24 August 2017

Awak Marahkan Siapa?

Seorg lelaki pulang ke rumah dgn membawa sebiji tembikai.

Dia membeli buah itu dari sebuah pasar.
Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar".
Lalu isterinya terus2an merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu,
suami berkata: "Sy membeli tembikai itu dari pasar"

Isteri: "Sy tau"

Suami: "Pada pendpt awk,
Semasa sy membeli tembikai tadi,
Sy nk yg manis atau yg tawar?"

Isteri: " Tentulah yg manis"

Suami:" Ketika penjual sdg menjual tadi,
Agaknya mrk nk menjual yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Tentulah mrk ingin menjual yg manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (org tengah) ingin menjual kpd penjual di pasar,
Mrk agaknya ingin menjual yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Mesti yg manis"

Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya,
Adakah dia mahu tembikai yg tumbuh nanti manis atau tawar?"

Isteri: " Tentu yg manis,
pastinya."

Suami:" Ketika awk membelah buah ini tadi,
awk inginkan yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Mesti sy ingin yg manis.
Knp dgn semua soalan ini?" soal isteri.

Org soleh itu tersenyum pada isterinya.
Lalu dia berkata:

"Ketika semua org inginkan buah yg manis, sebaliknya pula yg berlaku.
Buah tembikai itu tawar rasanya!"

Isteri org soleh itu terdiam.

Mrhkan siapa?

'Jadi ketika awk marah ttg rasa tembikai yg tawar,
Awk sbnrnya mrhkan siapa?
Bknkah semua org inginkan buah yg manis.
Ttp kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,
Jadi awak marahkan siapa?
Marahkan sy yg membeli,
atau penjual yg menjual atau awak yg membelah atau pekebun yg menanam?
Atau Allah yg menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Jgnlah kita mengecam,
mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan shj.

Pengajarannya: Kita perlu fhm bahawa rezeki kita dpt yg manis atau tawar,
sedap atau tidak,
Semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya,
ramai org akan terasa hati.
Mgkn emak atau isteri yg memasak terasa hati.
atau mgkn ayah yg membeli terasa hati.
Dan lebih2 lagi tanpa kita sedar,
kita seolah2 "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kpd kita.

Jika kita tidak bersyukur dgn yg sedikit,
mana mgkn kita akan bersyukur dgn yg byk.

"KISAH PEDOMAN "HANYA SEBIJI TEMBIKAI,
KITA MERUNGUT KPD ALLAH TA'ALA""

Tolong share untuk renungan bersama

Kredit: Viral Media Johor

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

18 August 2017

Kenderaan Akhirat

*KISAH BENAR YANG BOLEH DIAMBIL PELAJARAN. MOGA BERMANFAAT*

Kisah semalam yg mengajar saya...
Moga menjadi motivasi buat kita yg jauh lebih dewasa..
Semalam kami ziarah anak bongsu berumur 15 tahun di Madrasah Hafizah Tamam Bangi kepunyaan Ustazah Asni Abu Mansor (Personaliti TV 1, TV3, TV 106, Oasis, TV Hijrah).
Setelah membawa anak "outing", semasa dlm kereta saya terdengar perbualan diantara ayah dan anak.

Ayah: Huda, tahun ini Ayah nak buat ibadah Qurban utk Huda di Kemboja.. Nanti ayah bayarkan rm280.

Huda : Tak payah le Ayah..

Ayah : Kenapa pulak tak payah?

Huda : Bukan tak payah......Huda nak buat Qurban..tapi Ayah tak payah bayar utk Huda. Huda nak bayar sendiri dgn duit Raya Huda.

Ayah : Oh ye ke..Ok le tu.

Huda : Ayah, lbu,..Ustazah Asni cakap dlm Tazkirah di Madrasah....Binatang Qurban yg kita sembelih didunia akan menjadi kenderaan kita di Padang Masyar nanti. Tapi ramai yg tak nak buat..Ada yg kata tahun lepas dah buat...tahun ini tak payah lah.....
Kenapa pula mcm tu? Ustazah kata....
Kalau kenderaan kita didunia kita bolih "renew" roadtax setiap tahun, kenapa kita tak boleh renew lbadah Qurban setiap tahun? Hanya 1 tahun 1 kali sahaja dibulan Dzulhijjah...kita buat bukan utk org lain tetapi diri kita.
Kita kene yakin...perintah Allah SWT pasti baiķ

Ibu : Alhamdulillah...Syukur..lbu dpt llmu baru.....Ye kan... ibaratkan Renew Roadtax!!..
Takde roadtax bukan main risau dgn polis dan JPJ.....Takde kenderaan di Padang Masyar kita tak risau...pada hal kita nafsi nafsi...sendirian tiada siapa dpt menolong kita hanya dgn Amal kita..........hanya org beriman dan beramal soleh shj yg akan selamat.
Alhamdulillah....

Ibadah Qurban Bukti Cinta❤ kita kpd Allah SWT

Moga menjadi Amal Soleh Ustazah Asni Abu Mansor dan juga Huda.
Tk Huda atas llmu yg dikongsikan..simple tapi amat bermakna..❤

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

Kebergantungan Sesama Manusia

Syurga *lelaki* pada perempuan iaitu ibu.
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.* Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlukan orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager* tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*

Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang *terbaik* dan *terhebat*???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf *ujub, riak, sombong dan hina.*

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.

Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.

Sama2 kita renungkan...

@dakwahsiraturahmi

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

02 August 2017

Jangan Jemu Berdoa

*KISAH PENJUAL TAUHU*
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰


Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai ke pasar, dia perlu naik kenderaan awam. Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui kawasan sawah.
.
Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah agar tauhunya habis dijual.Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang.
.
Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam petak sawah.
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis. Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.
.
Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan awam yang setiap hari dia naiki pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban ! Dia terselamat dari nahas tersebut kerana terpaksa membatalkan perjalanannya ke pasar perniagaannya, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga dia tidak jadi untuk berniaga pd hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yg sudah rosak kembali ke rumah.
.
Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yg rosak kerana ia hanya utk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..
.
PENGAJARAN.

Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta. Allah Maha Mengetahui keperluan kita, berbanding diri kita sendiri.
.

Kerana itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali merungut protes dan mengeluh, apalagi mengutuk! "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui".
.
Sent by iPhone6 via Maxis Mobile

Kanser

Nak share slot dalam rancangan Prof.Muhaya.com dalam TV Alhijrah dengan tajuk Mengatasi kanser.

Kanser adalah kegagalan manusia yang kurang makan sayur dan buah.

Jadi tips mengatasi kanser: GBOMS

Banyakkan ...
G - Greens,
B - Berries,
O - Onion,
M - Mushrom,
S - Seeds.

Kurangkan protein dalam hidangan.

Banyakkan meminum air putih.

Elakkan protein, gula adalah baja untuk kanser.

Tetamu yang dipanggil ke studio pesakit kanser tahap 4.

Semasa diagnosis koma 3 hari.

Kembali sihat setelah mengamalkan makan habatul sauda, air zam2, minum air lemon, berries (anggur, kurma etc).

Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural@alami.

Tidak mengambil perubatan seperti kimo. Dengan alasan bila beliau mengamalkan makanan yang sihat, natural ...kansernya tidak berkembang.

Dia yakin dengan cara natural beliau bertambah sihat.

Pemakanan sebelum kena kanser...fast food, Mc.Donald, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang makan buah dan sayur.

Hargai kesihatan anda.👍 ubah tabiat makan kepada yang lebih sihat dan natural.

Banyakkan memakan sayur hijau ,jus buah dan buah-buahan.

Sharing is caring

Senarai sayur-sayuran yang dapat membantu mencegah kanser:

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat daripada air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, ianya boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ianya mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang membuatkan anda segar.
Ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.

Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2,3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.

Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku

Jangan kedekut ilmu
Sila kongsi

Sent by iPhone6 via Maxis Mobile