      Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*

*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlukan orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager* tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*

Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.* 

Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang *terbaik* dan *terhebat*???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf *ujub, riak, sombong dan hina.*

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.* 

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan *kebahagian*. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang *terbaik* buat diri sendiri dan orang lain. 

Ingatlah...
*Dunia untuk dikongsi bersama*. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.

Sesungguhnya *Allah  tidak pernah salah merencana sesuatu*. Pasti ada *hikmahnya*.

Saya C&P tq kepada yg kongsi