21 May 2018

Metafizik

☀☀☀☀☀☀
*PASTIKAN ANDA FOLLOW ALL THE STEPS JIKA ANDA NAK LIHAT PERUBAHAN SALE ONLINE ANDA DALAM MASA 24 JAM DARI SEKARANG!*

Pastikan Anda, Bila Dah Dapat Ilmu Ni..

🎈Amalkannya dan Bertindak Dan Jangan Bertangguh Dan Beralasan Apa2
🎈Starred Notanya atau Save
🎈Share Di FB

Assalamualaikum wbt..

Utk hari ini, saya amat suka utk berkongsi mengenai Pentingnya Gabungan Ilmu Metafizik dalam Perniagaan.

Ramai harini usahawan mengabaikan pemilihan Pic Profile yg baik dlm perniagaan..

Kadang2 kita main sesah je pic profile kita..

Tahukah Anda??

*"TIPS MEMBINA #PROFILE FACEBOOK BERPENGARUH LAGI BERKUALITI (BERAURA)"*

Azizan Osman banyak tekankan dalam #MMM kepentingan Personal Branding bagi pengusaha online.

Maka, perkara WAJIB adalah memPAMERkan pic diri anda sendiri yang paling sempurna (bukan pic profile kucing, tulisan, baby, kereta dan sebagainya)

* Korang ingat, kitorang ni yg nak beli produk korang jual tu nak kami PM or berurusan dgn Kucing or Baby??*

(Camtu la emosi yg dirasai cust anda..)

Ataupun mentang2 jual emas letak pic profole diri adalah emas..salah tu..

* Penting untuk anda membina kredibiliti dan keyakinan utk orang berurusan.

* Tips ini dikongsi untuk anda yang masih degil or malu untuk tukar pic profile.

1. Posisi Badan:

Posisi badan mestilah tegap menghadap Camera.

2. Postur Badan

Pic mestilah diambil dari pinggang keats or dada keatas.

* Elakkan pic profile full body (ditegah syariat serta banyak risiko disantau)

3. Senyuman..

Berilah senyuman yang paling manis.

Cheese!

4. Eye- Contact
Mata mestilah tepat ke Camera.

5. Dressup or Fashion yang sesuai dengan bentuk badan anda dan needs produk anda.

P/s: Tidak ketat dan tidak terlampau longgar.

6. Warna Pakaian

Pakaian anda mestilah *warna2 aura diri* yang bakal menggemerlapkan lagi aura pesona anda bila orang pandang.

* Lihat sahaja Pic Profile Dr Azizan Osman ( Apakah warna yang beliau selalu pakai??) adakah ia suatu kebetulan??

7. Background

Background mestilah warna contra dari warna pakaian anda.

But mesti diingat warna background juga mestilah *warna aura anda juga.*

* Jangan bimbang, warna aura setiap manusia ad 4-5 kaler.

9. Make up

Lite2 jer..jangan sampai jd macam the jockers sudah lah.

10. Selaraskan Semua Pic Profile To Semua Media Online: Whatapps, IG , Wechat, FB Supaya Wajah Branding Anda Orang Ingat!

=====================

Tips Tambahan:

• Sila buat Mandian Aura dan pakai Minyak Aura untuk SERI sebelum shoot.

👉🏻Anda nilaikanlah sendiri pic profile anda sebelum dan selepas penggunaan Mandian Aura769 + Pakai Baju Aura tersebut.

Semoga bermanfaat kepada peniaga/kerjaya anda 😀😀😀

*INILAH ILMU PELARIS ONLINE SEBENAR!!*

FOLLOW THIS STEPS!👇

1. Mandi Aura 769 Sebelum Subuh
🔜Pakai Baju Aura 1st,
🔜Make-Up Sekadarnya
🔜 Ambil Gambar
🔜Jadikannya PIC PROFILE FB/WHATAPPS DAN IG

2. Tukar Password Acc FB, Emel to No Variasi Berikut:

2769
2796
276669
279666
276969

4. Tukar Pin ATM to Variasi

279669
276669
279696
699696
696969
969696

4. Tukar Wallpaper HP dan Wassap Chat to *WALLPAPER GOLD @ DUIT*

5. Tukar No Fon Ending 4 Akhir Kepada Variasi Berikut: Utk daptkan boleh Pm Coach CJ @ Coach Hadi

769,796,7699, 2769,1768,3769,4769,5769,7769,8769,9769,2769, 9766, 2769,7269, 7296,
2796,
7699
3769,
4769,
5769,
7769,
8769,
9769
2796,
1796,
3796,
4796,
5796,
7796,
8796,
9796
9766,
7269,
7296,
2796,
7669
6669
9666
7669
7966
7696
7969
9669
6966
9969
9699
6696
6669
9666
9726
9276

Selamat Beramal

*Dah buat ke belum ni ???*

#XifuIhsan
#xenrichacademy
#CoachHadi
#TeamMeroket769

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

18 May 2018

Doa orang dizalimi

Seorang nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan.

Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada.

Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut.

Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya.

Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa.

Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi.

Pada suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut.

Beberapa kali dicuba, namun tiada.

Namun, dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan.

Lalu, Allah mentakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya.

Alangkah gembiranya melihat ikan besar itu.

Sambil menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu.

Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang.

Kepada jiranku juga harus diberikan.

Selebihnya barulah aku jualkan.

Demikian nelayan itu merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu.

Razeki yang begitu sukar diperolehi.

Malangnya, ketika itu lalu seorang raja dengan askarnya.

Raja itu sangat tertarik melihat ikan besar yang baru diperolehi nelayan itu.

Lantas, disuruhnya pengawalnya mendapatkan ikan tersebut dari nelayan.

Sudah tentu nelayan itu sangat keberatan.

Setelah merasakan bahawa dia tidak dapat mempertahankan ikannya itu dari diambil oleh raja, dia pun meminta harga sebagai bayaran.

Dengan angkuh pengawal itu merampas ikan itu dan mengatakan raja tidak membayar harga daripada apa yang dikehendakinya.

Maka, ikan itupun dibawa pergi.

Bergenang air mata sang nelayan miskin yang daif dan tak mampu berbuat apa-apa.

Haknya dirampas.

Kepada siapa hendak dia mengadu?

Hanya kepada Allah Tuhan yang satu.

Dia pun menadahkan tangan dan berdoa.

Sementara raja itu, dengan senang hati kerana dapat ikan, disuruhnya tukang masak istana segera masakan ikan itu.

Ikan besar itu dia seorang yang makan.

Malangnya, beberapa hari setelah makan ikan itu, raja telah dijangkiti satu penyakit aneh.

Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jarinya.

Bengkak itu disertai dengan sakit yang sangat mengganggu keselesaannya.

Lama-lama mula bernanah.

Tabib istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki raja itu dipotong.

Raja enggan menerima nasihat tabib istana dan disuruh carikan ubat untuk sakitnya.

Namun ubat tidak ditemui juga walau bermacam ikhtiar diusahakan.

Beberapa hari kemudian, tabib istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah merebak hingga ke buku lali.

Kakinya hendaklah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke atas.

Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana dia sayangkan kakinya.

Dia memerintahkan agar dicari tabib lain yang lebih handal.

Seorang tabib dari luar di bawa.

Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis.

Kalau tidak dipotong betis, ia akan merebak ke atas lagi.

Ketika itu, akurlah sang raja.

Lantas betisnya itu pun dipotonglah.

Raja sangat sedih atas kehilangan betisnya.

Namun, kesedihannya tidak tamat di situ.

Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kakinya, tiba-tiba negerinya dilanda gempa.

Harta benda dan jiwa banyak yang musnah.

Keadaan ini membuatkan raja sangat hairan.

Lalu, raja memanggil seorang ulama dan bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu.

" Tuanku telah menzalimi seseorang", ulama itu membuat rumusan.

" Seingat beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja.

" Cuba Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang?", ulama itu tetap dengan rumusannya.

Maka, ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, raja pun teringat perihal ikan yang dirampasnya dari nelayan.

Ketika dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman.

Apalah harganya seekor ikan.

" Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan.

Raja itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya.

" Apa yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas?", raja bertanya kepada nelayan itu.

" Saya tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan.

" Ceritakan terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", raja memujuk dan menenangkan nelayan yang ketakutan itu.

Akhirnya nelayan itu pun berkata...

"Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu berdoa..."

"Apa doamu?", soal raja

Nelayan pun berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata...

"Ya Allah, sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atasku...Maka tunjukkanlah Kekuasaan Mu ke atasnya".

Subhan Allah.

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu'adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya :

"Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah".

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Janganlah kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa

Maka kezaliman itu membawa akibat penyesalan

Kamu boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga...

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile